Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 24 November 2010

KL LOVE STORY 27


Aku tarik Danny ke anjung rumah.

Danny ni!! Tiba-tiba muncul, tiba-tiba kata hal kawin..dan tiba-tiba mak aku kata nak terima menantu,.dan tiba-tiba dia mesra dan panggil mak aku mak..  dan aku … Aku…

Fuhh… aku tarik nafas dalam-dalam.. Semua ni terlalu cepat, terlalu pelik. 

“ Danny!”
“ Yes darling..” katanya masih dengan nada gurauannya.
“ Danny, please ler jangan bergurau..”
“ Kenapa awak kata saya bergurau?”

Ooh.. yer, bagus.. Dia menjawab soalan aku dengan soalan. Kenapa dia langsung tidak pernah jawab betul-betul. Kenapa mesti dia menambah teka-teki ini. Macam hal dia dengan Farish, pun masih lagi belum terjawab.Ini ditambahkan lagi dengan hal ini. Dia cuma bergurau jer kan? kan?

Yang paling dirisaukan, sekiranya mak aku beriya-iya dengan Danny ni macam mana? Dia tak tahu ker yang si Danny ni buaya KL, dan hal Farish lagi. …. Tak mungkin aku dan danny…

Aku telan air liur.

Satu sahaja yang pasti, semua ini GILA. ABNORMAL. Aku dan Danny?? Mustahil.

Danny tiba-tiba menyentuh anak rambut ku yang jatuh di dahi, diselaknya perlahan dan plaster di tempat lukaku itu dia usap lembut.

“ Saya betul-betul risau bila awak terhantuk dan terus pengsan. Saya ingatkan konkusi ker apa ke.. Baguslah, sekarang awak dah marah-marah.  Bagusnya!!”

Itukah tujuannya dia buat aku marah-marah macam ni?

“ Saya tak marah awak pun..”kataku perlahan. 

Betullah, aku tidak pernah rasa marah dengannya. Aku cuma rasa geram yang teramat sangat. Dengan perangainya, dengan senyumannya, dengan usikannya, dengan dirinya yang sentiasa mengusik aku, sentiasa berjay mencuri masuk dalam hati aku walau bagaimanapun aku cuba elakkan. Membuat aku …sentiasa berteka teki, sentiasa keliru. Keliru dengan perasaan sendiri. Keliru dengan dia.

“ Saya tahu.” Balasnya lembut.

Dia dan aku kini duduk di anjung sambil memerhatikan taman di luar rumah. Dengan pelbagai jenis pokok bunga yang ditanam di sekeliling, baru kusedari bahawa kawasan ini memang cantik. Mak aku sememangnya seorang yang pandai menjadikan rumah ini sedamai dan seindah ini.Terima kasih mak ^_^

Saat ini, kami berdua hanya membisu dan kesempatan ini membolehkan aku mencuri pandang padanya. Dari dekat begini, hanya kami berdua di sini,  aku dapat rasakan sesuatu yang pelik berdegup di hati ini.

“ Saya dah suruh Farish tengokkan rumah awak. Rasanya petang ni dia akan datang sini.”

Oo… Farish.. Untuk seketika aku terlupa yang Danny ada Farish. Aku tidak sepatutnya mempunyai perasaan padanya. Dia playboy, buaya, dan dia sudah ada Farish. Itu hakikatnya. 

“ Ooo…tengkiu…” jawabku acuh tak acuh.

“ Awak tahu Amyra, saya tidak pernah bergurau dengan awak.”

Danny memandangku serius. Seperti kali pertama dia membisikkan bahawa aku ini istimewa baginya. Bisikan yang menjadi titik mula aku terjebak dalam hidupnya. Dan seperti hari itu juga, hatiku berdegup tanpa keruan. Tanpa sebab....

Aku cepat-cepat memandang ke tempat lain. 
Lelaki yang aku cuba benci ini, kenapa lah dia selalu buatkan aku rasa begini.

“Awak selalu berguraulah.Semalam awak kata awak 'kidnap' saya.Saje nak takutkan sayakan.. kan? Itu bukan gurauan ke? Itu gurauan paling teruk awak.. ”

Aku terus teringatkan hal semalam. Dan satu persatu hal-hal dia permainkan aku sepanjang perkenalan kami terbayang-bayang dalam fikiran aku. Uuish… aku memeluk tubuhku yang tiba-tiba sahaja terasa gementar mengingati semua itu.

“ Awak ni tak faham lah.." tiba-tiba Danny bersuara.  
“ Apa yang saya tak faham?”
“ Ha, sekarang awak yang mainkan saya. Saya tanya awak tanya saya balik.”
“ Mana ada! Awak yang selalu buat saya camtu.. saya tanya awak. Awak tanya saya balik.Awak tak pernah nak jawab apa yang saya tanya. "
“ Sekarang saya jawablah ni.."
“ Jawab apa?”

Danny mengaru-garu kepalanya seakan tension dengan perbualan ini. Well, hakikatnya aku pun tension jugak.. Apa benda yang kiteorang melalut ni?

“ Serius, awak ni suka je nak usik saya kan?,kenapa yer?.”rungutku.
“ Saya TAK PERNAH ber…… haishh….”  Danny melepaskan keluhan yang panjang.

Kemudian, dia ketawa, seakan semua ini satu jenaka baginya. Sampai berair matanya. Ketawa yang aku sendiri tidak mengerti. Danny ni peliklah!. Perangainya selalu buat aku tertanya-tanya. 

“ You really make my world upside down..”

Hello!!. dia yang buat dunia aku kucar kacir jadi gila camni.. dengan perangai dia yang tiba-tiba muncul dalam hidup aku,tiba-tiba kidnap aku lar, pas tu tiba-tiba kata hal kawin. Kawin~ Itulah yang aku mahukan penjelasan darinya. Itulah sebab kenapa aku tarik dia ke sini.

Aku memandang Danny yang rupanya sudah pun beredar meninggalkan aku semasa aku sedang bermonolog tadi. Cis..

“ Myra, atuk nak cakap skit dengan kamu..” panggil Datuk yang tiba-tiba muncul.

Aku telan air liur, kerana sekiranya datuk aku memanggil- Ia  pasti sesuatu yang SERIUS.

previous                                                     next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'