Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 18 November 2010

Suara Mytamor 8



Dali tidak mengerti kenapa dia dipanggil ke bilik rahsia Tuan Arif di tengah malam yang sunyi dan dingin sebegini. Dia lebih keliru apabila diarah merahsiakan pertemuan ini dari sesiapapun terutama pada tuan muda Adam.

Jadi, dia ke sini. Berada di sini dengan persoalan yang tidak terjawab, diam di bilik yang suram dan dingin ini. Bilik yang mengingatkannya pada kematian. Serta merta bulu romanya berdiri tegak tanpa sebab.

" Kamu dah sampai Dali." tegur Aro apabila melihat juniornya ini dari tadi hanya kaku tidak bergerak.

" Jom."

Dali mengikut langkah Aro yang laju menuruni anak tangga ke bilik bawah tanah. Rupanya bilik rahsia ini mempunyai laluan bawah tanah. Untuk apa Tuan Arif menyediakan bilik yang terlalu kompleks ini? Peliknya..

Mereka berdua berhenti apabila sampai di penghujung laluan tangga ini. Ia merupakan sebuah makmal luas yang sudah usang.  

" Dali." panggil Tuan Arif sambil mengarahkan Dali mendekati dirinya. Tuan Arif rupanya sudah menanti kehadiran mereka di situ. Dali mendekati Tuan Arif dan mereka kini berdiri betul-betul di depan sebuah sangkar besar yang ditutupi kain putih.



Tika ini, Dali dapat rasakan terdapat insan lain yang berada di situ selain mereka bertiga.

" Kamu tahu kenapa saya mengatakan mytamor adalah raksasa?"
" Tidak tahu tuan.."
"  Ini buktinya."

Serentak, kain putih yang menutupi sangkar sebesar kontena lori itu direntap.

" Ssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss……………………."

Menyeringai bunyinya. Nyaring sehinggakan menyebabkan hidung Dali mengalirkan darah merah yang pekat.

Sangkar itu bergegar kasar seakan ingin tercabut. Di dalamnya pula Dali lihat, terdapat seorang manusia yang bergari pada kedua belah tangan dan kakinya. Dia memandang mereka. 


Matanya yang merah itu menjenggil benci pada mereka. Manusia itu menyeringai dan Dali lihat susunan gigi yang tirus dan tajam ibarat gigi jerung, makhluk pembunuh di lautan. Dan seperti raja di lautan itu, manusia ini juga memberikan rasa satu ancaman pada dirinya.

" Nah, lapkan darah kamu itu. " Aro mencampak sehelai kain buruk pada Dali. Sayangnya, kain itu gagal Dali sambut. Tangannya mengeletar ketakutan dan tubuhnya terasa mengigil walau cuba dikawalnya. Ya, hanya dengan melihat sekejap pada manusia itu, hatinya berdegup laju, perutnya terasa kecut dan pemikirannya seakan buntu sekejap. Apakah manusia ini???

" Inilah mytamor. Rupa sebenar mytamor!" kata Tuan Arif menjawab persoalan hati Dali yang masih berdegup takut. 

" Apabila sayap mytamor ditanggalkan, dalam masa setengah jam, ia akan bertukar menjadi makhluk ini. Kejam, buas dan mengerikan …."

Dali membisu. Diperhatinya makhluk yang dipanggil mytamor itu. Ya, ia punya ciri-ciri persis seperti mytamor tempoh hari. Rambut yang panjang miliknya masih jelas kelihatan lembutnya, namun kulitnya sudah bertukar gelap dan mengelupas, gigi tajam, dan pandangan matanya gelap, seolah-olah tidak pernah wujud mata di situ. 


Gelap seperti sebuah terowong yang dalam tanpa penghujung. Di belakang tubuh mytamor itu pula Dali lihat terdapat 2 kesan luka yang dalam, tempat di mana sayapnya sepatutnya berada.

Mytamor itu menyeringai dan terus menghempas tubuhnya pada sangkar yang berkunci rapat itu.

Tang!! Tang!!! Tang!!

" Kerana itu saya suruh kamu membunuh mytamor sebaik sahaja sayapnya ditanggalkan. "

" Dali, tujuan saya memberitahu kamu kebenaran ini adalah untuk membuka mata kamu. Mytamor tidak patut wujud di dunia kita. Makhluk yang wujud disebabkan kegagalan sains ini hanya merupakan ancaman pada manusia. Mereka di luarannya tampak tidak merbahaya, baik, suci tetapi lihatlah bukti ini Dali! Mereka bukan manusia! Mereka tidak sama dengan kita. Mereka tak mungkin boleh hidup secara aman dengan kita. Mereka patut dihapuskan!" Tuan Arif menyuarakan pendapatnya. 


Dali dapat rasakan wujudnya kebencian yang teramat sangat dari kata-katanya itu.

Aro menutup kembali sangkar itu dengan kain putih yang ditanggalkan tadi. Serentak, mytamor yang sudah berubah rupa itu kembali tenang. Tiada lagi bunyi kekecohan dan kebengisan. Yang tinggal cuma suara nafas mytamor itu yang keruh dan dalam.

Semua ini tidak sama dengan tanggapannya pada mytamor.Tidak serupa dengan apa yang ditulis di buku. Keliru… mytamor yang begitu suci tidak mungkin berubah seperti ini.

"Mytamor adalah raksasa kejam tidak berhati perut. Ingat itu Dali. "

"Satu hari nanti, kamu akan faham. Jadi sila lindungi Adam dari ancaman ini dan pemikiran gilanya tentang mytamor. Saya tidak mahu kehilangan insan yang disayangi sekali lagi. Saya percayakan kamu, Dali. " Tuan Arif menepuk-nepuk bahu Dali, tanda kepercayaannya pada serf milik anak tunggalnya ini. 

Tuan Arif menyuruh dia dan Aro beredar. 


Dan tidak lama kemudian, kedengaran beberapa das tembakan, diikuti jeritan mytamor yang nyaring. Dali tahu nasib si mytamor itu, cuma dia masih sukar mengerti mengapa Tuan Arif begitu membenci mytamor.

" Kamu tahu, ibu sebenar Adam dibunuh oleh mytamor depan mata Tuan Arif sendiri." 

previous    
                                                                                                 next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'