Airis menjerit sekuat hatinya. Denyutan di kepalanya semakin menekan-nekan otaknya. Malahan kehadiran bunyi berdesing seakan pembesar suara yang rosak, terngiang-ngiang bingit dan nyaring di kedua belah telinganya. Semakin dilawannya, semakin rasa ingin pecah gegendang telinganya dan tubuh ini.
Dia loya, pening dan akhirnya dia rebah.
" Gagal! Gagal! Gagal!!" jerit lelaki tua yang berpakaian kot putih itu.
Lelaki itu mengaru kepalanya yang dipenuhi uban. Cermin mata yang tebal ditanggal dan diletaknya di atas meja yang penuh berselerak dengan kertas-kertas dokumen penting miliknya.
Lelaki itu mengaru kepalanya yang dipenuhi uban. Cermin mata yang tebal ditanggal dan diletaknya di atas meja yang penuh berselerak dengan kertas-kertas dokumen penting miliknya.
Dia mendekati 'anak-anak' barunya ini dan mereka terus mengkerumuni dirinya. Diusapnya satu persatu dan sayap mereka bergerak-gerak, tanda gembira dibelai begitu.
" Mengapa mereka tidak seperti kamu Airis?"
Airis mendekati ayahnya.
Rambut Airis yang panjang dan lembut ibarat sutera itu dibelainya. Kesempurnaan. Ideanya adalah menghasilkan individu sempurna melangkaui batas akal. Ianya gila dan melampau tetapi dia sememangnya teruja dengan idea dan kebatasan ini. Kerana itulah, dia berada di sini hampir 20 tahun. Menguji, mencari jawapan pada ketaksubannya itu.
Dia memandang anak-anaknya yang lain. Mereka punya fizikal sempurna seperti Airis, cuma yang membezakannya mereka ialah mereka tidak punya suara dan pemikiran mereka masih di tahap rendah. Dalam erti kata lain, IQ mereka di paras usia kanak-kanak 10 tahun. Satu makhluk yang naïf dan tidak merbahaya.
" Airis, kamu tahu apa yang membezakan kamu dengan manusia?"
Airis mengerakkan sayapnya yang bewarna biru itu. Biru yang kerap mengingatkannya pada lautan yang luas.
Airis tersedar dari lena.
Dia bermimpi rupanya. Rasanya sudah terlalu lama dia tidak bermimpi sebegini. Mengapakah sejak akhir-akhir ini, tidurnya bertemankan mimpi ini?
Airis memerhatikan langit yang yang kemerah-merahan menandakan fajar yang menyinsing tiba.
Seekor rama-rama perlahan-lahan hinggap di hidungnya , kaku di situ dan dengan lemah gemalai mengerakkan kepaknya yang kecil itu.
" Kamu dilahirkan bersama 'kebebasan' .Sayap ini simbolik bukti kesempurnaan kamu. Bukti pembebasan kamu dari semua pemikiran dan sikap manusia yang sering terikat pada nafsu, ketamakkan, kejahilan dan ketidaksempurnaan. Ingat itu, Airis.. "