Dia mengatur langkah ke kamar Adam. Rasanya sudah lebih seminggu mereka tidak bersua muka.
Jadualnya yang terlalu padat bagi mengikuti latihannya sebagai pemburu mytamor membuatkan dia tiada kesempatan untuk melayani Adam.
“Tok,Tok,Tok”
Pintu kamar Adam diketuknya 3 kali.
“ Masuk.”
Sebaik sahaja Dali melangkah masuk, kelihatan Adam sedang membaca sebuah buku lama, langsung tidak mengendahkan kehadirannya. Dia seolah-olah terlalu taksub dengan kandungan buku yang kelihatan lama dan buruk itu.
“ Tuan muda..” tegur Dali perlahan.
“ Dali!! Kau lihat ini! Aku jumpa journal Prof. Afiq.” Adam petah memotong kata-kata Dali. Dia menyuakan buku journal yang usang itu pada Dali. Riak wajahnya begitu gembira.
“ Aku dah sedikit memahami transkrip di dalamnya. Di situ tertulis dari A sampai Z, bagaimana Prof Afiq menghasilkan mytamor yang pertama. Di sini juga tertulis keazaman, keinginan, tujuan dan impian prof Afiq sebagai pencipta makhluk lagenda mytamor. Kau tak teruja kah??”
Dali menyelak mukasurat buku itu yang hampir terlerai dari bingkainya. Kertas kuning itu tertulis formula-formula yang tidak Dali fahami. Kemudian di muka surat yang lain pula, catatan ringkas kehidupan professor itu. Sehariannya dalam tempoh hidupnya. Semuanya berkisar akan mytamor.
“ Mana kau jumpa ?”
“ Ingat tempat runtuhan yang berdekatan dengan hutan di hujung sempadan sana?”
Dali mengangguk. Tak mungkin dia lupakan runtuhan itu. Runtuhan yang dulunya merupakan makmal professor Afiq- pencipta mytmor. Tempat di mana dia dan Adam selalu bermain di zaman kanak-kanak. Di situlah, mereka berdua mula mengetahui tentang kewujudan makhluk mytamor itu. Dan di situ jugalah, mereka sentiasa menghabiskan masa lapang dengan mengkaji dan mencari bukti-bukti lain mengaitkan dengan mytamor- makhluk mistik itu.
“ Kau masih ke sana?’ soal Dali.
“Tak kisah lah. Tetapi aku dah berjaya memahami kod-kod yang tertulis di sini.”
Adam mengambil buku itu dari Dali dan terus membuka ke satu mukasurat yang tertulis;
Dali memandang Adam tidak mengerti.
“ Aku pun tidak berapa faham semua tulisan di sini.. tetapi… aku dah mengkaji dan kalau tak silap aku ini tertulis… Airis..”
Dali hanya memandang Adam yang kelihatan begitu teruja dengan penemuannya itu.
“ dan ini.. bermaksud.. heratus.”
“ Tuan muda..”
“ Dengar, dengar! Airis heratus… Hutan Heratus. Ingat?? Dekat dengan runtuhan itu terdapat hutan yang bernama Heratus kan?”
“ Tuan muda..”
“ Airis. Ni aku tak tahu apanya, tapi aku rasa ada sesuatu di Hutan heratus itu. Kenapa bapa aku arahkan semua jangan menghampiri hutan itu? Kenapa? So… aku rasa di situ Prof Afiq ada lagi satu makmal, atau rahsia.. atau mungkin sesuatu…” Adam terus menerus menyatakan keghairahannya untuk semua ini. Wajahnya tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan gembiranya dengan penemuan ini.
“ Lupakan sahaja semua ini tuan muda.”
“ So, apa kata kalau kita berdua pergi ke hutan itu? Jom? Malam ini?” ajak Adam.
“ Tuan muda…”
“ Bapa mesti takkan baginya. So malam ini kita curi-curi kelu…” Adam terus menerus tidak mengendahkan pendapat Dali.
“ Tuan Muda!!”
Adam tersentak. Ditempik begitu. Inilah kali pertama Dali meninggikan suara pada dirinya. Ia rasa berbeza sekali. Dipandangnya Dali yang kelihatan marah itu.
.
“ Baik tuan muda berikan perhatian pada tunangan tuan muda. Lagipun majlis perkahwinan akan dilangsungkan minggu depan.”
‘ Tapi ini pasal mytamor…”
“ Lupakan pasal makhluk itu. Tuan muda tidak perlu libatkan diri dengan semua kegilaan ini. “
“ Apa kau cakap ni!” bentak Adam. Terkejut kerana temannya yang selama ini sependapatan dengannya sangat berlainan kali ini. Dali hanya membisukan diri.
“ Hey, Dali. Lupakah kau pada janji kita? Sejak kali pertama kita menjumpai runtuhan itu, kita bersumpah akan mencari kebenaran dalam semua ini. Kita akan sama-sama.... ”
Pintu kamar tiba-tiba diketuk sebelum sempat Adam menghabiskan kata-katanya.
“ Masuk.”
Seorang wanita muda memasuki kamar Adam.
“ Tuan Arif memanggil Dali. Katanya latihan akan dimulakan.” Wanita itu meninggalkan pesan. Dali mengangguk.
“ Tuan muda, percayalah kata-kata saya. Tiada apa yang baik datang dari raksasa itu. Saya sangat berharap tuan muda tidak melibatkan diri dengannya.”
“ Dali..” panggil Adam sebelum Dali beredar.
“ Kau kini tak ubah seperti Tuan Arif. Mytamor bukan raksasa!! ”
Dali terus keluar.