Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 31 Januari 2011

KL LOVE STORY 33



Kuala Lumpur. Bandar metropolitan. Bandar yang menyembunyikan seribu satu rahsia duniawi- di sini hanya iman yang kuat mampu menepis segala godaan yang melampau dan nafsu yang memberontak. Inilah Bandar Kuala Lumpur.

Bunyi muzik club yang kuat  memecah gegendang insan-insan yang khayal bermain dalam dunia hiburan ini. Mereka semua leka dengan rentak muzik yang mengoda, minuman yang mengkhayalkan dan di setiap sudut pasangan lelaki dan perempuan, leka membelai kekasih mereka. Semuanya tidak mempedulikan mata yang memandang, jiwa yang mendengus. Di sini adalah satu dunia yang bebas.

“ You so funny la,Danny..” kata gadis berambut panjang yang diwarnakan blonde, membuatkan dia kelihatan persis gadis inggeris. Bibirnya yang merah tebal dihiasi gincu maybeline itu menguntum senyuman dan tawa yang tak henti. Bulu matanya yang lebat  tidak berkedip-kedip menatap wajah Danny dan walaupun dalam cahaya lampu club yang samar-samar ini, kejelitaannya masih memukau.

Danny ketawa. Gelas di tangan kanannya yang sejak tadi dipegangnya diteguk.

“ I bukan saja funny u know. I can more than that.."
Danny membelai pipi mulus gadis itu.


“ I can be ... nice.... sweet... gentle....Just one night and  i’ll show u ALL..”  bisik Danny pada gadis remaja yang kelihatan di awal usia 20-an itu. Tangannya merangkul kemas pinggang ramping gadis itu,  yang seakan merelakannya. Bunyi muzik semakin kuat.

“ I know. That’s why i want you to show me...” balas si gadis sambil merapatkan dadanya  yang membukit itu pada dada Danny. Danny hanya tersengih. Air diteguknya habis menahan gelora di hati.


“ I’m going to take another drink. Wait here.. Ok?..”. Gadis itu tersenyum sambil memerhatikan Danny beredar di celah-celah himpunan ramai orang itu. 


Sebaik sahaja Danny hilang dari pandangannya, dia pantas mengeluarkan perfume BVLGARI Jasmin Noir yang merupakan favourite Danny.  Well, macamana dia tahu? Dia tersenyum sendirian. Dia tahu semuanya tentang Danny. 

Gadis itu membetulkan gincunya dan membelek rupanya agar kelihatan lebih  sempurna demi Danny. Ya, demi Danny. Siapa yang tidak kenal Danny- anak  kebanggaan Dato’ Khir Abdullah, pewaris Damya Holdings Limited. Kacak, berharta dan yang paling penting playboy KL yang terkenal?? Lelaki buaya begini yang dia mahukan.. Lelaki inilah idaman dia-  TANIA ARSHAD- model yang sedang meningkat naik populariti ini tersenyum bangga.

Dengan body langsing dan stauts model antarabangsa yang dimilikinya serta rupa pan-asean yang diwarisinya berkat perkahwinan  ibunya dengan ayah yang berbangsa perancis, dia akui dia adalah wanita yang paling SEPADAN dan SESUAI dengan pewaris Damya Holdings Limited ini. Mereka bak pinang dibelah  dua, bagai burung terbang seiringan.  TIADA sesiapa yang secantik dirinya lagi. Tiada sesiapa yang akan memiliki hati Danny. TIADA SESIAPA. 

Tania membetulkan korset hitamnya yang sedikit longgar, dan dia sedari seorang jejaka yang berdekatan memandang nakal pada asset bukitnya yang pejal dan mantap itu. Rasa bangga menyelubungi dirinya. Dia tahu dia seksi, jelita dan bijak.

“ Hai..” tegur lelaki itu padanya. Hmm.. tak hingin dilayannya.. Tiada sesiapa di hatinya selain Danny.Danny is the perfect man right now. Dia ada rupa, harta- satu pakej lengkap bagi wanita sepertinya.  Bodohlah orang yang ingat diri mereka cukup setanding Danny untuk memikat hatinya.- hati Tania bermonolog sendiri.

Hello... I tak layan.....” kata-katanya terhenti. Matanya terpaku pada pemuda di depannya ini. Wajahnya yang putih mulus, matanya yang tajam dan bibirnya yang merah menguntum senyuman pitu membuatkan dia terpaku. Selain Danny, dia tidak pernah rasa begini saat bertentang mata dengan lelaki ini. Lelaki yang menakjubkan, ibarat bidadari...

Subang di telinga kiri lelaki itu berkelip di sebalik rambut panjangnya yang lurus itu, membuatkan Tania tersedar dari khayalannya.

“ Maaf.. I tak layan lelaki lain ' sambungnya. Lelaki itu senyum.
“ Lelaki lain maksudnya lelaki selain Danny?" soalnya. Tania terkejut. Tahu pulak dia pasal Danny.

“Yerp.. but .. mungkin... " Tania mengambil sehelai tissue dan menulis no telefonnya .

“ We can have one passionate nite, if u know what i means.. “ godanya pada lelaki ini. Tissue diselitnya pada kocek lelaki ini.

“ Well.. Danny, he always the catch, but girls needs her dessert too.. “  bisiknya rapat di telinga lelaki ini dan lelaki itu membalas senyumannya , mengerti maksud Tania itu.

“ Hey, Farish .. ” tegur Danny yang tiba-tiba muncul.  Danny kenal ke mamat nih?

“ Apa yang ko buat di sini? Opss.. kenalkan.. Tania..Farish..." 

“ Hai..” balas Tania berpura-pura tidak kenali Farish.
 Hatinya pula  berdoa agar Farish tidak membocorkan perbualan mereka sebentar tadi. Farish membalas huluran  salam Tania.

“ Darling,  I'm tired... Apa kata kita balik sekarang?” pujuk Tania dengan nada suara yang manja. Danny di peluknya.

“But...." 
“ I’m tired..” rungut Tania tidak putus asa. Dia perlu jauhkan Danny dari Farish agar tidak kantoi hal tadi.

“ Then.. u go back yourself.” Balas Danny berkeras. Tania diam. Dia tahu hanya ada satu cara sahaja untuk memujuk Danny menurut katanya.

“ U know Danny. I nak balik rumah u..I got so many plans for us.. It include.. me .. you...
“naked~” bisiknya pada Danny.


Sengaja di gesel kakinya pada Danny dan di belainya dada Danny.Dia tahu Danny pasti akan menurut katanya, kerana dia sudah dapat rasakan debaran di dada Danny. Buaya ini pasti akan jadi miliknya malam ini.

Farish terbatuk, sengaja menunjukkan rasa tidak senangnya dengan gelagat manja geli - geliman Tania dan Danny ini. Perbuatannya membuatkan Danny tiba-tiba ketawa.

“ Sweet heart.. I just cannot leave Farish here all alone.." 

 “ because...i love him more than u... “  bisik Danny. Bunyi muzik club semakin rancak.

 ‘APa!!!???”

Danny menyerahkan gelas berisi coke yang dipegangnya pada Tania.

“ Apa??!!!” ulang Tania lagi.
“ Nak I repeat lagi ke? “ sindir Danny, dan dia terus menarik  lembut tangan Farish, beredar dari Tania. Mereka menuju ke pentas tari.


“ LADIES AND GENTLEMEN!! TONIGHT IS THE LOOVvVVEE NITE.  WE INVITE U TO SHOW YOUR LOVE AT OUR DANCE FLOOR... YEAH!!”


DJ club tiba-tiba bersuara . Muzik dimainkan lebih rancak dan lampu dimalapkan. Beberapa pasangan couple terus naik ke pentas tari dan masing-masing melenggokkan badan mengikut irama WATCHA SAY- Jason Derula remix.


Tania pula hanya memerhatikan Danny dan Farish yang sedang berdansa tanpa batas di celah-celah ramai orang itu.Lenggok mereka yang ibarat pasangan yang sedang khayal dalam percintaan membuatkan Tania rasa geram.
 Tak mungkin!

Dan dari celahan ramai itu, Tania lihat Danny sambil menari sambil memandangnya. Mata itu  seolah-olah berbicara inilah kebenarannnya.

Tak mungkin!

Tiba-tiba , Farish dirangkulnya rapat dan dengan senyuman sinis pada Tania, Danny menarik Farish dan merapatkan bibirnya pada bibir Farish yang merah itu. Dan mereka..
Kissing!!!!???wtf?@#


 previous                
                                                                                             next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'