Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 24 Januari 2011

KL LOVE STORY 32


Apakah itu cinta? Ia satu perasaan yang p.e.l.i.k. Apa itu Danny? Seorang lelaki yang aku tidak tahu apa yang difikirnya, dan aku tidak mengerti setiap tindakannya...

Danny + Farish= mencurigakan
Danny +cinta= AKu /Farish
Aku + Cinta= Danny?  
Cinta= ?
HAhhhhHAihhh!!!

Kertas yang dari tadi aku asyik conteng, aku ronyokkan dan campak masuk ke dalam tong sampah.  Peningnya!!! Mengalahkan formula matematik. Kan bagus kalau perasaan ini boleh diselesaikan dengan pengiraan matematik?

Aku benamkan muka pada bantal peluk panjang yang berenda-renda biru ini.  Dan sekilas kisah ceritera petang tadi berulang tayang ...

~~~XX~~~ XXX~~~~~XXX~~~~                                        XX~~~XX~~~~~XXXX~~~

Danny mencampak masuk beg kanvas warna hitamnya ke dalam bonet kereta. Berdetum bunyinya, kemudian dia masukkan pula bekalan rendang yang diserahkan oleh mak aku untuk perjalanannya pulang ke Kuala Lumpur.

" Rendang ini jangan lupa makan. Kalau tidak habis, simpankan dalam peti ais.. Panaskan..Dalam perjalanan balik nanti, kalau letih sangat, rehat kat mana-mana tempat rehat.. jangan nak ..... bla..bla..bla.. bla...”

Seterusnya aku tidak dengar apa yang dipesan oleh mak. Panjang lebar sangat pesanannya, macamlah Danny ni nak pergi jauh walhal KL dengan Melaka bukan jauh sangat.  Danny mencium tangan mak aku begitu juga Farish. 

“ Sampaikan salam makcik pada mak bapak kamu.“  itu pesan terakhir mak aku sebelum dia naik ke atas rumah, meninggalkan kami bertiga. Memberi ruang untuk aku menyuarakan seribu satu persoalan pada Danny.

“ Danny!” panggil ku. Aku mendekati dirinya yang  buat-buat tidak dengar panggilan itu.

“ Danny, pasal hal tadi tu...”

Danny memandangku pelik. Apa yang pelik sangat?! Aku perhatikan riak wajah dia lebih semacam  hal itu bukannya satu perkara besar baginya. Agaknya ini bukan kali pertama dia buat macam ni? Mungkin ini salah satu trick dia?

“ Awak berprasangka buruk lagi le nih... “ katanya tiba-tiba seakan tahu sahaja apa yang difikirkan aku.

Farish yang dari tadi berdiri di sisi Danny bingkas beredar, seolah-olah tidak ingin tahu atau ambil tahu pasal apa yang akan kami bincangkan. Mungkin dia terasa hati. Kan Danny tu bf dia, yang Danny ni pun suka buat Farish sakit hati. Dia tak sayangkan Farish ke? 

Tetiba aku rasa kesian pada Farish.

“ Kenapa? Awak tak dengar ker apa yang atuk awak cakap kan tadi? Nak saya suruh dia cakapkan lagi ker?” kata Danny ego. Geramnye aku!!

En. Danny! Bukannya aku tak dengar apa yang atuk aku cakap tu.. Clear lagi. Suara garau persis sang kelebai tu, masakan aku boleh tidak dengar. Dan kerana aku dengar lah, aku seakan tidak percaya. 

Jawapan Atuk pada pengakuan berani mati Danny itu terngiang-ngiang di telinga aku dan juga imej Atuk yang tiba-tiba memegang bahu Danny,serta dengan muka yang sangat bangga berkata

“ Baik!! Aku suka dengan keberanian kamu!! Inilah Jantan yang sebenarnya!..”
“ Atuk serahkan kebahagiaan Amyra pada kamu.”

Penghabisan kata-kata atuk itu boleh buat aku pitam. Serius! Apa yang atuk aku ni melalut ni! Kenapa ngan si buaya ni juga yang dia suka????!!

Tup-tup, lepas tu rombongan merisik  cancel datang, khabarnya nenek belah pihak  sana tiba-tiba kena strok, jadi mereka minta tangguh. Kesempatan ini atuk aku jelaskan perkara sebenar pada mereka dan peliknya mereka bersetuju. Alasannya sudah tiada jodoh aku dengan cikgu Azhar itu. Semuanya berakhir dengan aman dan bahagia macam dongeng disney -yang penamatnya They live happily ever after~

Bahagia lah sangat.. Sekarang ni, aku sudah tidak boleh lari dari Danny.  Terperangkap macam ni.

“Ni bukan main-main Danny! Gara-gara tindakan drastik gila tak betul and tak logik awak tu, Skrang, mereka dah ingat kita ada apa-apa pulak!, padahal kita takde apa-apa!. Baik kita jelaskan suma tu..”

“ Tak perlu jelaskan."
“Huh?”
“ Sebab, first of all, mereka memang tahu kita takde apa-apa. Kita adalah bukan pasangan kekasih terutama awak memang benci saya kan? Saya kan.. B.U.A.Y.A ... “ 

Aku mencebik. Oklah, dia tahu aku gelarkan dia buaya, so takkanlah disebabkan itu dia berdendam dengan aku sampai nak tentukan masa depan aku. Atau, mungkin dia nak bagi aku menderita.. tak bagi aku kawin seumur hidup? Mengacau dan menganggu aku sepanjang hayat aku di sini? Aku dah mula fikirkan seribu satu perkara malang yang akan berlaku di masa depan aku huhuhu~

Detum~ bunyi bonet kereta dihempas tutup mengejutkan aku. Kemudian baru aku sedari Danny sudahpun masuk ke dalam keretanya, bersedia untuk beredar.  

Dia ni memang sengaja  tak nak bincang pasal benda ni. Macam takde apa-apa kaitan dengan dia padahal dialah yang membuatkan segalanya jadi camnie.DIA! 

“ Oklah, saya balik dulu. Ker, awak nak balik skali dengan saya?”tanya Danny dari tempat duduk driver kereta. Tingkap yang ditinted hitam itu diturunkannya.

Aku tidak menjawab. Malas nak melayan loyar buruknya itu.

Melihat aku hanya membisu, Danny terus menghidupkan enjin keretanya dan ia bersahutan dengan enjin kereta Farish. Nampaknya mereka berdua akan beredar dengan meninggalkan aku seperti tiada apa-apa yang telah mereka lakukan. Baguslah sangat~

Aku tidak faham kenapa Danny buat aku camni? Apa niat dia melutut dan berkata begitu di depan family aku? Cuba dia jelaskan sikit... susah sangat ke? Dia suka kat aku ke? Betul-betul suka kat aku ke atau hanya mainkan aku ke?

“ Ooh ya. Awak tak nak tanya kenapa saya buat camtu ke? “ tiba-tiba Danny bersuara. 

“ Tak payah tau. Awak saja nak mainkan saya kan? Tapi awak tak patut mainkan family saya ok!” bentak ku sedikit marah.   

Yerlah, kalau semua ni satu permainan bagi nya, kenapa nak libatkan keluarga aku. Dia ingat benda ni benda kecil? Sekarang ni atuk aku dan mak aku dah suka sangat kat dia, dah nak jadikan menantu lagi.. aku! Aku!.. aku betul-betul tak faham dengan dia...Sebab aku dan dia tak mungkin!?kan?

Danny senyum sahaja, seakan sudah menyangka inilah reaksi aku pasal hal ini. 

“ Tempoh hari, awak kata awak tak dapat nak masuk dalam dunia saya. Awak kata dunia kita berbeza lah.. Honestly, saya betul-betul tak faham maksud awak tu.."
  
Tiba-tiba Danny diam dan dia mengerakkan  jari telunjuknya memberi isyarat seakan menyuruh aku mendekatinya. Aku tunduk untuk mendengar penjelasan lanjut darinya...
  
Tuink!
Dan sepantas kilat, jarinya menunjal lembut dahiku. Terkejut aku! Aku gosok dahi yang terasa sakitnya.

Jadi,saya akan masuk dalam kehidupan awak. Itu saja."

Dia ketawa kecil dan terus memandu pergi. Ya, akhirnya mereka berdua beredar. Dua buah kereta yang berpark di halaman rumah aku ni kini sudah hilang dari pandangan aku. Kembali ke KL... dan aku juga terpaksa kembali ke KL. Serius, aku takleh lari dari diorang berdua.. Mungkin...

Xx~~~XXX~~~~~                                     XX~~~XXx~~~                   ~~~XX~~~~XXXx~~~

Aku bangun dan mengambil buku diariku yang aku sembunyikan di laci bawah. Esok, aku akan pulang ke KL. Aku tidak boleh sembunyikan diri di sini selamanya. Kerana..

Aku letak tanganku di dada, merasai debaran yang sentiasa berdetik setiap kali aku memikirkan tentang Danny.

Aku tekad. Aku perlu tentukan apa aku pada Danny. Siapa itu Farish. Dan yang paling penting, aku perlu confirmkan betulkah perasaan aku pada Danny ini cinta atau hanya permainan perasaan yang Danny rancangkan. Sebab jika ia cinta.. ia pasti cinta yang gila. The craziest love ever..

Aku catatkan di muka depan buku ini.


                                                 KL LOVE STORY 


previous   
                                                                                            next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'