Hahahaha...
Sekeliling aku terasa bergegar dan berpusing-pusing ala merry go round. KiSSINg?!!! Wtf? Nak je aku cakap camtu kan? Begitulah betapa terkejutnya aku mendengar cerita minah nih. Saat ini, nafas aku rasa macam nak putus, macam nak kena asma.. heart attack.. semua bagailah..
Rupanya sangkaan aku betul! Ya, tepat jitu sekali!
“ Diorang ki..kis..kissing ke?” tanyaku cuba mendapatkan kepastian, sebab cerita Tania berhenti sampai di situ sahaja.
Minah yang aku rasa kalau dia ni tak over tepek mukanya dengan make up yang pelbagai, pasti nampak lebih ayu, - mengibas rambutnya yang karat tu (warna blonde yer, kalau di rumah dah macam air karat mak aku gelarkan. )
“ Well... NOT really... “ balasnya. Aku memandang pelik.
“ Not really??”
“ Well.. I'm not so sure sebab I tak nampak. I cuma nampak diorang macam nak kissing macam i ceritakan tu.. tapi... betul-betul kissing i tak confirm." jelas Tania.
“ Kenapa....??”aku masih tidak puas hati.
“ Well.... masa dorang nak kissing tu.. Dj tiba-tiba malapkan lampu and ade ler satu pasangan yang dancing that time blocking my view ok.. so, i tak nampak.."
“ Then...???”
Tania mencebik, agaknya menyampah bila aku asyik berulang tanya, memaksa dia menghabiskan ceritanya. Minah ni pun asyik cerita sekerat-kerat, sengaja ingin membuatkan aku berdebar.
“ Then.... dorang vanish Ok?! i don't know, hilang macam tu je. I tak dapat cari diorang... maybe pegi hotel k,..ape ke...” rungut Tania.
Aku diam memikirkannya.
“ Whatever pun dorang tu Gay yer... I confirm!"
“ kenapa awak confirm sangat?”
“ Woman instinct la.. Kalaulah Danny tu tak suka kat I yang cun marvellous, seksi ni... dia tu bukan jantan lar.."
Amboi, selamba jew dia cakap camtu.Macamlah semua lelaki tergila-gilakan dia even hakikatnya die nih memanglah cantik tidak dapat disangkal lagi lah. Ish.. kenapalah orang KL yang aku terlibat dalam hidup aku ni cantik-cantik je? Danny, Farish.. Tania..
Serius.!! Aku ni memang berbeza dari mereka sangat-sangat.
“ And plus... i heard lately, Danny tak bawa pulang gals anymore to his apartment... hmm.. and... ade gossip saying.. selama ini he actually never sleep with girls yang die bawak balik rumah.. suspiciouskan??..”
Aku anggukkan sahaja kata-kata Tania tu, walaupun masih ada ruang kosong yang tak lengkap pada cerita itu. Tak bagus ke tak tido dengan perempuan yang bukan muhrim?
Tapi, camne pun Tania ni lebih kenali mereka berdua.
"Mungkin Danny tak gay? Mungkin dia ... mabuk... " kataku membuat andaian walau sebolehnya aku taknak lah sangka Danny tu minum kan? Ee... lelaki melayu Islam drinking, dah kira tahap kafir dah nih, tapi lebih better dari dia gay kan? ni dah tahap nabi tak mengaku umat..Well, sebolehnya aku tak nak terima kedua-dua kenyataan itu. Tetapi, zaman sekarang nih,dunia akhir zaman. Terutama sekali, lelaki KL seperti Danny- kaya, ada rupa dan selalunya lelaki macam ni adalah sosial yang amat! huhu...
Andaian aku itu buat Tania ketawa terbahak-bahak. Lucu sangat ke??!! Dia mengesat matanya yang berair. Selepas tawanya berakhir, dia menyalakan rokok dunhill light tanpa meminta izin aku dan tanpa mempedulikan signboard 'no smoking', dia terus menghisap rokok. Matanya jauh memandang, seakan memikirkan sesuatu yang ku tidak mengerti.
" You really don't know Danny.. "
Aku diam. Sebab tak tahulah aku nak tahu sekarang..
" Danny.. Dia tak smoking, dia tak drinking.. dia tak temper, dia sentiasa gembira and trying to make us gembira juga.. "
" And, honestly he is different than any man i ever date. Dia nice, sweet, gentleman , complete package. Tapi yang paling penting, bila bersama Danny, I feel.. like a princess..feel being respect. He just a.....
different playboy."
Dari nada suaranya, aku dapat rasakan kesalannya kerana tidak dapat memilik Danny. Tidak dapat memiliki cinta Danny.
" Anyway, yang u tanya banyak-banyak ni kenapa yer? U kenal ke Danny and Farish? "
" I jumpa you pun sebab Syu kata you nak tanya something pasal Danny. Kenapa ye? Apa hubungan you dengan diorang?"
Ha, bertalu-talu Tania menyoal aku. Nampaknya penyamaran aku ini terkantoi akhirnya.
Aku teguk air teh carmomila yang dari tadi aku order tapi tidak dijamah.
Sebenarnya aku kenal Tania ni pun di atas cadangan Syu. Lepas aku balik dari Melaka tuh, Syu kata dia kenal seorang model yang pernah date dengan Danny dan cadangkan aku pergi tanya Tania tentang status Danny.
Yerlahkan, aku kan masih was-was dengan Danny tu.. dan setelah aku ceritakan apa yang berlaku di kampung, pada Syu, lagilah Syu memaksa aku untuk mendapat kan KEPASTIAN ini. So, sekarang ini.. aku di sini.
“ Hey, you.. jawablah!! “ herdik Tania.. Cawan teh yang aku pegang hampir terlucut dari pegangan setelah ditempik sebegitu.
Aku tak tahu nak cakap apa.. kebenaran? Nak ke aku ceritakan dari A-Z camne aku kenal Danny? Bagaimana Danny mengkucar-kacirkan kehidupan aku? Bagaimana Danny buatkan hati dan perasaan aku serba salah, keliru dalam permainannya?
“ U mesti minat Danny kan? Stalker!!.. u ingat muka macam u ni Danny minat ke? Cerminlah muka tu skit... "
Sedas Tania menghina aku. Agaknya dia ni dah biasa hina orang ke sampai takde pun rasa bersalah dari riak muka dia. Aku nak marah orang pun tak berani, ini kan hina orang sesuka hati macam dia. Betulkah perempuan cantik memang perangai camni, tak reti hormat orang.
Aku jilat bibir yang terasa kering. Walaupun dia dah jadi ex Danny, Tania ni masih tidak suka sesiapa mendekati Danny. Memberitahu kebenaran adalah bukannya satu pilihan buat masa ini, sekiranya aku taknak dibelasah dia.
“ Sebenarnya, cik Tania..err...” aku telan air liur dan terasa payahnya ia . Aku tidak reti menipu!! AAAAAaaaaaaa!!!
“Sebenarnya... Cik Amyra ini peminat cik Tania.. Dia datang nak mintak autograph.”
Aku toleh pada pemilik suara itu. Suara penyelamat aku. .. My rescue ranger..
“ Hai, Farish...” tetiba sahaja Tania berubah nada suaranya dari petir menjadi manja dan gedik. Berlainan dari tadi. Sambil memandang Farish, Tania membetulkan rambutnya yang panjang, ala-ala gedik la tuh..
“Camne u kenal Amyra ni? I tak tahu pun sebenaranya Amyra ini peminat I..” kata Tania lembut. Aku telan air liur. Dasar hipokrit betul minah ni.
“ Saya pun baru tahu juga, kan cik Amyra...” balas Farish dan dia terus duduk di sisi aku. Aku? Aku hanya mampu tersengih. Play along ..play along~
“ Farish.. Danny takde dengan u ke?”tanya Tania. Matanya hanya memandang Farish sahaja.
“ Hari-hari u datang sini, takkan tak tahu yang Danny takde?... .”
Tania diam. Mukanya seakan menahan malu. Hari-hari ha??!! Gila stalker dia nih..
“ Manalah tahu, mana ada u, mesti ade Danny.. sebab tu i datang kedai you ni.. “
“Nanti saya beritahu dia, awak datang sini.. ”
“ Please tell him to call me.. I really miss him...” rayu Tania.
Haish.. berubah betul minah ni. Boleh caya ker apa yang dia ceritakan tadi? Muksyil aku.
Tania memegang tangan Farish.. Dan tindakan seterusnya lebih mengejutkan aku.
“ Please Farish.. I still love him. I tak kisah hubungan you n Danny, betul..sumpah.. “ beriya-iya Tania memujuk, merayu.
Aku mencuri pandang pada reaksi Farish semasa Tania menyebut tentang hubungan itu. Dia tampak sedikit terkejut, kemudian cepat-cepat dia menyembunyikan rasa terkejut itu dengan senyuman yang sedikit kelat, nak tak nak jer. . Jemari Tania dibelainya lembut.
“ Baiklah.” Janjinya perlahan. Ternyata janji itu berjaya membuatkan Tania gembira dan seakan terlupa kehadiran aku, dia terus keluar dari cafe seceria kanak-kanak yang sudah memperoleh permainannya.
Aku masih perhatikan Farish yang kelihatan sedikit sugul selepas perbualannya dengan Tania. Dia hanya menongkat dahi merenung meja yang kosong itu. Wajahnya sedikit hampa dan seakan terkilan.
Entah kenapa aku rasa kesian pada Farish. Yerlahkan, kalau aku jadi dia pun sekiranya orang yang aku cintai ada banyak perempuan lain, dan aku pulak terpaksa berlakon gembira 24 jam tambahan pula menjadi orang tengah antara mereka berdua, pastinya aku akan sedih juga. Aku rasa kesian kat Farish. Teruk betullah Danny buat macam ini.
Mungkinkah Farish benci kehadiran aku..juga???
“Nah.... ada orang cakap minum air teh carmomile dapat hilangkan stress." Aku cuba memujuknya, dan teh aku hulurkan padanya. Tindakan aku berjaya, kerana dia kini sudah tersenyum. Rasa begitu lega melihat senyuman itu.Senyuman yang tidak kepura-puraan.Buat pertama kalinya aku rasa gembira melihat orang lain gembira. Begini rupanya perasaan itu. Puas..
“ Thanks.. Apa yang awak buat kat cafe saya nih?”
“ Cafe awak?”
“ Yep.. kenapa? Awak tak tahu ke?”
Aku memandang sekeliling cafe yang berkonsepkan Japanese ini. Cantik betul dekorasinya, di tengah-tengah terdapat kolam kecil air terjun kecil , dan setiap tempat duduk diberi privasi dengan dekorasi dinding buluh. Harmoni dan nyaman sahaja di sini. Sempat juga aku perasan di wall view terdapat banyak sijil pengiktirafan antarabangsa.
“ Cantik kan?” Tanya Farish melihat aku hanya mendiamkan diri terpaku dengan keindahan di sini. Aku angguk.
“ .. tapikan awak keje Dell hari tu?”
“ A'ah.. keje Dell, tapi malam dan hujung minggu saya akan datang sini untuk tengok-tengok... Lagipun ada pekerja yang uruskan cafe ini waktu saya tiada di sini. “
“Kira awak ni big boss la ye...” pujiku. Dia senyum sahaja, agaknya malu dipuji begitu hinggakan aku lihat pipinya kemerahan blushing. Ahaks~ comelnya.. ~~
“ Bagusnya.. Nanti boleh la saya mintak keje kat sini.. part time boleh tak? ” gurauku seraya ketawa. Dia juga turut ketawa. Hmm.. selesa betul bila bercakap dengan Farish ini. Aku dapat ketawa dan hilang serabut aku pasal Danny.
“ Mesti awak berusaha untuk dapatkan kejayaan macam ini..”
“Mungkin. Saya cuma tak nak bergantung pada orang lain.”
Orang lain yang dimaksudkannya Danny kah? Farish.. Farish. Dia bukan sahaja kacak, berbudi bahasa, baik tapi juga seorang yang berdikari. Kalaulah Farish ni perempuan, dia mestilah the perfect perempuan ever di mata ku. .. Dan kalau die lelaki tulen, mesti digilai ramai kan. Dibandingkan dengan aku... hmm.. padanlah kalau dia dan Danny...
“ Amyra..”
“Hmm??”
“ Apa yang awak dengar dari Tania tu.. jangan percaya.”
Aku pelik. Farish tahu ke apa yang diborakkan antara kami berdua tadi? Cuba spesifik skit, pasal apa ? Hubungan dia dengan Danny ke?
“ Kenapa?”
Farish mendekati aku, dan tangannya terus meraba belakangku. Belum sempat hilang rasa terkejut aku kerana tindakan pervert Farish, dia terus menghulurkan sehelai kertas memo kuning yang rupanya selama ini melekat di belakang baju. Memo itu tertulis.....
Amyra,
9 pm today - wear nice and sexy
Ur b.u.a.y.a Danny (^_^)V
Aku teringat, sebelum ke sini aku terserempak Danny dan mamat tu peliknya tidak mengacau atau mengekori aku sebaliknya dia menepuk bahuku tiga kali sambil tersengih, kemudian terus beredar. Rupanya... rupanya!!!