Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 14 Januari 2011

KL LOVE STORY 31


Well... Aku tak pitam. Walaupun sebolehnya aku mau pengsan je dan anggap semua benda yang memalukan ini hanya sebuah mimpi.

" Bilalah rombongan nak sampai ini. Cepat settlekan suma. Aku dah malas dah nak fikir-fikir. Apa nak jadi jadilah. Aku akan follow jer lah cadangan atuk dan mak." hatiku membuat keputusan.

Lagi cepat semua ini berakhir, lagi cepat aku dapat hidup kembali normal. Kebenarannya, aku sudah tidak larat melayan Danny dan Farish ini.Sudah terlalu banyak  kekeliruan yang mereka berjaya masuk dan kucar kacirkan di hati aku yang dahulu ,  punya ketenangan.

Dan banyak juga kisah memalukan aku yang mereka tau atau lebih telah mereka wujudkan. Ahh... malu!!

Aku tepuk pelan-pelan pipi aku yang masih rasa suam-suam panasnya. Otak aku pula terbayang-bayang Farish masuk rumah aku, buka almari aku.. dah ler bersepah.. pas tu.. dia ... dia...

Malunya.. Aku bab-bab ini sangat sensitive ok.. bagi itu, itu hak peribadi aku.

Sekarang ni aku malu hendak berjumpa Farish- sebab apa yang aku pakai nanti mesti dia dah tahu.. dan dapat bayangkan?? kan?  Malunya kalau dia lihat koleksi panties aku yang kebanyakkannya bercorak karakter Minnie Mouse. Tidak!!! masa depan aku dah gelap.

Jap-jap..
Farish bukannya Danny. Dia takkan ungkit benda ni dan takkan usik aku pasal hal- hal ini.

Ok! tenang-tenang!  So masalah kalu benda ni terkantoi dah tak perlu risau dah.. Ia takkan mungkin terjadi. Farish bukan jenis orang yang begitu.

Tapi malunya lelaki dah tengok barang-barang privasi aku. Ya sebagai seorang perempuan, aku rasa sangat malu. MALU!!!! aku adalah wanita dan sifat malu itu sudah sebati sejak lahir. Susah juga jadi perempuan ni..

" Mungkin takde apa-apa kot. Farish walaupun dia macam lelaki idaman aku correction  idaman syu dan seluruh gadis Malaya, Farish tu bukan straight kan?Anggap je Farish tu perempuan.. OK.. settle!. " pantas hatiku memujuk dengan alasan-alasan bernas itu.

.. atau boleh yang buatkan awak jatuh cinta dengan saya?... 

Seperti petir kata-kata yang lembut dari Farish itu terngiang-ngiang di telingaku. Dan seperti kilat juga hati ini terasa debarannya. Ahh.. sudah.. Farish perempuan! Farish perempuan! - pujuk hatiku cuba menyakinkan diri ini.

Oklah Amyra, aku dah rasa macam nak migrain. Kenapalah aku nak ambil serius hal ini. Selepas ini mereka berdua tidak akan muncul lagi dalam kehidupan aku.  TIDAK LANGSUNG. Kisah kami akan berakhir di sini.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Ya, semuanya akan jadi lebih baik, selepas ini.

Langkahku atur keluar menuju ke ruang tamu. Senyap je, baru aku perasan sejak tadi aku tidak melihat kelibat mamat dua ekor tu. Agaknya Danny dan Farish sudah kembali ke Kuala Lumpur.Baguslah!

Danny pun sudah puas mainkan perasaan aku. Farish pula sudah cukup memalukan aku. Mereka berdua sepatutnya berhenti sampai di sini sahaja. Cukup. Tiada apa lagi bagi mereka untuk berada di sini.

“BERANI KAMU YER! !!!"  

Terasa macam rumah ini seakan bergegar saat mendengar herdikan kuat dari arah ruang tamu. Seolah-olah tsunami melanggar rumah ini. Itu suara atuk. Kenapa??

Spontan,  aku berlari menuju ke ruang tamu. Apa yang berla...ku?

Nafas ku rasa nak putus saat melihat Atuk dan ibu sedang berdiri merenung Danny,  sementara Danny pula sedang melutut di kedua belah kakinya, mengadap mereka berdua.

Atuk,  aku lihat merenung Danny dengan pandangan yang begitu begis. Urat matanya kemerah-merahan menahan marah.

Kali terakhir aku melihat Atuk begini marah adalah semasa aku di langgar oleh dak-dak mat motor yang sedang merempit di hujung jalan sana 15 tahun lepas. Masa itu atuk masih lagi muda, dan dia terus mengamuk. Darah tenteranya yang pantang diusik itu meletup semacam gunung berapi. 

Selamatlah tok penghulu menyabarkan atuk waktu itu. Kalau tidak, mati dak rempit yang dikerjakan atuk tu. Dari saat itu, budak-budak rempit tidak berani merempit di kawasan kampung kami. Takut dikerjakan Atuk. 

Melihat semua ini, aku dapat rasakan kenangan itu seakan berulang tayang di sini. Aku rasa kecut perut.. bukan disebabkan kemarahan atuk tapi disebabkan aku lihat Danny yang menjadi mangsa herdikan atukitu. Danny kah penyebab kemarahan ini?
“ KAMU ULANG LAGI SEKALI!!! “ herdik atuk. Aku sangat yakin sekiranya seorang itu lemah semangat pasti terkencing mendengar herdikan atuk yang mengalahkan sang kelembai ini.

Aku cuak, tetapi dalam masa yang sama aku tidak sanggup menjadi pemerhati sahaja. Aku tekad menyelamatkan Danny walau macam mana sekali pun! Walaupun, ini bermaksud secara terangan aku menyokong Danny dan membelakangkan keluarga aku, namun hati ini cuma menjerit satu perkara sahaja; iaitu aku tidak mahu dia cedera. Aku tidak mahu! 
 
Baru sahaja aku hendak bergegas masuk dan menghalang semua tindakan tidak rasional yang akan mungkin berlaku, tangan ku ditarik seseorang.

“ Farish??Lepaslah..saya nak tolong Danny tu.. Awak tak tahu apa yang atuk saya akan buat nanti...” rontaku. Namun dia masih tidak mahu melepaskan pergelangan tanganku yang dipegangnya. Malahan ia semakin kuat- menghalang aku dari campur tangan.  

 “  AKU KATA KALAU KAU MAHU MATI, KAU ULANG BALIK APA YANG KAU KATA TADI! BIADAP!” 

Danny yang dari tadi tunduk, kini membalas renungan atuk. Mereka bertentang mata dan aku lihat si Danny ni langsung tidak punyai rasa takut. Matanya tajam tidak berkedip itu membalas pandangan atuk ku yang ibarat harimau yang sedang dicabar.

Apa yang Danny buat ni? Kenapa dia ingin mencabar Atuk?  Mengapa ingin memperjudikan nyawanya. Mengapa? 

“Saya rayu pakcik  hentikan rombongan merisik ini." Aku terkedu..

 “ Walaupun saya tidak tahu kenapa saya katakan begini dan seriously saya tak faham apa yang saya melalutkan ini. Saya juga tidak berani memperkatakan apa atau adakah wujudnya hubungan saya dengan Amyra.Tetapi..." 

"hati saya ini memberontak  bahawa.. Cuma saya sahaja yang dapat membahagiakan Amyra ”

Dan tanpa ku sedar, dengan perlahan Farish meleraikan pegangan tanganku, beredar dengan wajah sugul.

previous
                                                                                                      next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'