Telingaku menangkap bunyi titisan air yang turun menimpa atap bumbung rumahku. Pantas jendela kayu bilikku aku buka.. Hujan?? Rasanya di luar tadi cuaca terik.
Sebaik sahaja aku menjenguk keluar, tiada langsung tanda-tanda hendak hujan. Di luar, cuaca sedang terik. Cukup-cukuplah Danny mempermainkan aku nampaknya firasat aku pun hendak join seperti Danny tu? Hmm... Danny...Danny...
Aku mengeluh. Apalah aku ni? Apa yang aku keluhkan?Pasal si buaya tu ke? Aku sendiri tidak pasti, cuma hati ini tidak gembira dan aku tidak tahu bagaimana untuk mengembirakannya.
“ Gadis secantik awak kalau berkeluh panjang begitu.. hilang serinya.” tiba-tiba aku ditegur sebegitu.
Aku pandang pada pihak yang bersuara itu. Rupanya dia sedang memerhatikan aku dari bawah, betul-betul berada di bawah pokok rambutan yang mengadap bilikku. Aku kecilkan mata cuba mencuri pandang pada wajahnya yang diselubungi bayang pokok itu.
Dan saat itu, tiba-tiba subang di telinga kirinya berkelip dipanahi cahaya mentari membuatkan pandanganku silau.
“ Kan saya dah pesan dulu, muka masam macam ini tidak sesuai dengan perempuan secantik kamu.”
Lelaki itu melangkah keluar dari teduhan pokok itu.
Farish? Sejak bila dia sudah berada di sana? Bilakah dia sampai?
“ Macamana? Ayat saya kali ini poyo sangat ker? “
Aku tidak mengerti. Farish ku pandang tanpa kelip, apa maksudnya? Poyo?
“ Ingat tak kali pertama kita jumpa dulu, saya tegur awak macam ini. Ingatkan nak ngorat awak tapi ayat yang keluar macam pelik dan janggal.. so saya try ayat baru. ok tak? Atau masih poyo lagi ke?” jelas Farish panjang lebar.
Ha..........
Baru aku teringat. Aku tersenyum teringatkan hal itu.
“ Em.. bolehlah..” jawabku mudah.
“ Boleh yang boleh Ok-ok camtu.. atau boleh yang boleh buatkan awak jatuh cinta dengan saya?”
“Ha?”
Dia hanya senyum sahaja saat aku bersuara terkejut begitu sekali. Dia ni bergurau ke? Rasanya nada suaranya itu hanya main-main je.
“ Usik je lar.. GU.RA.UAN”
Aku mengharap dia bercakap begitu seperti Danny selalu mengusik aku, namun sebaliknya.
Dia tidak meneruskan usikannya sebaliknya merenung aku lama sambil bibirnya terus menguntum senyuman.
Serta merta aku tertunduk malu. Lelaki seperti dia kenapakah aku masih berasa berdebar-debar tatkala mata kami bertentang?
Serta merta aku tertunduk malu. Lelaki seperti dia kenapakah aku masih berasa berdebar-debar tatkala mata kami bertentang?
Aku tahu jawapannya. Dia terlalu sempurna. Cukup sempurna.Sesiapapun akan lebur hati dengan bicara darinya.
“ Saya datang jemput Danny, kalau itu yang awak nak tanyakan." jelasnya.
Danny.. Lupa pula Danny adalah pelengkap dalam kehidupan Farish yang sudah terlalu lengkap itu. Riak wajahku berubah saat mendengar nama lelaki buaya itu terpacul dari mulut Farish.Danny, Farish.. hmm..
“ Dia ada cakap yang awak nak datang nanti. “ kataku dalam nada yang kurang mengembirakan walaupun cuba dicontrol perasaan geram ini.
“Kalau macam tu, Nah. “ Farish menghulurkan sebuah beg kertas bewarna hijau. Dia yang tinggi aku rasa dalam 170cm tuh, tiada masalah untuk menghulurkan dari bawah jendala bilik aku ni. Ala, rumah kampung je pun, bukan tinggi sangat pun.
Tertera perkataan PlEASE RECYCLE- SAVE OUR ENVIRONMENT pada beg itu.
Tertera perkataan PlEASE RECYCLE- SAVE OUR ENVIRONMENT pada beg itu.
“ Danny suruh saya bawa baju tukar untuk dia sebab dia datang ke Melaka ini sehelai sepinggang. “ jelas Farish.
“ Haish... tension saya dengan perangai dia. Tetiba call dan kata ada kat Melaka dan suruh saya datang sini bawa bajunya. Bukan sekali dua, banyak dah benda yang mengarut dibuatnye,... Grr.!!.. “ rungut Farish seolah-olah terbayangkan pelbagai perkara buruk yang Danny dah buat. Berkerut-kerut dahinya membayangkan semua itu. Agaknya, Danny ni memang menyusahkan dia lah kot..
Sambil merungut itu aku lihat dia mengenggam penumbuk agaknya sekiranya Danny ada di depannya, mau di belasahnya mamat itu.
Aduhai... bukan aku saja rupanya geram dengan Danny. Tanpa dapat ditahan, aku tertawa kecil.
Sambil merungut itu aku lihat dia mengenggam penumbuk agaknya sekiranya Danny ada di depannya, mau di belasahnya mamat itu.
Aduhai... bukan aku saja rupanya geram dengan Danny. Tanpa dapat ditahan, aku tertawa kecil.
“ Kenapa?”
Tawa ku hentikan.
“ Takdelah. Saya rasa awak sangat cute.”
“ Huh?”
“ Yerlah.. walaupun Danny minta awak lakukan sesuatu yang tidak munasabah, yang last-last minute.. tapi awak masih datang. Awak betul-betul..."
sayangkan dia... ”aku tidak menghabiskan kata-kataku. Sensitif tak dia kalau aku cakap camtu? Tapi diorang bukankah lovers?
sayangkan dia... ”aku tidak menghabiskan kata-kataku. Sensitif tak dia kalau aku cakap camtu? Tapi diorang bukankah lovers?
“ Bodoh?” balas Farish meneka. Aku gelengkan kepala.
“ Taklah. Awak betul-betul sweet. Itu sangat cute.”
Giliran Farish pula diusik aku. Dia tersenyum.
“ Definisi cute awak tu sangat pelik.”
Aku diam. Orait.. aku memang pelik skit. Tapi aku tak tipu. Aku rasa dia sangat cute, Sweet and gentle. Berbeza dengan Danny. Berborak dengan dia buatkan aku rasa selesa, walaupun sedikit kekok tetapi hmm.. mungkin...
" Farish. Awak dengan Danny tu...."
“ Ah, dalam tu saya ada bawakan sekali baju awak! Saya tak sure awak suka ke tak, jadi saya amik sahaja dalam almari awak, baju yang saya rasa sesuai." potong Farish.
" Farish. Awak dengan Danny tu...."
“ Ah, dalam tu saya ada bawakan sekali baju awak! Saya tak sure awak suka ke tak, jadi saya amik sahaja dalam almari awak, baju yang saya rasa sesuai." potong Farish.
Ishh... aku baru nak bertanya hal status dowang tetiba pula si Farish bersuara seolah-olah teringat sesuatu. Jap-jap... almari aku kat KL tu ke?
Aku selak beg kertas dan di dalamnya terdapat baju aku. Tshirt 3 helai, seluar jeans, pencuci muka , berus gigi, barang toiletries aku dan juga krim muka.
Jap.. ni bermaksud..
Aku selak lagi ke deretan baju yang terlipat kemas itu. Di bawah sekali terdapat panties dan bra aku. Maksudnya dia dah selongkar satu almari aku ke? Panty? Bra?
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!! Malunya aku...