“Ingat apa aku ni barang ker? Main tag-tag camtu!" getus aku sepuas hati, sambil melangkah dengan gaya menghentak kaki ala-ala anak gajah, naik ke tingkat atas. Nak dijadikan cerita dalam kisah aku yang malang nih, lif apartment aku sedang dibaik pulih pula sekarang ini. Maka, sekarang ini aku sedang mengkerah badan aku yang dah bertahun tidak bersenam ini untuk naik ke tingkat 10- Ya, apartment aku di tingkat 10. Selamatlah rumahku hanya di tingkat 10 .. larat lah juga nak naik kondominium yang ada 20 tingkat ni.
“ Apa yang awak dengar dari Tania tu.. jangan percaya..”
Haish.. terngiang-ngiang pula pesanan Farish tadi. Apa sebenarnya yang dia maksudkan? Mungkin dia dengan Danny takde apa-apa. Wa!! entah kenapa aku rasa seakan riang je sekiranya sangkaan aku tu betul. Hati aku ni rasa kalau ada kaki mesti dah berdansa berlagu gembira. Terlalu teruja! Ya, tu perasaan aku.
Danny dengan Farish.. . tak mungkin kan? Itu yang Farish maksudkan? Kan?
Ok! Fine! Aku kena confirmkan sangkaan aku pasal kata-kata Farish tadi adalah betul. Benar dan tiada yang benar selain benar semata-mata.Esok, aku mesti tanya Farish! Lagipun no telefon dia masih lagi aku simpan. Aku yakin Farish akan jelaskan semuanya tak macam Danny yang belit-belit tu.
Kalau sangkaan aku itu tidak betul macamana? Kalau betul mereka memang ..
Serta merta hati ku rasa berdebar-debar, takut dan gementar. Hanya memikirkan itu, sudah mampu buatkan aku rasa begini, bayangkan kalau Farish mengaku diorang memang seperti yang Tania ceritakan, camne? Apa reaksi aku? Kecewakah aku nanti?
Langkah aku berhenti di tingkat 10.
" Patut ke aku tanya?" aku bertanya diri sendiri.
" Kadang-kadang sesuatu yang tidak tahu adalah lebih baik dibiarkan begitu sahaja."
"Huh?"
Di depanku, seorang wanita yang matang dan jelita menantiku. Sejak bila dia berada di sini, aku pun tidak tahu. Mungkin waktu aku asyik berfikirkan pasal Danny dan Farish.
Aku memerhatikan insan yang memakai baju bulu berjenama dan kasut yang tinggi ala-ala paris hilton itu. Dia sungguh cantik dan elegant.
“ Sorry. Saya tengok awak asyik bercakap sendirian je, macam ada banyak masalah. ” bibir yang berlapiskan gincu merah yang tebal itu bersuara.
Aku cam suara dan senyuman itu.
“ Awak ni kakak Danny kan?” Tanya ku terus direct je. Dia mengangguk. Anting-antingnya bergoyang-goyang mengikut rentak anggukannya itu.
“ Yerp. Hari tu lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Dehlia Natasya.” katanya sambil menghulurkan salam. Aku sambut huluran tangannya yang lembut dan jemarinya yang licin dan tirus itu menyentuh jari-jemari aku yang kemetot dan kasar ini. Sungguh berbezanya kami berdua, seakan langit dengan bumi jauhnya. Danny..Danny... Semua tentang dunia dia terlalu indah dan jauh berbeza dengan kehidupan aku.
Betul lah apa yang mak aku cakapkan, nama melambangkan diri. Cantik namanya, cantik lah orangnya. Dehlia Natasya, sekiranya aku mempunyai anak ,aku pun hendak letakkan nama yang cantik sebegitu.
“ Kita nak cakap di rumah atau di luar sahaja? ” dia bersuara. Rambutnya yang jatuh di dahi diselaknya lembut.
Mata jernih kecoklatan milik Dehlia Natasya itu merenungku tajam.
“ Kita bicara di sini sahajalah.” katanya tegas.
Aku tersentak dari khayalan.
“ Pasal apa..?”
Dia senyum.
Serta merta bulu romaku meremang. Firasat tak baik nih.