Kur...kur.. kur....
Bunyi burung yang saling bersahutan mengejutkannya . Perlahan-lahan kelopak matanya dicelik dan sekilas itu juga rasa sengal dan pedih menusuk setiap deria rasanya. Adam menepis dedaun yang luruh jatuh menimpa tubuhnya dan bingkas meninjau sekeliling.
Kur..kur...kur...
Adam sedar kicauan itu bukannya milik Si Bising.
Darah yang hampir kering dari luka di dahinya dikesatnya perlahan. Berdasarkan cuaca yang terik, Adam andaikan masa sudah menjangkaui tengah hari. Semalaman rupanya dia tidak sedarkan diri.
Darah yang hampir kering dari luka di dahinya dikesatnya perlahan. Berdasarkan cuaca yang terik, Adam andaikan masa sudah menjangkaui tengah hari. Semalaman rupanya dia tidak sedarkan diri.
Adam memerhatikan kelilingnya, kalau-kalau makhluk itu masih di situ. Tiada apa-apa tanda yang menunjukkan ia masih di situ membolehkan dirinya bernafas lega. Syukur dia dapat melarikan diri dari makhluk yang mengejarnya semalam.Walaupun dia akhirnya jatuh dari tebing curam semasa edisi kejar mengejar itu, dan tidak sedarkan diri kemudiannya, sesungguhnya dia berasa bersyukur bahawa dirinya selamat dari cengkaman makhluk-makhluk pelik itu.
Sekarang, dia cuma ingin cari jalan pulang.
Dengan ketidakhadiran Si bising yang hilang semasa kejaran itu, Adam tahu dia lebih sukar mencari jalan kembali. Tambahan dengan tiada ilmu selain dari ilmu perbisnesan, dia semakin buntu mencari jalan keluar.

“Adam.....”
Dia menoleh pada suara yang memanggil namanya.
Tiada sesiapa.
Hanya ada dia dan rimbunan hutan yang membisu.
“ Adam...........” sekali lagi suara yang lembut gemersik itu menyebut namanya. Dan seperti alunan angin yang bertiup lembut, kakinya melangkah mengekori suara itu.
“Adam...........”
Siapa? Siapa itu?!!
Adam yakin suara itu tidak asing bagi dirinya. Dia pernah mendengar suara itu. Suara yang sentiasa menghantuinya di dalam mimpi.
Sentiasa memanggilnya.
Kini, ia sedang memanggilnya.
“Mimpi kah? Aku pasti bermimpi...”berulang-ulang akalnya memujuk dirinya.
‘Adam........”
Akhirnya dia berhenti. Berrhenti di punca suara yang mendayu-dayu memanggilnya.
Di depannya kini terdapat suatu gelembung lutsinar yang berbentuk cembung. Permukaan lutsinar gelembung itu bergerak-gerak seperti alunan di permukaan air.
Di depannya kini terdapat suatu gelembung lutsinar yang berbentuk cembung. Permukaan lutsinar gelembung itu bergerak-gerak seperti alunan di permukaan air.
Pelik.
Adam menghampiri gelembung misteri itu dan dengan perasaan ingin tahu dan keberanian yang masih ada bakinya, dia menyentuh permukaan gelembung itu.
Sejuk.
Seperti menyentuh ais ketul. Dingin dan sejuk.
Sekali lagi Adam menyentuhnya dan serentak sepasang tangan keluar dari gelembung itu, menarik dirinya masuk ke dalam.