Bodoh! Bodoh!
Berulang kali Adam memaki dirinya sendiri. Mengapalah dia terlalu bodoh sangat.
Langit yang semakin merah, menandakan senja yang semakin menjelang tiba direnungnya. Kemudian dia melabuhkan punggungnya pada sebuah batu besar buat istirehat. Si Bising yang dari tadi terbang di sisinya, hinggap di bahu kirinya.
Hutan Heratus. Sebuah hutan yang misteri dan ditegah untuk didekati sejak dia kecil lagi. Tidak sangka hutan ini begitu tebal dan liar. Maksudnya hutan ini sememangnya tidak pernah diterokai oleh manusia dan dialah manusia pertama yang bodoh kerna berani secara membabi buta memasuki hutan ini. Dan tanpa arah dan petunjuk,kini dia semakin tenggelam jauh ke dasar isi hutan misteri ini. Setiap langkahnya membawa dirinya lebih jauh ke isi perut hutan misteri terlarang ini.
Adam mengesat keringat peluhnya yang terasa basah di dahi. Rasanya sudah berjam-jam dia berada di sini.
Aduh, kenapalah dia begitu pandai sangat untuk ke sini? Agaknya apalah keadaan di rumah sekarang? Pastinya ayah dan ibu murka. Dan yang paling membimbangkannya adalah keadaan Dali. Pasti sahabatnya itu rungsing dan tidak keruan.
“ Cis.. buat apa nak fikir pasal dia.” getus Adam sebaik sahaja teringatkan perbualannya dengan Dali tadi. Ya, betapa egoisnya Dali membuat kenyataan tentang Mytamor.
Peliknya, kenapa lah agaknya Dali berubah tanggapan tentang mytamor?
Adam menongkat dagu sambil memandang sekeliling.
“ Bosannya!” jeritnya seorang diri,dan selang saat kemudian, suara jeritannya bergema. Nampak sangat hanya dia sahaja di sini. Cuma dia.
“ Oklah Bising! Kita kena cari jalan pulang. Agaknya memang tiada apa di sini. “ kata Adam pada Bising, seolah-olah burung peliharaanya itu mengerti bicaranya.
Namun, belum sempat dia ingin memikirkan arah jalannya untuk melepaskan diri dari kesesatan ini, dia terdengar bunyi berdeguk yang kuat. Seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikan dia selama ini. Bunyi degukan itu semakin kuat, membuatkan dia tiba-tiba terasa cemas tanpa sebab.
Prak!
Ranting seolah-olah dihempap sesuatu yang tersangat.
Prak..
Prak!!
Adam menoleh pada sumber bunyi yang semakin kuat itu.
HsssSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Adam terkejut. Makhluk di depannya yang tiba-tiba muncul betul-betul hanya 2 kaki darinya mendesing kuat. Matanya yang hitam itu merenung tajam pada Adam, marah dan bengis dan kerana itulah Adam rasa segala sendinya menjadi longlai tidak bermaya.
HssssssssssSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Makhluk buruk yang persis manusia itu melangkah mendekati Adam. Setapak demi setapak. Dan air liurnya meleleh dari mulutnya yang terbuka luas, mempamerkan susunan gigi yang tirus tajam ibarat sang jerung di lautan .
Adam membatukan diri. Di fikirannya, dia perlu melarikan diri. Rasanya makhluk ini tidak mungkin dapat menganggak apa yang difikirkannya.
Perlahan-lahan Adam berundur, setapak demi setapak dia cuba menjauhkan diri dari makhluk itu yang semakin kelihatan tidak sabar ingin meratahnya.
1…
Kira adam dalam hati. Dia berundur lagi..
2..
Makhluk itu mengerakkan kepalanya, seakan-akan menanti tindakan Adam seterusnya.
3!
Badan dipusingnya secepat kilat dan kakinya diangkat untuk melakukan larian pecut bagi menyelamatkan dirinya.
Namun, segala yang dirancangnya terbantut. Saat ini dia hanya terkedu, terpaku memandang 5 ekor makhluk yang sama sedang menanti nya dari arah belakang. Rupanya sejak tadi dia sudah dikepung. Makhluk-makluk itu menyeringai…
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!