Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Sabtu, 5 Mac 2011

KL LOVE STORY 38


“Mana dia?”  tanya Danny sebaik sahaja dia masuk ke rumah. Matanya melilau mencari tuan empunya badan tapi belum sempat dia bertindak apa-apa, Farish terus merentap kasar kolar baju Danny,menariknya ke tepi.

“Apsal ko buat macam tu kat dia!?”

Mereka berbalas pandangan.


“Apsal kau nak peduli? Selama ni kau tak pernah peduli pun..”sindir Danny.

Kolar baju Danny dilepasnya perlahan. Dan seperti tidak tergugat dengan kemarahan Farish tadi, Danny mengemaskan kedutan bajunya,tenang.
“ Kau cemburu?” 


Soalan Danny itu tidak dijawabnya.Wajahnya merah menahan marah. Marah sungguh dia pada Danny.

Danny memerhatikan sahaja tindakan Farish yang membisu, diam di sofa. Temannya ini hanya mendiamkan diri, semuanya ditelannya sendirian, dipendam di hati. Apa yang dia mahu sekarang adalah kebenaran! Dia mahukan jawapan itu.Susah sangat ker??


Sejak hari pertama dia bertemu Amyra, dia tahu.. Farish cemburu. Dia cuma ingin Farish mengaku.

“ Bila kau nak hentikan game ni?”
“ Hmmmmmm.... takkan.”
“ Danny..!” tinggi suara Farish.

Danny tersengih, sudah menjangka tindakan Farish itu. Oklah, dia bergurau.

Dia mendekati Farish, merenung matanya dalam-dalam- Serius.

“  I never play any game.”

Danny beralih dari Farish dan dengan hati-hati dia mengangkat Amyra yang sedang tidur di sofa, dan terus dibawanya ke kamar -  meninggalkan Farish berseorangan di ruang tamu.

Farish  hanya mampu memerhatikan mereka berdua hilang di balik pintu. Dia menanggalkan cincin silver yang tersarung di jari hantunya. Diletaknya di atas meja dan dipusingnya lembut.  Cincin itu berpusing-pusing laju dan berhenti. 

“ Aku tahu. Tetapi jika aku cemburu, apa yang kau akan buat?”

Zap!!!
Aku terus bangkit..Mimpi??? Serius aku mimpi pasal budak dua ekor tu apehal la pulak.!
Selang beberpa minit baru aku sedar rupanya aku berada di sebuah bilik tidur yang asing. .

Sekeliling aku bewarna putih. Hospital ke?
Bila di belek-belek, ini bukannya hospital. Katil ini queen size lagi, ni bilik sapa nih? Bersih jer. Perabotnya warna putih, terdapat meja kopi kecil dan sofa berjenama  di bilik yang agak besar ini. Hiasan dalamannya dan pemilihan perabot di sini bukannya jenis kegemaran aku. Terlalu mewah. hmm....

Aku turun dari katil membenarkan jemari kaki ini merasai hamparan karpet baldu yang lembut ibarat kapas ini.

Pastinya, ini bukanlah bilik aku. Bilik aku cuma ada katil single yang bercadar pink, almari kayu yang hamper ranap, meja kecil yang dijadikan tempat aku letak alatan solekan dan cermin kecil untuk aku tacap-tacap sikit muka ni.

Berbeza sangat bilik ini dengan bilik aku. Dan ini juga bukan bilik Syu.

Aduh.. Aku urut kepala yang terasa denyut-denyutnya. Rasanya .... kali terakhir memori aku di club tu.. kemudian..

“ Morning princess.”  Aku toleh pada suara itu. 
“ Sakit lagi kepala ke? Kesan ubat tu lambat sikit hilang..” jelas Danny.

Di tangannya tersedia secawan hot chocolate panas untuk aku. Dia meletakkan di atas meja.

Ubat? Ubat apa? 

Aku raba tubuh aku yang rupanya hanya berkemeja putih. Kemeja putih milik seorang lelaki.  Dan lelaki itu ... tak mungkin... Aku raba seluruh badan ku. Serius.. mana pakaian aku semuanya?

Danny mendekatiku ,seakan ingin menyentuhku. Lelaki ini. Lelaki ini yang

lelaki yang cuma berseluar jeans lusuh telah merosakkan aku! Tidak!! 
Yaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!

PANG!!

Pantas kepala Danny aku ketuk dengan apa yang termampu  aku capai. –sebuah lampu meja.
Dan dia terus jatuh terbaring –kaku. 

previous
                                                                                                            next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'