Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Ahad, 6 Mac 2011

KL LOVE STORY 39



Danny menuam kepalanya yang masih tinggal sisa baki sakit akibat dihentak oleh lampu meja dengan ais ketul yang dibaluti dengan kain. Matanya tidak kedip-kedip merenung aku, tajam dan penuh dengan rasa marah kat aku sambil bibir digigitnya. Adeh.. rasa-rasanya dia jenis pukul perempuan tak? hehe...okey, Amyra, ini bukannya masa untuk bergelak tawa!

Aku alihkan pandanganku dari menatap wajah singa Danny, ke Farish yang sedang tersengih. Dia Masih kelakar mengingati hal antara aku dan Danny.Patutnya tiada apa yang kelakar tentang itu.!huh!

Farish hulurkan air teh  jasmine padaku. Rasa panasnya membuatkan aroma bau teh ini menyegarkan. 

“ Sorry..” kataku perlahan pada Danny.
“Ha, apanye tak dengar? APANye??!!” ulang Danny dengan nada tidak berpuas hati. Aku terkejut. Tinggi betul suara Danny!

“ Sudah-sudah lah tu... “  bebel Nek Kesum. Dia mengetuk kepala Danny lembut.
“ Adui... Sakit ar nek..”
“ Dah kamu tu mengada-ngada..Bukan salah Amyra pun. Kamu tu yang masuk dengan pakai tak senonoh begitu..”
“Nek, standard la. Saya selalu je pakai camnie ngan Farish pe...Relaks jer, siap ti... ”
“ Ha, menjawab..menjawab." potong Nek Kesum. Dia membuat gaya ingin memulas telinga Danny dan terus mamat buaya ni membisu. Ha, takut dia! 

“ Awak dah ok? Rasa pening-pening lagi ke?” seperti biasa Farish yang baik hati menyuarakan kebimbangannya.

“ Farish!!, aku ni yang patut ko tanyakan. Ni dah nak pecah kepala hotak aku dihentaknya minah pendek nih. Adeh...adeh...”

Ngada-ngada betul Danny ni. Aku membisu jer walaupun tak salahnya dia bermanja dengan Farish, kan diorang memang satu pasangan, tu yang aku fikirkan secara logik untuk menghilangkan rasa cemburu aku yang tidak bersebab ni.

“Nek, saya balik dulu yer. Terima kasih banyak-banyak” pantas aku meminta diri.
“Eh.. !!" kedengaran suara Farish macam terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan aku yang terburu-buru hendak balik. 

“ Sarapan lah dulu. Penat Farish sediakan.” tahan Mek Kesum. 

Hidangan  nasi goreng, omelette dan cucur pisang yang terhidang di meja makan betul-betul mengiurkan. Siap ada kek coklat lagi. Aku telan air liur yang hampir meleleh.

Baik hati betul Farish ni. Aku pun tidak termampu untuk menyediakan makananan lazat seperti ini di pagi hari. Untuk siapkan semua ini mesti mengambil masa beberapa jam dan memerlukan ketekunan dan ketelitian yang extra. Alangkah bagusnya kalau akupun secekap Farish di dalam bab-bab kewanitaan ini-, iaitu masak. 
“ Amyra, makanlah dulu. Nanti saya hantarkan awak pulang.” giliran Farish pula memujuk.

Aku memandang Farish, Mek Kesum dan beralih pada Danny. Dunia mereka. Melihat kesempurnaan hidup mereka, Farish dan Danny yang punya satu sama lain? Dan hal semalam... Apakah aku dalam dunia mereka ini?

"Takpelah. Saya boleh balik sendiri. Rumah sayapun kat tingkat bawah jer..tak payah nak hantar."pelawaan Farish aku tolak dengan sopan walaupun aku rasa perut aku berkeroncong ala-ala irama gurindam melayu lama. Seakan mengetahui takat kelaparan aku itu, Nek Kesum terus menarik aku supaya duduk di meja makan, makan juga!! arahnya degil.
Dan pabila duduk mengadap Danny, automatik aku tidak dapat melarikan pandanganku dari menatapnya. Namun dia....  sebaik sahaja matanya bertemu mataku, dia terus memandang ke tempat lain, seolah-olah.. tidak mahu memandangku. Kenapa??!!

 " Walau sekalipun, tidak bolehkah awak mempercayai saya?" 
Ais batu yang dituamnya dari tadi diletakkan di atas meja. 

“ Farish, aku dah hilang selera. Bawa makanan ke bilik dan temaniku.” 

Dia bangun dari duduknya terus membelakangiku, menuju ke kamar tidur.  

Aku pegang dada yang tiba-tiba terasa perit. Apakah perasaan ini?

Farish yang kelihatan serba-salah, mengekori langkah Danny. Dan Danny....??

Sedikitpun tidak memandangku. Dan bila dia hilang dari pandanganku, aku terasa kosong.

Kenapa??
Kenapa dia hanya menunduk, tidak langsung memandangku.. Kenapa dia melarikan pandangannya dariku? Kenapa wajahnya tampak hambar dan hampa.Kenapa matanya kelihatan penuh kekecewaan dan kepiluan..  
kenapa awak tak nak pandang saya??!!!

Tanpa tertahan lagi, aku tekup mulutku menahan sebak... dan kaki ini laju berlari keluar dari sini.

Saat ini aku terasa diri ini sedang jatuh yang tidak berpenghujung dan bila air mata ini ingin mengalir, aku tidak mengerti.. aku tidak mengerti kenapa aku rasa seperti ini!!

' Air mata jangan mengalir..."

Aku peduli apa kalau dia benci aku pun?! Sepatutnya aku yang benci dan marah kat Danny. Dahlah semalam dia tinggalkan aku seorang diri di club, pastu sebab aku hentak kepala dia pun dia nak mengamuk macam tu sekali. Macam budak-budak! Ye! Budak-budak!! Mengada-ngada!


' Air mata, tolong jangan menangis...'.  

“ Amyra..” aku toleh pada suara yang memanggilku. 

Rupanya mek Kesum. Walau di usia yang lanjut dia berupaya megagahkan diri mengejar langkahku yang aku rasa sudah superspeed tadi.

" Kenapa Nek?”

Jemari yang jelas kedutnya itu tiba-tiba mengusap pipi ku yang rupanya sudah basah dengan air mata.. Bila masa aku..? 

“ Nek nak temankan kamu balik ke rumah.” katanya sambil tersenyum.
‘errr... ” Aku serba salah namun aku tahu Nek Kesum akan berdegil untuk membuat apa yang difikirnya.

Perlahan-lahan aku memimpin Nek kesum yang bongkok berjalan menuju ke lif. Walau hakikatnya aku hanya ingin turun tangga sahaja untuk legakan fikiran aku tetapi rasanya tidak sesuai kalau Nek Kesum yang sudah berusia 60an itu menyusahkan diri menuruni anak tangga, menemaniku.

“ Danny tu walaupun bukan cucu nenek, tapi nenek dah anggap macam cucu sendiri. “ tetiba Nek Kesum bercerita.

Ye, aku tahu. Dia dahpun bercerita yang dialah yang menukar pakaian aku semasa aku yang pengsan dibawa pulang oleh Danny dan Farish. Ada kaitan dengan pil khayal yang aku terminum mungkin semasa di club. Ni mesti si bartender tu!! Cis..

 So semua yang berlaku adalah satu salah faham. Teruknya, aku boleh salah faham yang Danny berniat jahat kat aku. Mungkin sebab itu dia benci aku?? Teruk sangat ke?? 
“Danny tak macam Farish. Dia tak reti nak luahkan perasaannya sendiri. Macam budak, kita kena baca reaksinya. Kalau gembira dia akan ketawa, kalau sedih dia akan menangis.. Mereka berdua, bukannya mudah untuk dekat dengan orang lain, terutama Danny. Tapi kamu Amyra..nenek nampak kamu lebih istimewa..  ”
“ Saya tak rasa macam tu... Danny tu.. ...”

'Shh..  kamu kena belajar diam, dengar hati kamu berbisik dan mungkin kamu akan jumpa jawapan untuk air mata itu ."  potong Nek Kesum. Dia senyum dan menyentuh pipiku yang tadi basah dengan air mata.

Aku hanya mendiamkan diri.

Malam itu, aku asyik memikirkan kata-kata Danny itu..

 " Walau sekalipun, tidak bolehkah awak mempercayai saya?" 
  
previous              
                                                                              next



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'