“ Nah!”
Terkejut Alisya bila tiba-tiba sahaja Neal menghulurkan jambangan bunga tulip yang entah bila lelaki ini beli; padanya.
Alisya merenung Neal yang langsung tidak menatapnya, memandang ke sebelah kiri, sambil mukanya kelihatan merah padam. Malu ke??
Semacam bodoh, Alisya hanya merenung bunga tulip yang terhulur. Antara percaya dan tidak percaya.. Ini reality ke nih? Neal ke nih?
“ Ambiklah! “ arah Neal, bila melihat kelakuan Alisya tuh.
Pantas Alisya mengambilnya. Secara spontan, menghidu bau dari bungaan itu, walaupun dia tahu bunga tulip mempunyai bau yang sangat lemah, hampir kepada tiada.
“ Thanks.”
“ Haishh... datang sini nak buat projek.. tapi jadi banyak pula extra-extra keje lain.. Nampaknya lamalah saya berada di sini. “ tiba-tiba Neal berkeluh- kesah pula, tidak berpuas hati.
Mulutnya menjuih-juih merungut, reaksi mukanya yang Nampak sangat tidak puas hati itu; buatkan Alisya pula yang makan hati. Ishh.. mamat nih.. Rugi cakap terima kasih pada Neal.
“ Yerlah-yerlah..Saya menyusahkan awak kan?...Ye, saya minta maaf. Sorrrrrrrrrrrriiiiiiiiiii buat awak susah-susahkan. Nah amik balik bunga nih, tak ikhlas langsung..ces!”
Belum sempat Alisya nak bagi balik bunga itu, dia lihat Neal sudah pun menunggang basikalnya, bersedia untuk blahkan diri, dan paling penting, Neal sengaja mempekakkan telinga, tidak mempedulikan Alisya yang dah panas hati dengan kelakuan Neal.
“ Esok... saya akan bawa awak ke tempat special.. A special place, a special memory." Kata Neal, sambil tersengih lebar. Barisan giginya yang putih dan lesung pipitnya jelas kelihatan. Wajah gembira itu tiba-tiba menghilangkan rasa marah di hati Alisya.
“Saya harap awak akan dapat memori awak, seperti yang awak inginkan.”
Alisya tergamam.
Bukan sebab dia terkejut Neal berubah sikap, atau disebabkan Neal tetiba memahami nya? Tapi disebabkan dia dapat merasakan keikhlasan dari bicara Neal itu. Keikhlasan kelembutan di wajah itu..di dalam suara itu dan wajah itu. Ya, wajah yang begitu ceria itu.. Keceriaan itu yang buat kan dia rasa begitu selesa bersama Neal.
Sambil memerhatikan Neal yang beredar, bunga tulip di tangannya, Alisya genggam kemas.
Setelah bayang Neal hilang dari pandangannya, dia melangkah masuk ke rumah banglo berbumbung biru ini, tidak mengendahkan Mek Som yang sedang mengemas di ruang tamu, terus masuk ke kamarnya, lalu pantas mengunci biliknya dari dalam.
Bunga tulip digubah masuk ke pasu bunga, lalu diletakkan di sebelah bingkai gambar kayu yang terletak di atas meja .
Kemudian, matanya beralih pula pada dinding biliknya yang penuh tertampal dengan gambar-gambar yang sering ditatapnya setiap hari; setiap minit,setiap nafasnya- Penuh hinggakan tidak ada ruang langsung di dinding ini untuk benda lain, selain gambar-gambar itu.
Gambar Neal dari pelbagai sudut- dari sejak kecil hingga kini.
Alisya senyum dan kemudian ketawa.