Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 24 Disember 2012

Berikan Kujawapan 31




Tap..tap.. tap...!
Bunyi derapan kaki yang sedang berlari itu menarik perhatian Neal. 

Tap.. tap.. tap...!
Dalam kabus yang tebal , samar-samar Neal dapat melihat susuk tubuh seorang budak lelaki sedang berlari dengan nafas yang tercunggap-cunggap. Peluh membasahi baju t-shirt biru yang dipakainya hingga hampir lencun. Kakinya yang tidak berkasut itu pula, jelas dipenuhi luka dengan darah yang semakin kering.

Setiap kali kakinya menyentuh tanah yang kasar dan berkerikil tajam itu, budak itu mengentap bibir menahan sakit. Tiada keluhan dan tangisan dari anak kecil itu. Semua kesakitan itu ditahannya dan dia terus berlari.

Apa yang membuatkan budak itu berlari, tanpa mempedulikan dirinya yang keletihan? Kenapa budak itu sanggup berlari sehingga begini? 

Terdapat darah merah mengalir dari kedua-dua belah tangan budak itu. Menitik perlahan-lahan , begitu juga di dahinya. Aliran darah merah pekat itu mengalir bercampur peluhnya  Tidak mempedulikan semua itu, budak itu terus berlari dengan langkah kaki yang semakin longlai. Rentak kaki itu tidak akan berhenti.

Tap.. tap.. tap.!!.
Budak itu kini semakin mendekatinya.

Dalam kabus yang semakin menghilang , wajah budak itu kian jelas di mata Neal. Begitu juga dengusan nafas yang laju milik tubuh kecil itu. Ia semakin jelas.. Semuanya semakin jelas. Jelas di matanya, di akalnya..wajah itu.. Adalah wajahnya.

Tubuh kecil itu tembus ke tubuhnya.



Neal terjaga dari mimpi. Peluh dingin membasahi dahinya. Walaupun malam sudah jauh menganjak ke pagi.. Embun jantan pun sudah mula menitik membawa bersama angin pagi yang dingin, namun sebaliknya dirinya saat ini sedang  basah lencun dek peluh.

Neal menanggalkan t-shirtnya, bangun dan terus menuju ke dapur. Gelas kosong dicapainya, diisi air sejuk dan diteguknya dalam gementar.

“ Tak mungkin... tak mungkin... " ulang-ulang Neal mengingatkan dirinya.

Gelas kosong dibiarkan  di sinki. Dia memeluk tubuhnya yang masih tidak berhenti gigilnya. Degupan jantungnya berentak laju, bibirnya pucat dan matanya tidak dapat menyembunyikan rasa ketakutan yang dialaminya saat ini. 

" Mimpi itu... ia sepatutnya.. sepatutnya tidak wujud lagi.. kenapa.? Kenapa muncul sekarang?"

Neal cuba menenangkan dirinya. Nafas ditarik sedalam boleh dan dilepaskan sekuatnya.. Dia menyentuh dadanya yang masih berbaki gementar. Setelah nadinya terasa tenang, dia kembali ke kamarnya.

Di suatu sudut yang tersembunyi , Kenny berdiri kaku, memerhatikan Neal sejak tadi.  






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'