Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 29 Mac 2012

Yang Tidak Dicintai 18

"Awak ingin ceritakan sesuatu?"

Doktor muda  itu mencatat sesuatu pada buku nota di tangannya. Tahi lalat di hujung mata kirinya digaru gatal. Tag pada bajunya tertulis Shinrai.

" Awak seperti risaukan sesuatu? Apanya?" ikhlas doktor wanita itu memujuknya, cuba memahami apa yang tersembunyi di hati Suki. Pesakitnya yang paling muda ini hanya membisu. Sama seperti  di sessi-sessi kaunseling sebelum ini.

Doktor itu mencatat lagi pada buku notanya. Laju jemarinya menulis, leka, lalu membiarkan kesunyian mengambil tempat.

Plaster yang tertampal di pipi kiri Suki menjadi kebimbangannya.  Tidak pernah satu sessi pun gadis ini hadir tanpa kesan-kesan luka ataupun balutan. Dan tambah menyukarkan, bila Suki tidak mahu berkongsi apa- apa dengannya.

Selama 2 tahun ini, pelbagai cara dia lakukan untuk membuatkan Suki selesa dengan dirinya. Dengan hanya memerhatikan Suki, dia  tahu perasaan Suki.

Dia tahu, Suki berasa keseorangan dan tertekan semenjak kehilangan memorinya.  Suki keliru dengan identitinya. Suki takut menghadapi masa depannnya. Suki terperangkap.

Kerana itu, dia ingin membantu Suki. Dia ingin membantu Suki bukan sebagai seorang doktor, tapi sebagai kawan dan orang yang boleh menjadi teman Suki mengadu.

Dia tidak mahu Suki terus seperti ini.. Dia mahu Suki melalui hari-hari dengan bermakna. Dia mahu gadis ini kembali aktif, riang seperti gadis seusianya. Seperti Suki dua tahun lalu.

Dari kenyataan dan pemerhatian, gadis ini mengalami trauma  dan kehilangan memori selepas kematian abang. Selain itu, walaupun fizikal gadis ini tidak terganggu, terdapat perubahan  dalam keperibadiannya.

Yang aktif dan riang,  kini Suki suka menyendiri. Persenoliti Suki kini jauh berbeza dengan dahulu. Segalanya berubah. Kelakuannya, cara percakapan dan pemikirannya. Semuanya berbeza. Seolah-olah ini adalah Suki yang lain.

Baginya, Suki kemungkinan mengalami kemurungan yang menyebabkan berlaku perubahan personaliti. Selain itu, Suki berkecenderungan mencederakan diri. Ini membimbangkan.

Kerana itu, sessi kaunseling ini diperlukan.. untuk membantu Suki kembali normal seperti dulu.

Namun, selama 2 tahun, 2 tahun sessi kaunseling, ia tidak memberi apa-apa perubahan. Suki hadir untuk sessinya ; hanya untuk membisu. Membiarkan masa berlalu, ditelan sunyi.

Dia  memandang Suki yang sedang berbaring di kerusi malas. Gadis ini kelihatan begitu tenang. Berbaring dengan memejam mata, seolah-olah sedang tidur.

Sekali pandang, sesiapun  tidak akan menyangka yang Suki mengalami gangguan perasaan.
 
Ingatan Dr  Liew kembali pada hari pertama sessi mereka.

 " Saya adalah saya. Suki adalah Suki. Sesi ini tidak diperlukan. " 
" Ya, saya faham. Tapi tujuan  Sessi ini cuma ingin  membantu awak kembali seperti dulu. Yang ceria dan gembira itu. ..Saya tahu kematian abang awak memberi kesan negatif  pada diri awak.  "
" Tetapi,  gadis dalam gambar ini bukan saya. " potong Suki.

Dia menutup album gambar yang diberikan doktor.  Album itu penuh dengan gambar seorang remaja di saat graduasi,sukan ketika mengikuti rombongan bersama kawan-kawa dan lain. Gadis yang senyumannya memanjang indah , dihimpit ramai sahabat. Gadis yang memiliki mata yang penuh impian dan keriangan. Gambar Suki.

" Saya tiada memori tentang semua ini. Saya tidak gembira dan serasi bersama sahabat-sahabat Suki. Saya lemah bersukan, tidak pandai dalam pelajaran seperti Suki. Saya bukannya Suki ini."

" Sebab itu saya berada di sini. Saya nak membantu Suki. Tiada sesiapa yang mahukan Suki ingat balik semua yang berlaku. Suki adalah Suki. Kami cuma mahukan Suki kembali ceria macam dahulu.. "

Suki berjalan ke jendala dan merenung langit yang kian senja.

" Macam dahulu? Bukankah itu seolah-olah awak semua mengingini Suki yang lama- Suki yang dahulu. Lalu menafikan kewujudan saya?"

Soalan Suki itu tidak terjawab.

" Jadi , siapakah saya?? Doktor,  bila Suki yang dahulu kembali, ke mana saya akan pergi?"

Itulah perbualan terakhir mereka. Selepas itu, Suki tidak lagi bercakap dengannya. Segalanya dipendam di hatinya. Dan dia  hanya mampu memerhati..

" Love. Dia... "

Doktor Shinrai terkejut apabila  keselesaan sepi ini terganggu dengan suara Suki.

" Love?" tanyanya berminat. Cermin matanya digerak-gerak , menanti Suki menyambung kata-katanya.

" Ya? Love? Kenapa? "




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'