Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 9 Julai 2012

Girlfriend




RRr...... Rrr.... Rrrr.....

Iphone 4 warna putih yang terletak di atas meja, berdering kuat berserta dengan mode getaran. Deringan telefon sengaja dibiarkan panjang.


Hampir terjatuh telefon itu bila dibiarkan begitu sahaja. 


Mungkin pemiliknya tidak menyedarinya.

Rrr.... Rrr... RRr.....

4.30 pagi. Hampir semua manusia di bumi ini sedang lena diulit mimpi. Saat di mana embun pagi mula menitis; yang semakin mengasyikkan mereka yang berselimut.

Jadi,

Si pemilik panggilan juga mungkin sedang hanyut di dalam mimpinya, tidak sengaja membiarkan si pemanggil menanti.

Rrr... Rrr... Rrr...

016-614XXXX . Tertera nombor tanpa nama itu di skrin.

Nombor itu tidak asing sebab sebelum ini,  terdapat beberapa miss call  dari nombor yang sama. Yang juga tidak dijawab.  


Jadi pemanggil tidak tersalah dial. 


Pemanggil mengenali pemilik telefon Iphone putih yang terbiar berdering sendirian itu...  

Rrr... Rrr.. Rrr...

Bingit, menyakitkan telinga  akan deringan yang tidak dijawab itu. Berulang-ulang menjerit merayu pemiliknya menghentikan penderitaan ini. Terbiar bergetar sendirian.

Panggilan ini penting!  Deringan ini seolah melaung cemas!

Panggilan ini terhenti.

Senyap seketika. 

7 Miscall.

Tenang sebentar.

Rrr...Rrr... Rrr...

Deringan berterusan kembali.



 







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'