Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 19 Julai 2012

Girlfriend 6



Kering air matanya.

Dia sudah tidak terdaya untuk menangis lagi.

Iphone 4 warna putih di tangannya direnung.

Tidak pernah tersangkanya, yang akhirnya Johan melepaskannya.. Dia ingatkan Johan akan kembali padanya kembali, seperti biasa. Dan mereka akan bergelak tawa seperti selalu. Mengukir cinta bersama-sama. Membina impian indah bersama-sama.

Dia tidak sangka.

Dua  minggu, dia tidak dapat menghubungi Johan lagi. Officially mereka dah berpisah. Buat pertama kali Johan setuju dengan permintaanya kali ini. Terkejutnya bukan kepalang namun didiamkan sahaja.

Sejak panggilan itu juga, dia tidak dapat menghubungi Johan lagi. Dua ke tiga  hari, hatinya masih lagi biasa, memikirkan Johan cuma merajuk.

Masuk hari ke-enam , dia rasa pelik. Perasaan rindu menyeksanya

Dan seterusnya, dia tidak tahu apa yang berlaku. Semacam tidak percaya.

Begini rasanya perpisahan...

Merindu, terseksa..

Walaupun hatinya berbisik yang ini seperti apa yang dia mahukan? Dia yang mengucapkan kata break up itu..  malah dia patut rasa bebas dan free, sebab tiada lagi rasa marah atau tidak puas hati lagi pada Johan.

Namun, difikirkan...

Johan sudah cukup sempurna.. Sepanjang percintaan mereka, Johan sentiasa melakukan yang terbaik untuknya. Menjaga hatinya, mengembirakannya..

Difikirkan...
Segala hal remeh temeh dia marah, namun Johan tidak pernah terasa.

Difikirkan....
Segala permintaannya walaupun kekadang tidak dapat Johan penuhi, tapi Johan usahakan untuknya.

Dia nampak itu. Dia sedar Johan bukan hero atau putera berkuda putih yang diimpinya..

Johan lelaki biasa, kekadang melakukan kesilapan. Tidak dapat menyempurnakan impiannya, namun dia tahu Johan mencintainya..

Johan sudah cukup sempurna sebagai boyfriendnya kerana menerima girlfriend yang tidak sempurna ini.

" Hidup ini bukannya macam cerita korea cinta-cinta yang you suka tengok. tiada lelaki sesempurna impian you.. yang boleh menyempurnakan segala  impian you.. "

Dia muncung mulut bila ditegur Johan begitu. Johan realistik dan sebenarnya dalam diam, dia sukakan sikap itu.

Kerana..

Dia seorang yang suka berfantasi, di matanya semuanya patut berlaku seperti yang difikirnya, cinta itu sempurna walau banyak dugaan, cinta adalah sejati. Dia percaya cinta adalah seperti itu..

Dia memerlukan kehadiran Johan mengikatnya ke dunia realiti, agar dia tidak terlalu taksub dengan dunia fantasi dan terus hilang dalam angan-angan kosong.

Dia mencintai Johan kerana Johan,- menyempurnakan dirinya.

Tidak tersangka perbualan terakhirnya, menjadi penamat segalanya.

Dia tidak dapat memberi tahu kenapa kali ini dia nak break up sementara..Sebab yang menyebabkan dia tekad seperti itu..

Sebabnya...

                       Hakikatnya...

                                                     Kebenaran itu...

Sebenarnya dia mahu memberi ruang pada dirinya untuk membuang segala fantasinya yang diciptanya sejak kecil. Dia mahu membuang semua itu, dan menjadi seorang perempuan yang tidak lagi mengada-ngada dan berfikiran matang.

Dia berjanji sebaik sahaja dia membuang semua itu, dia akan kembali bersama Johan, mengukir realiti bersama. Menerima Johan adalah lelaki biasa, bukannya superhero, atau pun putera raja. Menerima yang Johan adalah lelaki yang kekadang membuat kesalahan, namun dia tahu Johan takkan berhenti cuba menjadi lelaki sempurna untuk dirinya.


Tanpa sembunyi kali ini dia ingin menunjukkan dirinya yang mencintai Johan , lelaki yang sentiasa menjadi sempurna di matanya. 

Sayangnya  penjelasan itu  tidak pernah dapat diberitahu  Johan, sejak panggilan itu..

Air matanya berderai kembali dan nombor telefon Johan di dailnya, sekali lagi.




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'