Dia.. entah kenapa kehadirannya menarik perhatian. Peribadinya yang bersahaja membuatkan teman-teman senang mendekatinya. Kebijaksanaan dalam bicara kata-katanya mencuri hati pengajar. Dia begitu sempurna.. tiada cela. Di mata Alisa, di hati Alisa…Neal adalah segalanya.
" Apa yang awak pandang?" soal Alisa. Dia terus duduk di sisi Neal yang sepanjang hari tadi diperhatikan sedang mengelamun merenung langit. Neal memandang Alisa. Rasa hairan dan kecelaruan terlukis di kerut wajahnya.
" Awak tak perasan saya ke ? Hey! Kita sekelas lah!" geram pula Alisa bila Neal yang merupakan pelajar yang menjadi tumpuan ramai itu, tidak mengenalinya! Hello! dia boleh dikatakan popular di sekolah ini, cantik, pengawas, tak pandai sangat dalam akademi, tapi seorang yang aktif dan selalu terlibat dalam aktiviti sekolah.
Malah, dia merupakan pengerusi kelab fotografi sekolah dan ahli redaksi yang menerbitkan majalah sekolah setiap tahun. Tambahan lagi dia merupakan anak tunggal Dato' Adzhar yang banyak memberi sumbangan kewangan pada sekolah. Cukup pakej untuk buatkan dirinya popular di sini. Terguris betul imejnya bila Neal tidak mengenalinya.Tetapi, Alisa tak marahkan sesiapa sebab Nealpun baru sebulan di sini, dan sebelum ini, Alisya demam dan tidak baru-baru ini sahaja dia dapat kembali ke sekolah.
" Ooo.. awak yang duduk di meja kedua
dari depan kan? ,. " tuturnya lembut, sambil melemparkan senyuman pada
Alisa. Tersipu Alisa membalas senyuman itu. Rasa marah kini berganti debar. Hatinya terasa berdegup rancak saat
ini dan ia berlanjutan sepanjang
perbualannya dengan Neal selepas itu.
Terasa betul-betul seperti di awangan bila dapat
berborak mesra dengan Neal yang di sukainya ini. Rasa bangga semakin melebar bila menyedari ada mata yang
menjeling cemburu melihat kemesraan mereka.
Tetapi dia tahu Neal melayan semua orang dengan baik. Semuanya dilayan secara istimewa, tiada beza. Jadi hari ini.. dia ingin membezakan dirinya dari mereka, untuk itu dia mengumpul segala keberaniannya hari ini.. untuk..

" Saya.. Saya sukakan awak,
Neal!" luah Alisa tiba-tiba. Neal yang sedang rancak berbual tadi, terdiam.
Alisa merenung Neal dengan penuh keyakinan dan keberanian. Rasa malu dan takut dibuang jauh-jauh!. Bagi Alisa, dia tidak mahu mempersiakan peluang yang ada hari ini. Dia tidak mahu jadi perempuan yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaannya pada lelaki yang paling di sukainya dan dikemudian hari, tertanya-tanya samada lelaki itu juga menyukainya.
Dia perlukan jawapan, untuk kegilaan dan kefanitakan perasaan cintanya pada Neal. Hari ini, dia akan settlekan semuanya! Tekad Alisa. Namun, 1 minit yang sepi ini terasa menyeksakan terutama bila Neal masih tidak memberikan apa-apa reaksi.

" Terima kasih ."
Neal senyum. Diusapnya kepala Alisa yang masih terpinga-pinga dengan jawapan Neal. Serentak, bunyi loceng membingit telinga.
" Jom masuk kelas, nanti lambat
pula."ajak Neal. Dia bangun beredar meninggalkan Alisa yang masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Masih tertanya-tanya samada ini satu penolakan? atau penerimaan?
Tetapi melihat tubuh Neal yang semakin jauh membelakanginya, dia tahu Neal tidak menerima cintanya.
Dia ingin menangis, dan lari jauh-jauh bersama kekecewaan ini . Tetapi , dia tidak mahu hari bersama Neal berakhir begini. Dia kecewa namun dia mahu mengingati setiap saat bersama Neal hari ini. Sekurang-kurangnya dia inginkan Neal juga mengingatinya. Mengingati dirinya di ribuan gadis lain yang hadir dalam hidup Neal.

" Awak!! " jeritan Alisa mematikan langkah Neal. Dia menoleh pada Alisa.
" Awak lupa nak tanya nama saya!. Nama saya Alisa!"
" Awak lupa nak tanya nama saya!. Nama saya Alisa!"
Riak wajah Neal yang tenang tadi, berubah serta merta.
"Ali..sa?"
Ulang Neal seolah-olah teringatkan sesuatu. Dia merenung Alisa lama, sambil mendiamkan dirinya.
" Maafkan saya.. " kata Neal bila menyedari ketidakselesaan pada diri Alisa, direnung lama-lama begitu.
Neal meninggalkannya, sekali lagi membuatkan Alisa tertanya-tanya.

Keesokannya, waktu rehat, seperti biasa kelibat Neal akan hilang sebaik sahaja waktu rehat bermula dan Alisa tahu dia ke mana. Neal Di bawah
pokok rendang di belakang sekolah, tetapi dia tidak berniat untuk menganggu
Neal hari ini. Matanya melilau mencari..
" Kenny! "
Kenny yang sedang berborak dengan
kawan-kawannya, memandang Alisa. Alisa dah agak dah, geng Kenny ni memang suka
melepak di dalam kelas semasa waktu rehat.
" Apanya?!"
" Sini jap ! Aku nak tanya kau
jap!."
" Ishh!" rungut Kenny, nak tak
nak mendekati si Alisa ini.
" Apanya!?" soal Kenny kasar, sebaik sahaja mendekati Alisa. Kerusi kosong di depan Alisa, ditariknya kasar. Dia duduk mengadap Alisa dengan muka yang tidak puas hati. Yerlah, dia tengah syok main psp tadi.
" Kau rapat dengan student baru tu
kan?"
" Neal?"
" A'ah! Sapa lagi! "
" Boleh lah. Kenapa? Kau nak nombor phone dia ke?" sengih Kenny,
meneka.
" Taklah! Tu.. nape time rehat jer, dia mesti lepak sorang-sorang kat bawah pokok kat taman belakang tu? Kenapa yer?"
" Taklah! Tu.. nape time rehat jer, dia mesti lepak sorang-sorang kat bawah pokok kat taman belakang tu? Kenapa yer?"
" Lek elek.. biarlah. . Eh, camne kau
tau ni? Kau skudeng dia hari-hari ekk? Gile ler… kau stalker eh? .."
Nak aje, Alisa melempang Kenny kali ini.
Suka sangat loyar buruk. Sebabkan perangai Kenny yang tidak serius semua budak perempuan kureng melayan si Kenny ini. Harapkan kacak je.
Loyar buruk over sangat.
" Loyar buruk lah kau ni!.. Aku tanya bukannya kau dapat jawabpun. Kau kata member rapat, apa pun tak tahu kan? "
" Aku tahulah! " tegas Kenny, rasa tercabar dengan sindiran Alisa.
" Apa yang kau tahu?"
" Apa yang kau tahu?"
" Aku tahu yang dia tu.. ada sesuatu yang dia sembunyikan.. "
" Apa nye?"
" Dahlah! Yang penting, kau takyah
peduli pasal dia. Kan dia nice ngan korang-korang gurgal nih.. Kalau nak admire ke,
silakan.. fan club pun ade, ko join r… "
Kenny bangun dari duduk.
" Emm.. lagi satu, aku nasihatkan kau takpayah dekati dia."
" Suka hati aku lah! Kau sapa nak warning-warning aku."
" Bukan aku yang cakap. Neal yang cakap." kata Kenny perlahan. Ada rasa serba salah di dalam nadanya.
Dia memandang Alisa serius.

" Dia kata, dia bencikan kau! What happened between you two?"