Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 28 Disember 2012

Berikan kujawapan 33




Mereka berjalan bersama-sama. Walaupun tubuh Kenny di sini, fikirannya sudah jauh melamun.Melayang mengingati  hal Neal pagi tadi. Dia tidak pernah lihat Neal seperti itu. Walaupun dia tidak mengerti, tetapi dari wajah pucat itu, dan tubuh yang tidak diam gigilannya itu, Kenny tahu Neal seakan dalam ketakutan.
Bukan ketakutan biasa, tetapi lebih seakan seakan memori hitam. Memori yang tidak dapat ditaksirkan dengan kata-kata.

“Kau risaukan apa?” tegur Neal, menyedari Kenny yang sudah jauh melayang fikirannya. Kenny senyum hambar. Ya, antara mereka, mereka saling memahami, tiada kata-kata yang perlu diucapkan, Neal tahu saja apa yang merisaukan dirinya, hanya dengan sekali pandang sahaja.  Begitu juga dirinya. Dia juga tahu jika Neal ada masalah.

Cuma yang membezakannya, Neal tidak suka berbincang tentang masalahnya. Terutama masalah yang melibatkan kisah silamnya. Lama kelamaan, Kenny berhenti mengambil tahu dan dia belajar mendiamkan diri sahaja. Memerhati..   Cuma kali ini... Dia dapat rasakan kali ini Neal tidak mampu menghadapinya sendirian. 

“ Aku risaukan kau.”
“ Aku? Kenapa pula?”
“ Entah!” bohong Kenny. 

Kedua belah tangannya diseluk masuk ke kocek seluar, satu habit yang dibuatnya bila ada benda yang tidak dapat dia luahkan. Habit yang Neal sedia ketahui, dan sedari saat ini. 

“ Hmm.. ok.” 

Setuju Neal, tidak mahu memperpanjangkan lagi cerita. Dia tahu, mungkin ada sebab Kenny tidak dapat kongsi kerisauan itu. Dia tidak mahu mengesa temannya ini.

“Tak usah risau. Aku akan OK.”  
Janji Neal seakan mengetahui. 

Ok? Dah berapa kali janji itu kau ucapkan? Ia takkan mungkin Ok kali ini!Aku tahu! Walaupun aku dah berjanji pada diri sendiri yang aku tidak akan menyoal kau di kala kau dilanda kesepian. Ya, aku pernah berjanji akan hanya mengikuti langkah kau, sentiasa dibelakang kau memerhatikan kau, dan sedia ada tatkalakau perlukan aku, tetapi kali ini...  aku ingin berada di sisi kau. Bersama-sama menghadapinya.

Hati Kenny masih resah. Terlalu banyak rahsia yang cuba disembunyikan, terlalu banyak cerita yang ingin dilupakan.. Di sini, dia tahu walaupun mulanya dia rasakan yang Neal berubah ke arah yang lebih baik, tetapi sejak hal pagi tadi, dia mula merasakan yang kemungkinan dia tersilap?  

Serta merta bayangan wajah Neal yang dalam ketakutan semalam menganggunya. Itu.. wajah itu..  Apa yang Neal takutkan? Apa yang disembunyikan? 

" Semalam, kau terjaga. Kau bermimpi buruk ke?" *Langkah Neal terhenti.
" Kau perasan?"
" Ya. Semuanya. Kenapa? Ada kaitan dengan Alisya ke?" teka Kenny
" Pasal hal Alisya lagi?  Haish.. Kenapa pula kali ini? Bukankah aku dah tak lagi bersikap dingin padanya seperti yang kau harapkan? Jadi kenapa hal Alisya yang kau rasa perlu dipersoalkan? "

Kenny diam. Kenapa perlu Neal melenting bila nama itu disebutnya? Melainkan sangkaan Kenny adalah benar.

"Aku tidak mempersoalkan apa-apa. Pasal hubungan kau dan Alisya kini, aku Ok jer, malah aku sokong  perubahan ini. Jadi kenapa perlu kau marah, melainkan ia berkaitan."

" I had a bad dream, that's all. It's nothing to do with anybody!"

Neal cuba menamatkan perbualan ini. Melarikan diri dari memberikan penjelasan. Kenny menyedari kekeliruan Neal itu. 

Sekali lagi, bayangan wajah Neal yang dalam ketakutan menganggu fikiran Kenny. Tak mungkin dia dapat lupakan hal itu. 

"Ok, fine!.. you don't want to talk, fine! tapi berikan jawapan bagi satu jer soalan ini."
" Ok. A question that has been bothering you. K, I want to hear it. What is it?"  jawab Neal confident. 

Sememang dari tadi pun, dia tahu Kenny ada sesuatu yang nak ditanya atau disembunyikan dari dirinya.  Mereka saling merenung.

" Kenapa sebelum ini kau menjauhi Alisya, dingin padanya, seakan membencinya? Kenapa? "

" I......  don’t know."

Ia begitu sakit, perasaan ini. Tapi, aku pasti hadapinya sendiri. Percayalah! Jadi demi persahabatan kita, tolong jangan pedulikannya. Perkara ini, biarkan ia jadi milik aku seorang- [Neal ]





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'