Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 17 Januari 2013

Berikan Kujawapan 41



Pagi. Kedengaran bunyi piano yang indah dan lembut memenuhi ruang banglo klasik ini.Dan untuk pertama kalinya  Kenny  mendengar alunan melodi piano yang menyentuh perasaannya..Tanpa sedar,  Langkahnya teratur perlahan-lahan menuju ke sumber muzik itu yang akhirnya sampai ke bilik yang tertutup ini.

Pintu itu dibukanya perlahan. Dia melihat pemain piano misteri itu.

Kenny terkejut. Dia tidak menjangkakan ini. Di depannya, di piano mewah yang terletak di tengah ruang bilik ini, Neal kelihatan asyik memainkan melodi ciptaannya. Langsung tidak menyedari Kenny yang memerhati.

Mimpikah ini? Neal tahu berpiano? Bila masa? Malah Bukan calang-calang.  Neal kelihatan begitu mahir dan selesa bermain alat muzik yang selama ini dibencinya.

Ya, seingat dia, dia tahu betapa Neal membencikan alat muzik ini. Kebencian Neal itu jelas setiap kali mereka terserempak piano di mana, Neal akan selalu mengalihkan pandangannya dari memandang alat muzik itu.

Malah semasa di sekolah menengah, waktu kelas muzik, pabila guru mengajak berkumpul di dewan piano, Neal selalu tidak menghadiirinya. Sepanjang persahabatannya, tidak pernah dia melihat Neal mendekati mana-mana piano.

Neal yang berbakat dalam muzik, yang mahir memainkan violin, gitar dan drum, tidak pernah sekali pun menunjukkan minat untuk mempelajari piano sebaliknya membencinya teramat sangat.  Selama ini memang Kenny terasa hairan terhadap perangai Neal iitu, tetapi diabaikan sahaja. 

Tapi, kenapa hari ini, dia hairan.. jadi adakah selama ini Neal menyembunyikan hal ini? Tetapi kenapa? Tak mungkin kebencian di wajah Neal itu juga satu pembohongan?

" Seperti dulu…" suarakan Mek Jah yang tiba-tiba berdiri di sisi Kenny, tanpa disedari.
" Dulu.?"
" Tak sangka , makcik masih dapat dengar lagi lagu ini… . "  Mek Jah tersenyum. Serta merta di matanya, kelihatan Alisya dan Neal versi kanak-kanak bermain piano itu.  Tak mungkin dia lupakan melodi yang selalu mereka mainkan bersama. Hatinya terasa sebak, lalu tanpa tertahan, air matanya menitis perlahan.

Kenny tidak mengerti. Dipandangnya Neal yang asyik itu. Kelihatan seperti fikirannya dan ingatannya tidak bersama mereka, sebaliknya jauh terbang ke tempat yang hanya dia seorang sahaja mengetahui.

Berdekatan, Alisya kelihatan sedang duduk di kerusi sambil tangannya menongkat dagu. Matanya terpejam dan terukir senyuman di bibirnya.  Kepalanya bergoyang goyang mengikut melodi itu, seolah-olah dia juga dibawa pergi bersama ke tempat Neal, ke memori Neal, yang seolah-olah tersembunyi di balik melodi itu. Serta merta Kenny teringatkan kisah itu..

**
" Maaf, saya takkan bermain alat muzik itu." 

Semua pelajar kelas muzik ini memerhatikan Neal, termasuklah Kenny. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri, mengutuk pelajar baru ini. 

" Neal, saya faham pendirian kamu. Tetapi semasa peperiksaan nanti, kamu semua akan dinilai dengan pelbagai alat muzik termasuklah pianoini. Ia termasuk dalam konteks pelajaran. Lagipun, kamu seorang yang berbakat. Cikgu yakin kamu takkan ada masalah untuk menguasai piano ini.

" Maafkan saya cikgu. Saya tidak mahu."

" Apa yang kamu takutkan kan? Semua orang tak tahu bermain pada awalnya, tapi  cikgu boleh ajar. Pendapat cikgu , kamu takkan ada masalah untuk bermainkan piano dalam mode beginner.  Sekurang-kurangnya sekiranya mereka menilai kamu dengan alat muzik ini, kamu sudah bersedia.. atleast boleh lulus "  pujuk guru muzik cik Saerah , tidak putus asa. 

Dia pernah lihat Neal bermain violin dan alat muzik lain dengan sempurna dan menakjubkan. Dia amat pasti yang Neal sangat berbakat dan dia tidak mahu Neal sia-siakan bakat itu.

" Maafkan saya. Saya masih tidak akan bermain alat muzik itu. Saya akan berhenti dari kelas ini." 

Neal masih tidak mahu berganjak dari pendiriannya. Dia terus keluar dari kelas.

" Neal! Hey! Neal!! " panggil Kenny, mengejar Neal.

" Gilalah kau. Berani kau cakap ngan cikgu camtu. Abis tu ko nak amik kelas apa untuk lengkapkan merit?"
" Belum fikirkan lagi "
" Tapi rugilah… kau memang berbakat. Apsal kau benci sangat ngan piano.. kau mesti sangat tak reti kan? Nak aku ajar, basic-basic tu senang jer.."
" Aku tidak benci padanya.  Aku cuma takkan sentuh alat muzik itu."
"  Boleh aku tahu kenapa?"

Neal berhenti  lalu memandang Kenny. Wajahnya sayu.

" Ia mengingatkan aku...  sesuatu yang aku lupakan.."

**

Kenny diam memerhatikan mereka berdua.  Melihat Neal menyentuh piano yang dia jauhi selama ini, dan melihat wajah Neal ketika ini, yang seolah-olah Neal sudah bersedia mengingati sesuatu yang dilupakannya selama ini. Namun melodi indah yang berbaur sayu itu mengusarkan Kenny. Kenny mendekati Neal.

Granggggggg!!!!!  Bergema bingit bunyi piano itu bila Kenny tiba-tiba menghentak tangannya pada piano itu, menghentikan melodi yang Neal sedang mainkan. Neal terkejut.

Mata mereka bertembung.

“ Apa yang kau lupakan, yang kini kau ingati, Neal?! “

next

previous


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'