Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 18 Januari 2013

Berikan Kujawapan 42



Kenapa? Kenapa awak marah saya begini?” tanya Alisya, sebaik sahaja berjaya mengejar Kenny yang menerpa keluar dari rumahnya dengan marah.  Balutan di tangannya dan plaster yang masih tertampal di dahinya, Kenny tenung. 

Melihat keadaan Alisya seperti itu, rasa belas kasihan pada Alisya membuak-buak malah perasaan bersalah melemaskan hatinya. Kenny  sedar dirinyalah yang bertanggungjawab di atas kecederaan Alisya.

"Awak tak apa apakah?" Cedera awak masih sakit lagi kah? Terukkah? " Betul awak tak apa-apa?"

Bertubi-tubi kata-kata yang ingin diucapnya ditahannya.. Dia risau pada Alisya. Dia kasihan pada Alisya. Dia ingin memohon kemaafan dari Alisya kerana menyebabkan kemalangan pada diri Alisya dua hari lepas. Sebabkan itulah , pagi ini tanpa sedar dia menuju ke rumah Alisya.

Namun apabila mendengar melodi piano itu,; melihat Neal disitu dan melihat Alisya yang leka di sisi Neal, dia teringatkan ‘kebenaran’ yang diketahuinya. Bilik yang penuh dengan gambar Neal, ia menakutkan sesiapa jua ; yang melihatnya. Ia membuatkan Kenny rasakan yang Alisya ini tidak normal.

Dan hari ini melihat reaksi Neal, dan Alisya yang asyik dan khayal di sisi Neal, Kenny sedar dan jelas yang Neal tidak mengetahuinya bahawa Alisya adalah stalker Neal.

Kecurigaan terhadap Alisya menebal di hati Kenny.

Mungkinkah selama ini, Alisya cuma berpura-pura hilang ingatan?, menipu semua orang, memainkan perasaan Neal? Semuanya bertujuan untuk kepentingan dirinya agar dia dapat mendekati Neal;

Alisya mengambil kesempatan terhadap Neal yang tidak ingat apa-apa tentang identiti dirinya yang sebenar? Jika difikirkan kembali, semuanya masuk akal.

Neal tinggalkan kampung halaman, tidak pernah cakap apa-apa tentang masa silamnya disini, serta Kenny tahu yang Neal yang dikenalinya tidak sama langsung dengan Neal yang penduduk kampung ini ingat- semuanya seolah-olah Neal sedang melarikan diri dari kisah silamnya.. Kenny pasti semuanya bermula di sini.

" Kenapa sebelum ini kau menjauhi Alisya, dingin padanya, seakan membencinya? Kenapa?"
"  I... don't know"


Mungkinkah, Alisya seorang yang merbahaya pada Neal dan selama ini Neal sedang menjauhi nya ?  Tapi, mereka adalah kawan sejak kecil? Apa yang berlaku? Kenapa Neal seolah-olah tidak ingat pada Alisya ?  Tahap manakah kegilaan Alisya ini.. sampaikan memori Neal tidak ingin mengingatinya?


“ Kenapa awak lakukan semua ini?” soal Kenny.

“ Apa maksud awak?” Alisya tidak faham. 

“ Saya tahu tentang bilik istimewa awak tu!”

Raut wajah Alisya berubah. Alisya tidak membantah, sebaliknya mendiamkan diri sambil menunduk, seolah-olah tahu semua itu. Lebih tepat lagi, Alisya seperti sengaja menyembunyikannya.

Perasaan Kenny seperti diremuk dengan kejam, mengetahui yang sangkaannya adalah benar. Jauh dihatinya, dia mengharapkan yang semua ini tidak benar.

Dia sangat  berharap yang Alisya tidak menipu tentang kehilangan ingatan iu.Dia harapkan yang Alisya bukan berpura-pura baik pada mereka. Dia harapkan yang Alisya tidak lakukan semua ini kerana ingin mendekati Neal .

Dan harapan yang paling besar, ialah Alisya BUKAN seorang perempuan physco yang selama ini kehidupannya hanya memerhatikan Neal, mengekori Neal, mengimpikan Neal dan ingin memiliki Neal.  Yang sanggup lakukan apa sahaja termasuklah  hidup dalam pendustaan. Tetapi, kebenarannya adalah sebaliknya. Pahit dan mengecewakan.

" Alisya, kenapa mesti Neal? Kenapa mesti Neal yang awak cari untuk dapatkan ingatan awak kembali?"
"... ia membenarkan saya rasa bukan seperti orang asing lagi."

“ Awak nak tahu siapa awak ?”
“ Biar saya beritahu,  awak adalah seorang stalker with not life. Obsessi awak cuma ada satu iaitu Neal!  Tempat ini, memori ini dan semua kemesraan ini tidak benar. Apa yang awak fikirkan, tidak pernah wujud terutama tentang Neal. Bagi saya kisah awak dan Neal adalah satu kesilapan. ”

“  Neal mungkin tidak mengetahui pendustaan awak, tetapi saya akan melindungi nya dari jenis orang seperti awak.”


Kenny memegang kedua-dua lengan Alisya dengan kuat. Matanya menatap Alisya yang masih tergamam. Rasa marah dan kekecewaannya pada Alisya jelas di renungannya.

“ Apa jua yang awak fikirkan antara awak dan Neal, semuanya tidak pernah wujud.”

Kenny melepaskan Alisya.Dia beredar. Kali ini Alisya tidak mengejarnya lagi.



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'