Sambil
berjalan mengelilingi setiap dinding bilik ‘istimewa’nya ini, jemarinya yang
runcing dan halus menyentuh lembut kepingan-kepingan
gambar Neal yang penuh tertampal.
Langkahnya teratur perlahan, dan bebola mata hitamnya jernih menatap setiap
wajah Neal di sini.
“ Saya tahu tentang bilik istimewa awak tu!”
Air mata yang ditahannya berjujuran. Dia
mengoyakkan semua gambar-gambar Neal dari dinding. Direnyuknya dan dicampaknya
ke lantai.
Awak adalah seorang stalker with not life. Obsessi awak cuma ada satu iaitu Neal!
Alisya mendekati pasu yang terisi dengan
bunga tulip pemberian Neal. Kelopak-kelopaknya ada yang sudah terlerai, layu
jatuh di sisi. Alisya terduduk ke lantai, sambil tangannya memeluk pasu bunga tulip itu. Dia menangis
teresak-esak.
Bagi saya kisah awak dan Neal adalah satu kesilapan
Kata-kata Kenny semuanya tidak dapat dia balas. Sama seperti tuduhan Kenny itu, semuanya tidak dapat
dibangkangnya. Dia cuma mampu mendiamkan diri, menerima semuanya kerana jauh di hatinya, dia
sendiri tidak mengerti, tidak ingat, tidak memahami siapa dirinya.!
Dia tidak pernah sekalipun membohongi Pak
Mail, Mek Jah, Kenny dan mereka yang lain-lain , lebih-lebih lagi Neal. Di sini, di tempat ini, dia adalah dirinya,
personalitinya!. Tiada satupun adalah samaran .
Dia memang hilang ingatan! Tetapi walau bagaimana pun dia jelaskan, tak mungkin Kenny akan memahami.Kenny sudah nampak semua yang cuba disembunyikannya selama ini.
Alisya memandang sekeliling bilik suram ini. Semuanya disebabkan bilik ini! Bilik yang menyatakan yang sebaliknya! Bilik yang merupakan salah satu kebenaran masa lalunya yang tidak mahu dia ketahui. Yang dia tidak tahu tujuan kewujudannya.
Tiada sesiapapun memberikan penjelasan padanya walaupun
didesak. Berbulan dia mencari jawapan namun hanya jalan buntu yang ditemuinya.
Tiada sesiapapun mahu berkongsi cerita. Semuanya melarikan diri dari
menghadapinya meninggalkannya bersama bilik ini.
Tetapi, melihat isinya buat pertama kali ,
dia sendiri dapat merasakan kegerunannya dan kegelapan yang menyelubungi. Ulang-ulang
hatinya pernah berdetik, pernah terfikir dan sendiri menganggap yang dirinya adalah seorang
stalker, seorang gila, seorang abnormal,
pada lelaki dalam gambar ini.
Namun, entah kenapa bila melihat wajah
lelaki ini, ia menenangkan perasaanya. Perlahan-lahan dia ingin mengenalinya.
Ingin mengetahui apa kaitan dirinya dengan lelaki ini. Apa yang membuatkan Alisya yang ‘dulu’ begitu
obsess dengan lelaki ini. Lalu rasa takut menguasai dirinya,
merasakan yang kemungkinan perasaan ini adalah perasaan seorang stalker terhadap
obsesinya. Dia kunci, tinggalkan bilik ini dan menyembunyikan hakikat ini. Dia
berazam untuk mulakan kehidupan baru di sini. Menjadi dirinya yang sekarang ini, bukan masa lalu, walaupun sekali sekala wajah Neal muncul di dalam mimpinya.
Namun lelaki bernama Neal itu tiba-tiba muncul di sini.
“
Neal dah balik.”
“
Kamu berkawan rapat dengannya waktu kecil-kecil dulu.”
Suara-suara yang sebelum ini tidak
berkumandang, mula riuh dan rancak. Dia mula tertanya-tanya yang kemungkinan
dia bukannya stalker seperti yang disangkanya, tak mungkin kan? Bukankah mereka
berdua bersahabat? Jadi kenapa mesti wujudnya ‘bilik’ yang sangat mencurigakan
itu? Perasaan
ingin tahu pada memori lamanya, terutamanya pasal lelaki ini mencanak-canak di
hati.
Jika dia bukan seorang stalker, dan cuma
sahabat Neal, ini peluangnya untuk memperoleh sedikit baki-baki memori yang
mungkin wujud untuk mendapatkan kisah lalunya.
Dan jika dia adalah seorang stalker..
kehilangan memori ini adalah peluang dari yang Esa untuk dia mendekati Neal bukan lagi sebagai stalker. Tetapi
sebagai seorang Alisya. Salah kah dia berfikir begitu?
Salahkah dia mahukan jawapan?
Dan hari-hari mengenali Neal dan Kenny, dia
rasa seperti hidup. Seperti bebas. Tidak terikat. Bebas menjadi dirinya. Kenapa
tidak boleh dia menjadi Alisya yang ini. Yang Kenny kenali? Yang Neal terima?
Namun , kebenaran yang diucapkan Kenny menghancurkan semua harapannya.
Mungkin juga benar Kenny cakap yang dirinya
adalah seorang stalker yang tiada kehidupan sendiri. Seorang stalker tak mungkin berubah kan? Terpencil,
kesunyian. Itu dirinya yang sebenarkan?
Walaupun sejauh mana dia nafikan, masa lalu
kan sentiasa mengejarnya. Hakikat dirinya yang sebenar.
Alisya mengesat air mata yang tidak mahu
berhenti. Dia sedih. Bukan disebabkan
kebenaran dirinya seorang stalker atau kata-kata Kenny yang berunsur kebencian,
tetapi...
Apa jua yang awak fikirkan antara awak dan Neal, semuanya tidak pernah wujud.”
Kata-kata ini yang paling menyakitkan
hatinya, yang membuatkan dia terjaga dari mimpi dan khayalan ini.
Dia tidak kisah dipanggil stalker, gila, obsesi ...
Dia tidak kisah semua itu.
Tetapi,
dia tidak mahu apa yang difikirkannya, apa yang mula berdetik di hati ini,
dinafikan kewujudannya.
Perasaannya pada Neal.
Dia
fikir dia mulai mencintai Neal...