Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 25 Januari 2013

Berikan kujawapan 45




Neal memasukkan baju-baju yang sudah dilipatnya ke beg bajunya. Sambil itu dia memerhatikan Kenny yang juga sedang sibuk bersiap untuk perjalanan jauh hari ini. Mereka akan kembali ke Kuala Lumpur hari ini. Semua persiapan sudahpun disediakan sejak semalam. Kereta sudah Kenny ambil dari bengkel. Rumah pun sudah siap dibersihkan, malah barang-barang mereka Kenny yang aturkan dan siap-siap letak di ruang tamu, takut-takut kalau ada yang tertinggal nanti. Semua persiapan sudah sedia.

“ Ok, jap lagi dah boleh gerak lah..” kata Kenny, menepuk lembut bahu Neal yang dilihatnya sedang termenung.
“ Em..”

Kenny mengeluarkan bangunan mini dari bilik Neal-design bangunan resort  yang mereka sudah siapkan, dan yang akan tunjukkan pada Mr Chan. Diletakkannya di tempat duduk belakang dengan cermat, kemudian bila melangkah masuk ke dalam rumah, dilihatnya Neal sedang termenung sekali lagi. 

“ Kau okey ke? Kali ini biar aku yang drive balik.. “ 

Kenny mendekati Neal. Neal mengangguk lemah. Kenny tahu sesuatu menganggu fikiran Neal hinggakan wajah sugul itu tidak dapat disembunyikan. 

“ Alisya, dia tahu ke kita akan balik hari ini?” tanya Neal. 

Kenny sudah mengagak. Sebolehnya dia tidak mahu nama perempuan itu disebut lagi, buat selamanya.

“ Dah, aku dah beritahu Mek Jah. “ bohong Kenny. 

Hakikatnya, dia tidak pernah mendekati rumah banglo Alisya sejak hal 3 hari lepas. Sebolehnya, dia tidak mahu Alisya dekat lagi dengan Neal. Sebab itu, dia cepat-cepat ajak Neal balik ke Kuala Lumpur dan menguruskan segalanya untuk hari ini. 

“ Kalau kau tunggu Alisya, dia tak dapat datang. Dia ada perkara lain nak dibuat .“ 

Kenny berbohong lagi. Neal membisukan diri,  seolah-olah mengetahui pembohongan itu. 

“ Tapi, kita pun tak boleh tunggu lama-lama, kita nak kena gerak dah ni. Kalau keluar lewat petang, takut tersesat pula, sini kawasan kampung , lampu jalan pun takde waktu malam. Bahaya nanti kalau tiba-tiba kereta rosak cam hari tu.” 

Kenny cuba memberi alasan cuba dan mengalih perhatian Neal dari Alisya atau pembohongannya.

“ Ok. Aku nak minum sekejap, lepas tu kita boleh gerak lah ye.” setuju Neal. 

Dia meninggalkan Kenny dan menuju ke dapur. Gelas kosong dicapainya, namun tidak diisinya dengan air, sebaliknya digenggamnya dengan kuat.

Dia tahu Kenny menipunya. Bukan sehari dua dia kenal Kenny, dia dah  masak dengan perangai Kenny. Jadi walau sedaya mana pun Kenny cuba menipunya, dia tahu.  Cuma dia tidak sangka Kenny sanggup buat begitu padanya. Untuk apa?

Alisya pun sama. Kenapa tiga hari ini, langsung tidak ingin berjumpa dengannya? Berulang kali dia singgah ke banglo Alisya, tetapi setiap kali juga kehadirannya tidak diterima. Seolah-olah Alisya menyembunyikan diri darinya. Kenapa?!

Kenapa mereka berdua membuatnya begini?

Tetapi yang paling menganggunya adalah perasaan di hatinya yang rasa serba tak kena. Rasa tidak selesa, sakit menyucuk-nyucuk. Rasa marah berbaur kecewa dan kesedihan membelengu perasaannya dengan pendustaan ini, seolah-olah dia pernah mengalaminya... Dan dia tidak tahu kenapa .  Sama seperti...

“Semua memoriku adalah memori Alisya. Aku ingat senyumannya, tangisannya, ketawanya, kata-katanya dan bisikannya. Semua kisahnya adalah kisah aku. “

“ Tetapi.........., aku tidak ingat mengapa aku ingin meninggalkan memori ini, melupakannya?”

Dahinya berkerut cuba mengingati.

Seingatnya, dia tidak pernah merasakan perasaan yang menganggu seperti ini.

“ Aku rasa ada sebab jika kau tidak ingin mengingati sesuatu. Dan walau apa pun sebabnya.... sesuatu yang sudah dilupakan, lebih baik kekal seperti itu.”

Bagaimana kalau dia INGIN mengingatinya? Mungkinkah dia akan dapat jawapan untuk semua perasaan ini dan memori yang tidak difahaminya? 

Titisan darah merah pekat tiba-tiba menitis pada tangannya yang memegang gelas. Cepat-cepat Neal menyentuh hidungnya yang  berdarah.

Alisya tak nak jumpa kau.”
“Alisya tak dapat datang. Dia ada benda lain nak buat.”

                                                                                   “ Sudah! Berhenti sebut tentang Alisya lagi!”

Suara asing itu bergema di telinganya dan samar-samar Neal nampak dirinya dalam versi kecil berdiri di depannya.  Renungan Neal versi anak kecil itu begitu sayu.  Serta merta tubuhnya hilang keseimbangan, sebelum dia jatuh tidak sedarkan diri. 



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'