Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 30 Januari 2013

Berikan Kujawapan 47




Kenny terjah masuk ke dalam banglo Alisya. Wajahnya terukir kemarahan. Walaupun cuba ditahan Mek Jah, Kenny tidak peduli. Dia bergegas ke tingkat atas.

“ Khairul! !Sudahlah tu!”  jerit Mek Jah cuba menghalang Kenny yang sedang merentap dan membuka setiap pintu bilik di tingkat atas ini, mencari-cari Alisya. Gayanya tak ubah seperti lelaki yang dihantui amukan, mukanya merah padam sampai ke telinga.

Dia tidak menjumpai Alisya di sini.  Pantas dia turun ke tingkat bawah dan bergegas ke bilik besar yang terdapat piano itu . Namun sangkaanya salah bila melihat tiada sesiapapun di situ.

“Alisya mana makcik?’
“ Kau ni kenapa! Apa yang kau nak dengan Alisya?”
“ Saya dah tau semua pasal Alisya, dia ...”

“ Dia tak bersalah!” 

Suara garau serta dalam itu  memotong ayat Kenny.  Mereka berdua memandang Pak Mail yang tiba-tiba muncul di depan pintu. 

“ Kau tak tahu apa-apa pasal Alisya mahupun Neal. “ sambung Pak Mail lagi.

“ Pakcik masih ingat lagi, malam tu, hujan turun dengan lebat. Tiba-tiba, Alisya muncul di depan pintu rumah ini dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan. Dia tidak ingat apa-apa, ketakutan.. keliru.. “ kata Pak Mail mengimbau kembali hari pertama dia menemui Alisya.

“ Stop this! Bullshit! Itu mungkin lakonan dia sahaja. Pakcik tak tahu ke yang Alisya ada sebuah bilik rahsia yang simpan banyak gambar-gambar Neal!?  Dia tu stalker pakcik! Stalker sanggup buat apa sahaja untuk kepentingan sendiri! Dia memperbodohkan kita semua! “

“ Tidak!, dia tidak memperbodohkan kita!  Dia adalah Alisya, pakcik kenal sangat dengannya"
"Dan bilik itu, bukan... bilik Alisya.”

Terpegun, Kenny seakan dikejut bangun dari tidur. Dia memandang Mek Jah, dan mengiyakan,  Mek Jah mengangguk kepala . Jadi mereka berdua tahu, siapa lagi tahu pasal itu?!

“ Jadi, pakcik tahu pasal bilik tu.. pasal...”
“ Bukan pakcik sahaja, malah semua orang di sini tau, apa yang terjadi antara Alisya dan Neal. “

Kenny masih tidak dapat percaya. Segalanya samar-samar, tidak dapat diterima dek akalnya. Jadi kenapa? Kenapa mereka sembunyikan semua ini? 


"Apa semua ini!?"

Bahu Kenny ditepuk Pak Mail perlahan-lahan, menenangkan kemaruk Kenny. Pakcik Mail merenung Mek Jah. Air mukanya  meminta kebenaran untuk membuka segala rahsia yang mereka sembunyikan.

Dalam berat hati, Mek Jah menggangguk dan meninggalkan mereka berdua di bilik piano ini. Dia tidak mahu mendengar kebenaran itu yang menyakitkan hatinya. Sebab,ia merupakan kisah keluarga Alisya yang dijaganya dan cuba dilindunginya selama ini. Kisah gelap mereka. 

“ Yang pertama kamu perlu tahu ialah.... Alisya mempunyai seorang kakak "
"Dan bilik itu adalah bilik kakak Alisya- Arsya”



next

previous


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'