“
Play with me.”
Arsya merenung Neal yang sedang menunggu Alisya di ruang tamu. Di tangan Arsya terdapat anak patung beruang warna coklat muda yang sudah koyak. Matanya sudah tercabut, kaki kanannya sudah putus dan kepalanya juga terlunyai ke kiri. Neal telan air liur, rasa tidak selesa melihat ia.
“ Emm.. OK!. Tapi kita tunggu Alisya
dulu. Mana Alisya?”
Neal memandang Arsya yang berdiri di tangga. Tidak lama kemudian, kelihatan Alisya keluar dari biliknya, bergerak hendak turun. Gaun birunya berbuai-buai mengikut rentak kakinya yang melangkah turun.
“ Neal!” panggilnya.
Neal melambai pada Alisya.
“ Alisya, play with me?” tahan Arsya sebaik sahaja Alisya berada di sebelahnya.
“ Baik! Tapi kita main dengan Neal sekali boleh?”
Arsya mengalihkan pandangan matanya pada Neal yang masih menanti di kaki tangga. Arsya senyum mengangguk.
“ Boleh.”
Serta merta dia menolak Alisya dari tangga. Berguling-guling tubuh kecil berusia 8tahun itu hingga ke hujung tangga. Neal yang terkejut dengan keadaan itu bergegas mendapatkan Alisya . Dahi Alisya luka terhantuk, namun dia tidak apa-apa, cuma masih dalam keadaan terkejut.
Arsya yang ketawa
terbahak-bahak. Matanya girang membalas renungan Neal yang nyata-nyata sedang marah dengan tindakannya. Dia turun mendekati mereka berdua, ,melangkahi tubuh adiknya.
“ Apasal kau buat camtu ha!” marah Neal. Dia
menolak bahu Arsya.
“ I want to play..”
Balas Arsya acuh tak acuh, tidak mengendahkan mereka berdua dan berlalu dengan perasaan berpuas hati. Dia menyanyi kecil
dalam kegembiraan.
Neal ingatkan ia akan tamat, tetapi semakin
berlanjutan. Setiap kali dia jumpa Alisya, dia perasan Alisya mempunyai kesan
lebam-lebam cubitan di lengan, leher, pipi, tempat-tempat yang boleh dilihatnya
yang seolah-olah sengaja diperlihatkan pada Neal.
Neal syak Arsya. Dia beritahu perkara itu pada ibunya, cikgunya, malah pada Mek Jah, tetapi tiada sesiapa yang mengambil tindakan. Tambah dengan Alisya yang sentiasa menafikan, tambah menyukarkan Neal untuk membuat tuduhan pada Arsya. Dia pasti Alisya takut pada Arsya sehingga sanggup menyembunyikan perkara itu.
Neal syak Arsya. Dia beritahu perkara itu pada ibunya, cikgunya, malah pada Mek Jah, tetapi tiada sesiapa yang mengambil tindakan. Tambah dengan Alisya yang sentiasa menafikan, tambah menyukarkan Neal untuk membuat tuduhan pada Arsya. Dia pasti Alisya takut pada Arsya sehingga sanggup menyembunyikan perkara itu.
“ Arsya! Apsal kau buat macam tu pada
Alisya?”
Akhirnya Neal bertekad bersemuka dengan Arsya. Waktu itu dia berusia 10 tahun, dan dengan keberanian yang masih kecil itu, dia ingin membuat perhintungan dengan Arsya.
“ Buat apa?”
Arsya berpura-pura tidak
mengerti.
“ Jangan nak tipulah! Aku tau kau pukul
adik kau.”
“ Mana ada aku pukul dia!” bantah Arsya.
Senyumannya menyatakan yang sebaliknya.
“ Aku main dengan dia sahaja.”
Semakin
melebar senyuman Arsya sampai nampak barisan giginya, dia gembira dengan apa
yang dilakukan pada Alisya, Neal perasan itu. Sejak dari dulu lagi, dia dapat
rasakan ada yang tak kena dengan Arsya.
“ Aku akan beritahu semua orang pasal ini!
Aku akan beritahu polis...”
Arsya ketawa.
“ Beritahulah! Beritahulah!
Hahahahaha!!!...”
Matanya menjengil besar, mencabar Neal dan cabaran itu Neal sahut, namun sia-sia. Tiada tindakan yang diambil terhadap Arsya, malah pembulian terhadap Alisya semakin menjadi-jadi.
Alisya semakin kurus, tapi disebalik semua itu ,
Alisya sentiasa ceria terutama bila berjumpa dengan Neal. Walaupun begitu, cuma Neal seorang tahu
kebenarannya. Dia menjadi buntu. Kenapa orang dewasa tidak membantunya? Semua
menganggapnya budak kecil. Dia cuma ingin melindungi Alisya.
“ Arsya, Neal nak jumpa kamu.” pesan Mek jah
sambil mengetuk bilik Arsya yang berkunci.
Arsya yang sedang leka menampal
gambar-gambar Neal, tergamam. Dia sudah lama menunggukan hari ini . Neal
akan mencarinya bukan lagi Alisya.
“ Aku nak kau berhenti pukul Alisya.”
Tanpa lengah Neal menyuarakan niatnya sebaik sahaja Arsya bersemuka dengannya.
Arsya getap bibir rasa geram.
“ hm... pasal Alisya lagi ke? Bosan!..’
Arsya, dia berpaling hendak kembali ke biliknya.
“ Arsya! Aku merayu..” rayu Neal.
Langkah Arsya mati. Bebola hitam matanya galak bercahaya, seolah-olah rayuan Neal itu mengembirakannya.