Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 21 Januari 2013

Yang Tidak Dicintai 21.




' Bohong!"

Sagi tersenyum sinis, seakan menjangka akan penafian Suki itu.

" Saya cuma menjawab persoalan-persoalan awak sahaja. " jelas Sagi, memerhatikan Suki yang mengentap bibir, menahan marah. Dia senyum sinis.

' Awak bukannya memberikan kebenaran! Awak cuma memberikan penjelasan yang tidak berasas!" bantah Suki, ,meninggikan suara.

Sepanjang perbualan mereka Sagi cuma menegaskan lagi yang Love adalah lelaki keji yang tidak patut dipercayai. Sagi cuma mengiyakan yang Love menipunya.. Sagi cuma mengukuhkan segala prasangkanya pada Love. Sagi tidak memberikannya apa-apa... Persoalan kewujudan Love.. kata-kata Love... dan perkara yang disembunyikan, semuanya masih belum dijelaskan.

Namun, entah kenapa dia rasa marah dengan lelaki ini. Marah kerana apa yang dikatakan Sagi, seolah-olah adalah KEBENARANNYA.

" Jadi jika awak rasa apa yang saya katakan tidak benar,  kenapa mesti naik marah? Atau..sebenarnya awak jadi marah kerana apa yang saya katakan adalah kebenarannya?

Suki mendiamkan diri.

"Saya tahu ia kebenarannya!. Awak juga tahu kebenarannya!.  Awak cuma tidak ingin menerimanya "

Sagi dan Tokirru beredar, membiarkan Suki bersendirian.  Kebenaran?

Kebenarannya, dari awal lagi, dia sedar bahawa Love, lelaki itu ...

Suki sampai ke rumahnya. Di depan pagar rumahnya, Love sedang menantinya. Lelaki itu kelihatan gembira tatkala Suki yang dinanti-nantinya muncul di depan matanya. Bibirnya menguntum senyum yang manis.

" Awak.. sila pergi dari sini."

Love memandang Suki yang serius, tidak menyangka yang gadis ini menegurnya dengan kata-kata yang perit seperti itu.

" Saya tahu. Sejak hari pertama lagi... saya... saya tahu... awak .."

Kata-katanya tidak termampu diluahkan. Tidak mampu menyebut kebenaran itu..

" Awak tidak pernah mencintai saya. "

Hati Suki sayu.Selama ini dia tahu lelaki ini tidak pernah mencintainya. Setiap kata-kata yang keluar dari bibir lelaki ini adalah satu pendustaan.

Dan bila Love mengiyakan yang dirinya adalah milik Acey malah mengaku yang Acey mengarahkannya menyembunyikan apa-apa berkaitan hal Acey darinya, pantas akalnya dapat menganggak. Lelaki ini wujud di sini kerana Acey. Lelaki ini mendekatinya kerana Acey. Atas arahan Acey..

Sejak awal lagi, walaupun bibir itu terukir senyum, mata itu merenungnya penuh cinta, kata-katanya lunak berentak cinta, ia sebenarnya bukan miliknya. Seperti yang dikatakan Ichie, Love milik Acey selamanya.

Juga seperti amaran Sagi... dia patut tinggalkan lelaki keji ini.. Lelaki yang memberikannya harapan palsu, yang menenggelamkan dirinya dalam lautan pendustaan.

Selama ini dia cuma seorang yang tidak dicintai. Dan dia akan kekal begitu.

" Love, saya tak ingin berjumpa awak lagi."

Suki menolak tubuh Love agar berganjak dari situ, tetapi tubuh itu berkeras tidak mahu beredar.

 "Ini arahan saya! Awak Love, hilang dari hidup saya mulai saat ini! Jangan libatkan diri awak dalam hidup saya lagi.. dan semua insan yang terlibat dalam hidup saya. Bagi saya, awak.. tidak wujud! "

Tubuh Love yang terasa begitu berat untuk dianjak tadi, terasa ringan, akhirnya menerima apa yang dipintanya.

" Baiklah."

Air mata Suki mengalir. Walaupun dia sudah cekalkan tekadnya bersedia menerima perpisahan ini. Tetapi  dia tidak tahu yang hatinya kan pedih begini.

" Saya cintakan awak, Suki." kata Love sebelum meninggalkannya.

Kata-kata Sagi bermain di minda Suki.

" Love, dia bukan insan yang awak fikirkan. "

" Seperti namanya, dia kan membawa cinta di sekelilingnya. Setiap bicaranya berbutirkan bait cinta, setiap perbuatannya penuh kasih sayang tetapi apa yang awak tidak tahu, ialah dia tidak melakukannya dengan kehendaknya, dengan keinginannya sebaliknya ia adalah, takdirnya, tugasnya."

" Dia mementingkan diri. Dia cuma ingin dicintai dan sesiapa di sisinya, akan mencintainya.. mempercayainya, ingin bersamanya.. Cintanya dusta. Semakin dekat padanya,  kau akan tenggelam dalam percintaan yang dibawanya dan akhirnya lemas...  sama seperti Acey. "

Hadir Love bukan disebabkan keinginannya, dia hadir untuk mencari seorang pemilik…




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'