Neal membuka matanya. Bagaikan tersentak dari mimpi yang panjang, dia rasa masih berkhayal. Pandangannya masih berpinar-pinar. Beberapa minit kemudian, baharulah dia menyedari yang tubuhnya sedang terbaring di atas sebuah katil di kamar tidurnya. Dia memerhatikan kipas siling yang berpusing dengan kelajuan perlahan.
“ Dapat jumpa ke dia?”
“ Dah cari sampai hujung kampung,
tapi tak jumpa lagi.”
Telinganya yang pada awalnya berdengung, kini mula menangkap butir-butir bicara orang-orang yang berdekatannya. Mereka masih tidak menyedari yang dirinya sudah terjaga.
“ Esok, kau kumpulkan ramai lagi orang
untuk cari. Pagi-pagi esok, kita masuk hutan, mungkin dia ada di sana”
Neal kenal pemilik suara lantang itu. Ia suara Boy. Neal bangun, cuba duduk menegakkan
tubuhnya yang terbaring tadi. Selimut yang menutupi tubuhnya,terlucut perlahan dan terjurai di bucu katil. Dia mengusap kepalanya yang terasa berat . Setiap gerakannya terasa kebas dan sakit, seolah-olah tubuhnya sudah lama tidak bergerak. Berkerut-kerut dia menahan baki-baki kesakitan yang masih ada.
Kcang!!
Dulang berisi cawan-cawan minum terlepas dari pegangan Umi Mazlah- isteri Pak Mail. Cebisan kaca yang
berderai tidak dipedulikannya, langsung tidak dikutipnya. Wanita yang sebaya Pak Mail itu, mendekati Neal lalu duduk di sisi Neal yang terpinga-pinga. Tidak
dapat menahan hiba, Umi Mazlah memeluk Neal.
“ Alhamdulilah.. alhamdulilah...”
sebut Ummi Mazlah ulang-ulang dalam takungan air mata.
Mereka yang berkumpul mulai menyedari dan mendekati. Di kalangan mereka, Neal hanya cam Boy. Tiada kelibat Kenny
mahupun Pak Mail.
“ Makcik ingatkan, kamu .." Ummi Mazlah tidak menghabiskan kata-katanya sebaliknya melepaskan pelukannya . Matanya yang bergenang, dilap dengan hujung lengan baju
kurung teluk belanga yang dipakainya.
“ Kamu tidak apa-apa kah? Ada rasa apa-apa yang tidak kena? “ soalan Ummi Mazlah tidak
dijawabnya. Tumpuan Neal beralih pada Boy yang berbisik sesuatu pada lelaki di sisinya. Mereka saling bertukar jelingan, mengangguk antara sesama sendiri, seolah-olah sudah dapat satu kata sepakat. Kemudian lelaki itu pula menyampaikan secara sembunyi pada mereka yang lain. Kelakuan mereka menimbulkan curiga.
" Dia masih terpinga-pinga lagi tu makcik.. Dah 3 hari dia tak sedar diri tu.." kata seorang dari mereka, tiba-tiba.
" Kau kena rehat banyak-banyak. Jangan buat kami semua risau lagi.." bahu Neal ditepuk-tepuk bak memberi semangat oleh seorang lelaki yang Neal cam merupakan pemilik salah sebuah kedai runcit di kampung kecil ini. Neal ingat lagi waktu kecil dahulu, dia sering singgah membeli aiskrim darinya.
Serta merta suasana menjadi riuh rendah. Setiap mereka yang hadir tidak putus-putus menasihatinya untuk berehat, namun tiada sesiapa yang buka mulut tentang perkara yang dibisik dan dibincangkan tadi. Seakan-akan merahsiakan dari Neal. Setengah jam kemudian, mereka semua beransur pergi dan bersurai. Hanya tinggal Ummi Mazlah dan Boy menemaninya.
Kesempatan ini membolehkan Boy masuk ke dapur dan kembali dengan penyapu lidi serta penyodok sampah di tangan. Dia menyapu sisa-sisa kaca yang berderai.
“ Neal? ” tegur Ummi Mazlah perasan yang Neal membisu sahaja sejak tadi.
“ Neal? ” sekali lagi nama Neal di
panggil. Kali ini, Ummi Mazlah memegang kuat kedua belah bahu Neal, mengoncangnya keras-keras. Neal merenung Ummi Mazlah . Wajah yang sudah dimakan usia
itu terlukis seribu kerisauan.
Boy yang juga terkejut bila mendengar tempikan Ummi Mazlah, cepat-cepat mendekati Neal. Dia menyentuh dahi Neal dengan telapak tangannya. Badan Neal terasa sejuk.
Boy yang juga terkejut bila mendengar tempikan Ummi Mazlah, cepat-cepat mendekati Neal. Dia menyentuh dahi Neal dengan telapak tangannya. Badan Neal terasa sejuk.
" Kau... tak apa-apa ke? Cakaplah sesuatu! .” marah Boy.
Wajah Ummi Mazlah naik pucat.
Serta -merta dia teringat hal 5 tahun lalu yang merubah segalanya. Ummi Mazlah dan Boy, malah semua orang lama di kampung ini masih ingat lagi apa yang berlaku
terhadap Neal 5 tahun lalu. Sama seperti hari ini, Neal tidak sedarkan diri beberapa hari dan sebaik sahaja dia terjaga, Neal tidak bercakap lagi. Neal berubah dari periang menjadi pendiam.
Tiada siapa yang tahu kenapa Neal jadi begini, namun masing-masing dapat mengagak sebabnya. Perubahan itu bermula semenjak Alisya dan keluarganya pindah keluar. Neal yang sememang ramah dan disenangi semua orang tak kira muda dan tua, sejak kehilangan Alisya, tiada lagi senyuman dan kegembiraan lagi di wajahnya.. Tiada lagi kelibat Neal di pekan atau bersama kawan-kawan sepermainannya. Neal mengurung diri, menjauhi semua orang.
Tiada siapa yang tahu kenapa Neal jadi begini, namun masing-masing dapat mengagak sebabnya. Perubahan itu bermula semenjak Alisya dan keluarganya pindah keluar. Neal yang sememang ramah dan disenangi semua orang tak kira muda dan tua, sejak kehilangan Alisya, tiada lagi senyuman dan kegembiraan lagi di wajahnya.. Tiada lagi kelibat Neal di pekan atau bersama kawan-kawan sepermainannya. Neal mengurung diri, menjauhi semua orang.
Boy juga masih ingat kisah itu. Di kampung kecil ini, dengan populasi
penduduk yang kecil, mereka semua ibarat saudara mara. Seperti pepatah lama 'cubit peha kanan, peha kiri terasa
sakit', perubahan Neal turut mendukacitakan dan merunsingkan semua orang.. Pelbagai cara sudah mereka cuba untuk mengembalikan Neal yang dahulu. Semuanya gagal. Akhirnya, mereka cuma dapat memerhati dari kejauhan, melihat Neal yang semakin jauh dari mereka.
Selang beberapa hari kemudian, ibu Neal terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Satu-satu insan yang disayangi Neal pergi dari hidupnya, dan mereka tidak dapat membayangkan kesedihan dan tamparan yang dihadapi Neal. Kemudian, hari itu berlaku. Mereka semua ingat hari di mana mereka kehilangan Neal selamanya. Segala memori dan kenangan Neal..
Selang beberapa hari kemudian, ibu Neal terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. Satu-satu insan yang disayangi Neal pergi dari hidupnya, dan mereka tidak dapat membayangkan kesedihan dan tamparan yang dihadapi Neal. Kemudian, hari itu berlaku. Mereka semua ingat hari di mana mereka kehilangan Neal selamanya. Segala memori dan kenangan Neal..
“ Aku tidak apa-apa, Boy...” Neal akhirnya
bersuara.
Boy dan Ummi Mazlah menarik nafas lega. Kemudian mereka berdua berbalas renungan dan ketawa kecil. Mengetawakan diri sendiri yang berfikir bukan-bukan tentang Neal dan kisah silam 5 tahun lalu. Mereka fikir terlalu banyak. Neal dah dewasa, bukan seperti dulu lagi. Setelah memastikan baik-baik keadaan Neal, mereka meninggalkan dia untuk berehat.
" Neal rehatlah. Kami berdua akan bermalam di sini menemani kamu. Jadi jika ada apa-apa masalah, jangan segan panggil makcik atau Boy. " pesan Ummi Mazlah sebelum menutup pintu bilik.
Neal turun dari katil lalu berdiri di jendela yang Ummi Mazlah bukakan untuk membolehkan angin masuk. Langit malam dilitupi awan-awan gelap. Tanda-tanda hujan lebat akan menimpa bumi tidak lama lagi. Malam ini akan dingin.
Semuanya kabus. Semuanya hanya tinggal asap dan jejak tayar kereta Volvo lama . Walau sedaya upaya budak lelaki itu cuba, akhirnya di jalan besar ini, yang tinggal hanya satu jalan yang kosong. Budak lelaki itu tidak dapat berjumpa dia lagi! ,Budak itu tidak dapat lagi mendengar suaranya. Budak itu sudah kehilangan dia untuk selama-lamanya. Sambil merenung jalan yang kosong, budak lelaki itu menangis sehingga dirinya terlena di situ. Budak lelaki itu adalah dirinya, Neal.