“ Alisya!!! Alisya!!!”
Laungan itu bergema dalam hujan yang sedang lebat. Pak Mail dengan lampu suluh di tangan,meredah hutan mencari Alisya. Tidak jauh beberapa meter darinya, Kenny juga sedang tidak putus-putus memanggil nama Alisya. Mereka berdua basah lencun dek hujan yang tiba-tiba turun sejam tadi dan masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti.
“ Alisya!!! “ jerit Kenny sekuat
hati. Keletihan
jelas terlukis di wajahnya, namun tiada tanda-tanda dia mahu berhenti mencari, jauh sekali untuk berehat. Pencarian mereka sudah bermula semenjak petang tadi sebaik sahaja Mek Jah memberitahu mereka tentang kehilangan Alisya. Beberapa orang kampung termasuk Boy, turut terlibat namun bila langit mulai beransur gelap hendak ke malam, mereka beransur-ansur berundur. Ketiadaan
cahaya matahari meningkatkan risiko bahaya jika mereka masih meneruskan pencarian
Alisya di hutan ini. Jadi, masing-masing bersepakat untuk menyambung pencarian keesokkan hari. Cuma Kenny dan Pak Mail sahaja yang berdegil tidak mahu berputus asa. Akhirnya mereka berdua semakin jauh masuk ke hutan ini. Walaupun begitu, bayang Alisya masih tidak kelihatan.
“ Dammit! Where are you Alisya? ” rungut Kenny.
Dia menumbuk batang pokok hingga berdarah penumbuknya. Dia marah dan menyesal. Marah bila memikirkan yang semua ini berpunca dari dirinya.
Jikalah dia tidak terlalu cepat mengikut perasaan, jikalah dia tidak menuduh
Alisya bukan-bukan, Jikalah dia tidak menyalahkan Alisya, semua ini tak mungkin terjadi. Dia yang silap dan bersalah. Bukan Alisya dan bukan juga Neal.
Guruh dan kilat kerap berdentum dan semakin sambung menyambung, seolah-olah mengesa Kenny untuk menemukan Alisya secepat mungkin. Gelisah Kenny memikirkan yang Alisya sedang bersendirian di dalam hutan yang ada habitatnya sendiri , yang pastinya sangat aktif ketika malam. Malam berbahaya untuk gadis seperti Alisya.
Walaupun Pak Mail sudah menceritakan segalanya dan membetulkan kesilapannya, namun dia masih lagi rasa bersalah terhadap perbuatannya dan kelakuannya pada Alisya.
Hakikatnya tiada apa yang dapat mengubah perkara yang sudah berlaku. Kata-katanya yang menyakitkan hati Alisya. Kini Kenny faham maksud terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Biar saya beritahu, awak adalah stalker with no life. Obsessi awak cuma satu iaitu Neal! Tempat ini, memori ini dan semua kemesraan ini tidak benar. Apa yang awak fikirkan, tidak pernah wujud terutama tentang Neal. Bagi saya kisah awak dan Neal adalah satu kesilapan.
Hati Alisya yang lembut dan suci itu pasti sangat terluka dengan kata-kata dan tuduhan itu.. Terutama..
Bagi saya kisah awak dan Neal adalah satu kesilapan.
Kenny tahu maaf sahaja tidak dapat mengubati hati Alisya. Dia betul-betul tidak tahu kisah sebenar Alisya dan Neal. Kisah silam yang
pilu, kebenaran yang menyakitkan. Dia kini mengerti kisah mereka. Kisah mereka bukannya satu kesilapan. Ia satu kisah cinta.
Cinta menyebabkan mereka berpisah.. cinta juga menjalin pertemuan mereka kembali..
Dan walaupun saya seolah-olah tidak mempunyai kehidupan tapi saya rasa hidup dalam hidup Neal
Mereka berdua seakan ditakdirkan untuk bersama.. Cinta mereka...
Kenny mendengar sesuatu dan sekilas ternampak sesusuk tubuh yang sedang berteduh di bawah sebuah pokok hutan yang besar. Pantas dia berlari ke arah itu dan pabila semakin dekat, dia perasan bukan seorang di situ, tetapi dua susuk tubuh, sedang dibasahi hujan.
Alisya sedang duduk memejam mata di bawah pokok. Di sisinya, Neal sedang memeluknya erat-erat sambil mengusap kepala Alisya yang sedang lena dengan penuh kasih. Kedua mereka kuyup dan kesejukan.
Neal langsung tidak menyedari kehadiran Kenny. Dia asyik memandang Alisya, menjaganya, memerhatikannya.. hanya untuk Alisya.. Pandangan yang selama ini kosong.... buat pertama kalinya Kenny lihat ia penuh dengan perasaan.
" It's ok.. Saya dah jumpa awak ... akhirnya.. " bisik Neal mencium dahi Alisya.
Tanpa sedar Alisya menguatkan pelukannya seolah-olah menemui sesuatu yang disayanginya dan tidak akan dilepaskan lagi.. Di wajahnya terpacar ketenangan dan senyuman.
Dalam hujan yang lebat, Kenny dapat lihat air mata sedang mengalir perlahan dari mata Neal.