Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 1 April 2013

Berikan Kujawapan 54



“ Neal sambut! ” 

Kenny mencampak buah limau ke arah Neal yang sedang leka memerhatikan tukang kebun memangkas dahan-dahan sebatang pokok besar di luar. Neal terkejut, tidak sempat bertindak dan buah limau itu jatuh tepat ke perutnya. Neal mengaduh senak perut sambil Kenny mentertawakannya. 

Kenny meletakkan plastik beg merah jambu yang penuh dengan buah-buahan dan duduk mengadap Neal. Wad 4A ini seperti semalam, masih tiada pesakit lain selain Neal. 

" Kau dah makan dah?'
" Dah.." 

Kenny perasan di meja, ubat Neal masih berada di dalam bekasnya. Tidak terusik, sama seperti semalam.

" Bila boleh keluar?'
"Esok, mungkin...."

Mereka berdua berada di klinik kecil di pekan yang agak jauh dari kampung Neal. Neal menerima rawatan di sini sejak seminggu lepas.  Ini disebabkan sebaik sahaja menjumpai Alisya di hutan tempoh hari, esoknya Neal sekali lagi jatuh pengsan. Kali ini, suhu badannya meningkat, tubuhnya mengigil dan dia sukar bernafas. Kenny terus membawa Neal ke sini dan tindakannya betul kerana sekiranya dilengah-lengahkan, Neal boleh maut. Doktor menjelaskan yang  peparu Neal telah dijangkiti spora asing ketika di hutan tempoh hari, tambah  lagi dengan dirinya yang sedia lemah ketika itu dan apabila berada di dalam hujan untuk tempoh yang panjang, keadaannya menjadi lebih teruk. Neal koma selama tiga hari, namun hanya dua hari lepas, dia terjaga. 


“ I heard about your past..” kata Kenny kekok. Dia tidak pasti samada perbualan begini sesuai dengan keadaan sekarang, tetapi hanya perkara itu yang bermain di mindanya. Semenjak mengetahui kebenaran itu, dia tidak berhenti memikirkannya. Dia tidak tahu yang selama ini Neal menyembunyikan luka ini sendirian, menanggung bebanan ini sendirian.

Neal senyum kelat. Dia dah agak, dia akan menghadapi saat ini. Saat di mana dia terpaksa menghadapi kebenarannya.

“ How much did you know?”
“ Semua yang Pak Mail ceritakan..”
“ So you heard.. it’s not a nice story right?”
“ Yep....but it’s not that bad too .. ” jawapan itu buatkan Neal tersenyum. Kenny juga.

“ So... berapa lama lagi kau nak sembunyikan ?”
“ Sembunyikan apa? ”
“  Tentang hal kau mencintainya?”

Neal tidak terkejut. Kenyataan itu sudah terlalu jelas. Dia tidak menafikan dan tiada lagi selindung. Di depan Kenny, dia tidak akan menyembunyikan apa-apa lagi. 

" Aku cintakan Alisya." 
" Jadi, bila kau nak beritahu dia?"
" Never.. "

Perbualan mereka terganggu bila seorang jururawat manis berkulit kuning langsat mendekati mereka. Dia mengambil suhu badan Neal, melihat monitor, mencatat sesuatu dan kemudian beredar. 

" Apa maksud kau never ?"
"  Bermaksud dia tidak perlu tahu, it was nothing.. .."

" Nothing? Malam tu, aku nampak apa yang berlaku antara korang berdua. That was not nothing! That tears, that was not nothing. That feeling, that was not nothing!.  Hanya orang buta sahaja yang tak nampak apa yang wujud antara korang berdua. She is everything for you. Since past she has been everything for you!"


Ingin sahaja Kenny cakap begitu, tetapi lidahnya kelu. Setelah apa yang dia telah lakukan pada Alisya, dan kesannya pada mereka berdua,  dia takut ingin menyuarakan pendapatnya lagi.   Dia cuma mampu memandang Neal yang terang-terang kelihatan kosong dan kesunyian. Raut wajah itu, jelas menunjukkan yang masih ada cerita yang belum diketahuinya dan belum mampu Neal kongsikan..Jadi, Kenny memilih untuk mendiamkan diri. 


" Aku percaya kau ada sebab sendiri untuk itu." 

Bunyi tombol pintu dipusing mengalih perhatian mereka. Pintu bilik dibuka.

" Hai, everyone! " tegur Alisa ceria.



previous


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'