“ When I can’t contact you , can’t find you anywhere, i can't sleep, i can't eat..
i became sick. I miss you so much.. so
much.. much muchhy!!” adu Alisa manja di sisi Neal, merebahkan kepalanya ke bahu Neal.
Neal senyum. Senyuman dan pandangan
yang Alisa rindui.
“ I’m sorry..”
“ Jangan buat cam gini lagi...” Alisa mencuit hidung Neal lalu turun dari katil. Berinjak katil
tua itu melepaskan bebannya, tampak sangat yang ia tidak mampu menampung dua
tubuh dewasa sekaligus. Alisa tahu, namun dia sengaja berdegil ingin berbaring duduk di sisi Neal , bermanja-manja pada Neal.
“ Kali ini, I takkan lepaskan
you. Mana sahaja yang you pergi kali ini, I nak ikut!"
Kata-kata Alisa itu hanya sayup-sayup kedengaran di telinga Neal. Neal sedang jauh merenung pasu bunga yang terisi bunga
tulip warna putih. Neal tidak ingat sejak bila bunga itu berada di wad ini-di
mejanya. Mungkinkah Alisa yang membawanya? Kehadiran bunga tulip itu menganggunya kerana setiap kali melihat tulip itu, Neal teringatkan Alisya.
“ Neal, you pergilah tukar baju, sekejap lagi kita nak gerak ni.. .”
Alisa meletakkan baju tukar yang bersih ke tangan Neal. Kemudian, tidak semena-mena, Alisa mencapai pasu bunga itu dan membuang bunga tulip itu ke dalam tong sampah. Neal terkejut; seolah-olah jantungnya direntap. Alisa, tanpa mempedulikan Neal, mengeluarkan baju kotor Neal dari dalam laci, melipatnya dan
memasukkan ke dalam beg baju. Berkemas-kemas, bersiap-siap, membersihkan segalanya.
“ Neal?!” panggil Alisa bila menyedari Neal yang tergamam dan kaku ,merenung bunga tulip di dalam tong sampah
itu.
“ Neal?” nama Neal diulanginya. Bahu Neal digoncangnya perlahan. Neal tersentak. Di pandangnya Alisa yang sedang merenungnya
pelik.
“ huh.... I.. I.. will get change.” tergagap Neal. Pantas,dia turun dari katil,masuk ke bilik air dan menguncinya dari dalam. Pili air dibukanya dan dia membasahkan
wajahnya. Rasa sejuk air menyegarkan derianya dan paling penting
fikirannya. Dia terlupa yang hari ini dia akan check out dari klinik ini. Dia
akan kembali ke Kuala lumpur hari ini bersama Alisa. Kemudian dia akan mula bekerja
dengan Dato’ Adzhar, ambil alih syarikat dan berkahwin dengan Alisa. Semuanya
akan pulih seperti biasa.
“ Aku percaya kau ada sebab sendiri untuk itu..”
Ya,Kenny, dia ada sebab untuk
keputusannya .
Sebabnya... seperti mana dalam cintanya pada Alisya begitu
juga dalamnya rasa kecewa itu apabila kehilangan Alisya.Memori dan cintanya kembali, membawa bersama kepedihan serta penderitaan yang pernah dirasainya. Dan dia juga ingat bagaimana kisah Alisya akhirnya hanya menjadi sebuah kisah silam yang tidak diingatinya.
~~~~~~~~~~~
Wanita berjaket merah itu merenung
Neal yang kusut . Bibir Neal kering, tubuhnya kurus melidi dan
lingkaran hitam jelas di kedua belah matanya. Tulang pipinya cengkung, Budak
lelaki ini selain kekurangan zat, dia juga kehilangan semangat untuk hidup. Di
usia 16 tahun, remaja seperti Neal ini sepatutnya menikmati hidup, bergembira
bersama rakan-rakannya tetapi sebaliknya, Neal merosakkan hidupnya.
“ Neal, kamu ingat tentang Arsya,
ibu.. Alisya? Apa yang kamu rasakan tentang mereka?..”
“ Arsya cuma sebuah mimpi ngeri, ibu pula ia
satu kemalangan..”
“ Alisya?”
Serta merta wajah Neal berubah. Perlahan-lahan dia lihat di mata anak muda ini
bertakungan air mata. Wanita itu sudah mengagak. Dia melangkah ke mejanya, senyap-senyap mengeluarkan jarum dari lacinya.
“ Kepedihan, kesedihan dan
kehilangan itu. Perasaan itu maukah kamu lupakannya? ”
Wanita itu kembali mendekati Neal,
memegang tangan Neal, memujuknya. Name tag di dadanya, bersilauan bila cahaya dari satu-satunya lampu di biliknya, bersinar padanya.
“ Tidak.. Saya tidak akan lupakan
Alisya..tidak!!" tangan doktor yang bercermin mata itu, Neal tepis.
“ Saya tahu.. Saya jelas akan hal
itu, tetapi Neal, Alisya bukan perkara baik untuk kamu Neal.. “
Dia megusap
parut di tangan Neal. Dia mengetahui bagaimana Neal memperoleh parut ini. Dia tahu segalanya dan keputusan ayah Neal membawa anak tunggalnya ini keluar dari kampung itu adalah keputusan yang bijak. Kini, dia akan membantu mereka dua beranak memulakan hidup baru di tempat baru ini.
“Alisya cuma membawa kepiluan dan kesedihan kepada kamu..” katanya kali ini lebih lembut, seolah-olah cuba memahami dan mengerti perasaan Neal. Air mata yang bertakung kini mengalir membasahi pipi Neal. Neal geleng-geleng kepala, menafikannya, tidak mahu mempercayai kata-katanya.
“ Ingat pasal kematian ibu kamu Neal? Kedegilan kamu yang menyebabkan ia berlaku.. Jika hari itu, kamu tidak
mencari Alisya, ibu kamu takkan mati hari itu... Ingat bagaimana ayah kamu menyalahkan kamu sejak hari itu? Ingat bagaimana dia memandang kamu dengan perasaan benci akan darah dagingnya sendiri?”
“ Kehidupan kamu, keluarga kamu semuanya musnah sejak hari itu Neal.. Semuanya salah Alisya..Jika dia tidak
pernah wujud dalam hidup kamu, semuanya takkan terjadi seperti hari ini.. Tanpa
Alisya, tiada kepiluan, tiada kesedihan... tiada kebencian..”
“ tiada kegembiraan, kosong...” balas Neal.
Wanita itu terdiam. Apa yang dikatakan Neal itu betul. Dia merenung Neal. Neal, mencintai budak perempuan bernama Alisya ini. Dari pemerhatiannya satu sessi ke satu sessi, dia tahu perasaan Neal pada Alisya sangat mendalam. Memori dan kisah mereka menjadi pegangan Neal. Cinta mereka sudah berpahat di hati Neal. Kerana itu, apabila kehilangan Alisya, emosi Neal menerima
tamparan yang begitu hebat. Tanpa sedar, Neal memusnahkan dirinya.
Sebagai seorang doktor, dia ingin merawati Neal. Dan sebagai seorang makcik, dia tidak
sanggup melihat satu-satunya zuriat cinta abang dan arwah kakak iparnya musnah. Neal
terlalu mentah dan belum bersedia untuk menerima cinta seperti ini. Walaupun ini bermaksud yang dia terpaksa membuat keputusan untuk Neal tanpa persetujuannya.
“ Ya, tiada kegembiraan..tetapi semuanya akan jadi lebih baik..” Dia mencucuk bahu Neal dengan jarum yang disembunyikan di tangan kirinya .
“ Neal, kamu masih mentah dan tidak nampak keburukan Alisya dalam hidup kamu, keluarga kamu, orang sekeliling kamu...”
“ Saya tidak boleh kehilangan
Alisya.” Tegas Neal.
Wanita itu mengangguk. Dia jelas akan hal itu, lihatlah
apa yang berlaku bila Neal kehilangan Alisya? Segalanya musnah! Tetapi dia cuma ingin
membantu Neal, walaupun jika buat masa ini, Neal tidak faham..Walaupun, kemungkinan terdapat kesan lain pada diri Neal selepas itu tindakannya ini,, bak kata Neal, tiada kegembiraan dan kosong. Tapi hanya dengan cara ini, dia dapat membantu Neal tiada pilihan lain lagi. Doktor muda itu menyentuh dada Neal.
“ Perasaan itu, kamu tak mungkin kehilangannya.... “
“ Tetapi buat masa ini, untuk
kebaikan kamu dan mereka yang masih di sisi kamu, kamu akan lupakannya perasaan itu dan semuanya
tentang Alisya....Dia akan jadi cebisan kisah silam yang tidak akan kamu ingat
buat masa ini .. ”
Neal ingin membantah, tetapi
matanya terlalu berat. Rasa ngantuk menguasai dirinya. Doktor muda itu mengeluarkan jam randik yang bertali. Dia pernah melakukan beberapa hipnosis pada pesakitnya, dan walaupun kesannya bukan untuk selamanya, tetapi cukup hingga Neal mencapai dewasa dan matang untuk memahami.
“Maafkan makcik. Tetapi, satu hari nanti, bila kamu ingat kembali semua ini, makcik pasti kamu akan membuat pilihan yang betul."