Kenny meninggalkan kumpulan lelaki yang meriah berborak-borak di ruang tamu dan masuk ke dapur. Di dapur, kelihatan Mek Jah sedang sibuk menyediakan makanan tengahari
untuk semua. Lengan baju kurungnya di sinsing ke siku, dan keringat peluhnya
kelihatan mengalir di dahi dek bahang api dapur. Walaupun begitu, tiada keletihan dipaparkannya sebaliknya Mek Jah lebih bersemangat menyediakan
jamuan makanan tanda terima kasihnya pada Kenny, Pak Mail, Boy dan semua yang
telah membantu mencari Alisya tempoh hari. Langsung tidak mempedulikan kehadiran Kenny.Di meja yang terletak di tengah-tengah dapur, Alisya pula sedang tekun mengupas bawang, memotong sayuran, menyediakan semua bahan-bahan masakan- sedaya upaya membantu Mek Jah.
Kenny mendekati Alisya dan terus duduk di kerusi kosong sebelah Alisya. Hari ini merupakan hari terakhir dia menikmati
suasana kampung, masakan kampung, udara kampung. Esok, pagi-pagi dia akan balik
ke Kuala Lumpur. Hari ini juga, Neal akan pulang bersama Alisa. Kenny tidak pasti
samada Neal akan singgah sini dahulu sebelum bertolak. Tetapi dari perbualannya tempoh hari, kemungkinan itu tipis.
Jadi bila kau nak beritahu dia?Never
“ Neal balik KL hari ini.”
“ Saya ada dengar pasal tu.. “
Kenny tidak pasti siapa yang
memberitahu Alisya, mungkin Pak Mail, tetapi paling tidak terjangka ialah reaksi
Alisya yang begitu tenang bila mengetahuinya. Masakan Alisya langsung tidak rasa apa-apa sedangkan ada 'kisah' antara mereka.
“ Oh ye.. kalau Neal balik, maksudnya awak pun akan balik kl
juga ke hari ini?”
“ Tak.... saya balik esok.”
“Tempat ni pasti akan sunyi dan boring balik tanpa awak... ”
Kenny mendiamkan diri. Dia ada banyak benda yang ingin diberitahu pada Alisya , tetapi dia tidak pasti samada Alisya ingin mendengarnya terutama selepas apa yang telah dia lakukan pada Alisya. Semakin banyak benda yang tidak mampu terucap di bibirnya.. Antara yang disimpannya..
" Alisya, maafkan saya.."
" Saya bersalah pada awak.. Tindakan saya, tuduhan dan perbuatan saya terutama ketidakpercayaan saya pada awak .. Saya.. saya seorang sahabat yang teruk!"
" Saya tahu tak mungkin awak dapat lupakan dan maafkan apa yang telah saya buat, tetapi saya betul-betul minta maaf atas perbuatan saya yang melulu.."
" Khairul.. saya tidak pernah ambil hati pasal hal itu.. Tidak terlintas langsung di fikiran saya yang apa yang awak lakukan itu merupakan sesuatu yang teruk. Tindakan awak itu disebabkan awak risaukan Neal dan hanya ingin melindungi Neal . Bagi saya tindakan awak itu membuktikan awak seorang sahabat yang sejati dan baik. "
" Dan saya berharap awak dapat dan akan terus menjadi sahabat yang sejati dan baik pada saya juga"
Mereka saling berbalas senyum. Kenny tidak sangka Alisya memaafkannya dan malah tidak benci padanya.
“ Neal tak singgah sini dulu ke sebelum balik KL?” tanya Alisya tiba-tiba.
" Apa maksud kau never?""Bermaksud dia tidak perlu tahu, it was nothing"
“ Tidak. Dia balik terus .. “
“ Emm.. saya dah
agak dah! Dia mesti tak
sabar-sabar nak balik KL dari duduk kat kampung camnie.. Orang ego, belagak, sombong memang camtu.. Mana ada klass duduk di sini,bersama-sama orang kampung .. saya ingatkan dia dah
berubah, ceih... “ rungut Alisya pumpangpumpang.
Lega hati Kenny melihat Alisya masih ceria, kuat membebel. Tidak berubah, masih sama seperti kali pertama pertemuan mereka. Dia sahaja yang fikirkan bukan-bukan. Seperti kata Neal, Alisya belum tahu pasal hubungan mereka dan 'kisah' antara mereka. Neal tidak mahu Alisya mengetahuinya. Mungkin Neal tidak mahu Alisya menjadi muram bila mengetahui kisah silam mereka dan cinta mereka. Mungkin ini yang terbaik untuk mereka berdua. Walaupun ini bermaksud hanya Neal sahaja yang mengingati segalanya.
“ Alisya, boleh naik ke bilik makcik dan tolong ambilkan makcik kotak biru yang terletak di dalam almari solek ? Dalamnya ada resipi arwah mak makcik. Makcik ingat-ingat lupa pula.. "
Mendengar permintaan Mek Jah, Alisya segera meminta diri dan naik ke tingkat atas. Tetapi dia mengubah langkahnya pergi ke biliknya sendiri. Alisya masuk dan mengunci pintu biliknya dari dalam. Dia bersandar di pintu dengan wajah yang muram dan perlahan-lahan memeluk tubuhnya seolah-olah terasa dingin.
" It's ok.. Saya dah jumpa awak..akhirnya.."
Dia masih ingat perasaan saat itu. Pelukan itu...tangisan
itu...kata-kata itu...dan degupan jantung Neal semuanya sudah jelas hari itu. Semuanya segar di ingatannya dan memorinya. Sengaja dia berpura-pura tidak mengingatinya kerana pada hari itu juga, dia sudah jelas tentang segalanya.
" Lagipun dalam bilik saya ada banyak gambar awak. Jadi saya tertanya-tanya kenapa awak? Siapa awak?Apa awak bagi diri saya?.."
Soalannya sudah mempunyai jawapannya.
Alisya beredar dari pintu bergerak ke sebuah meja solek di dalam biliknya. Dia membuka laci yang terakhir dan mengeluarkan sebuah album kecil yang sudah kusam. Diselaknya dan di dalamnya terdapat beberapa gambar-gambar Neal dan dirinya sedang ketawa dan tersenyum ketika berusia belasan tahun, dalam usia 9-13. Semua gambar itu kekuningan dan bertompok-tompok kembang.
Alisya ingat.
Setiap hari sebelum tidur dia akan merenung dan membelek gambar- gambar Neal yang di simpannya. Mengingati setiap saat bersama Neal. Dia masih terasa air matanya yang sering menitis setiap kali melihat gambar Neal. Perasaan rindu itu masih berkesan ke hari ini. Tidak pernah sesaat pun dia melupakan Neal sejak hari itu.
Alisya ingat.
Alisya beredar dari pintu bergerak ke sebuah meja solek di dalam biliknya. Dia membuka laci yang terakhir dan mengeluarkan sebuah album kecil yang sudah kusam. Diselaknya dan di dalamnya terdapat beberapa gambar-gambar Neal dan dirinya sedang ketawa dan tersenyum ketika berusia belasan tahun, dalam usia 9-13. Semua gambar itu kekuningan dan bertompok-tompok kembang.
Alisya ingat.
Setiap hari sebelum tidur dia akan merenung dan membelek gambar- gambar Neal yang di simpannya. Mengingati setiap saat bersama Neal. Dia masih terasa air matanya yang sering menitis setiap kali melihat gambar Neal. Perasaan rindu itu masih berkesan ke hari ini. Tidak pernah sesaat pun dia melupakan Neal sejak hari itu.
Alisya ingat.
Di bilik yang terkunci ini, di sebalik jendela yang terkunci, dia melihat Neal berdiri di depan pagar
rumahnya. Setiap hari, dari pagi ke
petang, setiap jam berdiri mengharap dan menantinya.. Hujan dan panas, Neal gagah berdiri menanti dirinya di luar. Dan dirinya hanya terdaya memandang dengan mata yang bergenang , tidak mampu berbuat apa-apa.
Alisya ingat.
Setiap hari, bila Neal meninggalkan rumahnya, dengan hampa, dia juga akan menangis bersendirian hingga tertidur.
Walau sekuat mana dia memberontak, menghentak pintu malah pernah cuba untuk melarikan diri, segalanya tidak dipedulikan dan digagalkan oleh Arsya dan ibunya. Dia terkurung di rumahnya, di biliknya sendiri, dibawa jauh dari Neal.
Namun, walaupun berpisah, dia sentiasa merindui Neal. Bertahun-tahun dia hidup dengan berpegang teguh pada memorinya dengan Neal. Dia sentiasa percaya yang dia akan bertemu Neal kembali dan segalanya akan kembali seperti dulu. Itulah Alisya, dirinya yang sebenar.
Air mata Alisya menitis jatuh ke gambar lama Neal yang dipegangnya. Akhirnya, tangisan yang cuba ditahannya keluar dalam sebakan yang tertahan-tahan....
Namun, walaupun berpisah, dia sentiasa merindui Neal. Bertahun-tahun dia hidup dengan berpegang teguh pada memorinya dengan Neal. Dia sentiasa percaya yang dia akan bertemu Neal kembali dan segalanya akan kembali seperti dulu. Itulah Alisya, dirinya yang sebenar.
Air mata Alisya menitis jatuh ke gambar lama Neal yang dipegangnya. Akhirnya, tangisan yang cuba ditahannya keluar dalam sebakan yang tertahan-tahan....
Hari itu, dalam hujan yang lebat, dalam dakapan Neal, dia
mengetahui yang dia mencintai Neal.. bukan sejak saat itu, tapi sejak dari dulu
lagi..