Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 30 April 2013

Berikan Kujawapan 57



“ Dia tidak pernah mencintai aku..”

Neal menghembus asap rokok secara perlahan lalu memerhatikan kepulan asap itu yang merebak di udara dan beransur-ansur hilang. Dia sedang berbaring di atas sofa kulit Larenzo, bersendirian  di apartmentnya. Rambutnya basah tidak dilap, begitu juga badannya. Baju kemeja yang disarungnya tanpa butang melekap ke tubuhnya yang basah. Di kaki sofa, tuala warna hijau tua dibiarkan terdampar di atas lantai.

Sudah seminggu dia kembali ke Kuala Lumpur dan setiap nafas, setiap pandanngannya, sentiasa di bayangi bayang Alisya. Memorinya, kerinduannya.. cintanya.. semuanya ... Neal menyentuh dadanya yang sakit. Ya, semuanya kembali.

 Air dari rambutnya mengalir di pipinya dan jatuh menitis ke lantai yang beralaskan permaidani dari Italy yang dibelinya semasa bekerja di luar negara tahun lepas. Neal menyedut rokoknya dan sekali lagi menghembuskan asap, memerhatikan asap yang kemudiannya menghilang mengharap yang Dia juga ingin hilangkan semua kemelut di hati dan di fikirannya. Dia tidak pernah terasa kacau seperti ini..

Sambil memejamkan matanya, dia mengingati memorinya.. terutama penantian, pencariannya, penderitaanya saat kehilangan Alisya. Ulang-ulang bayang dirinya berdiri di depan rumah Alisya berputar,  ulang-ulang bayang dirinya mengejar kereta Volvo itu, ulang-ulang dia kehilangan Alisya. Kemudian memori itu beralih pada kemalangan ibunya, kebenciannya ayahnya dan bilik psikiatri yang menjadi tempat persinggahannya.

 “ Dia tidak pernah mencintai ku..”
                         “ Dia tidak tahu penantianku...”
                                     Dia tidak mengerti penderitaanku.. 
                                                                               “Dia...Cuma satu kisah silam..”

Neal membuka matanya yang bergenang. Sama seperti dahulu, matanya juga bergenang seperti ini setiap kali menyebut kata-kata itu di setiap sesinya.

“ Perasaan yang kamu rasai pada Alisya, kamu pastikah dia juga merasainya? Menghilangkan diri, menyembunyikan diri.. meninggalkan kamu.....melupakan kamu.. Sudah sampai masanya kamu hentikan pencarian dan penantian yang sia-sia ini.. . “
Kata-kata doktor psikiatri dan makciknya itu bermain di fikirannya..

“Perasaan kamu pada Alisya.. semuanya akan dilupakan...”

Putung rokok yang dipegangnya semakin pendek, asapnya juga sudah tidak keluar lagi. Hilang terus tanpa disedarinya. Sambil merenung siling yang kabur di sebalik matanya yang bergenang, dia jelas yang air mata ini mengalir seakan mengetahui yang dia akan kehilangan Alisya selamanya.

~~~~~~~



Sebaik sahaja Alisa masuk ke apartment, dia lihat Neal sedang tidur di sofa. Beberapa putung rokok yang lama berselerak di kaki sofa. Abu rokok dan tuala yang lembab mengotorkan dan meninggalkan tompok basah di permukaan permaidani. Ruang tamu ini berselerak, tunggang langgang , penghuninya seakan tidak mahu peduli akan segalanya.

Alisa mendekati Neal yang masih lena dengan tangan kirinya terletak di dahi. Rambut Neal kusut dan walaupun dia sedang lena, wajahnya jelas tidak tenang, dahinya berkerut-kerut, seolah-olah anak kecil yang dihantui mimpi ngeri.

 " I will stop your addiction, i promise!"

Janji itu... Alisa tidak pernah berjaya mengotakan janjinya.  Di sebalik senyuman Neal dan kegembiraannya, di hati Neal, ia sentiasa kosong.  Walaubagaimana dicubanya dan walaubagaimana Neal cuba,  di sebalik senyuman manis, gelak ketawa,kasih sayang serta layanan cinta yang dikongsi bersama.. dia tidak pernah berjaya mengubah pandangan mata Neal yang kosong dan sunyi tatkala menatapnya.

Alisa tahu kekosongan di hati Neal tidak pernah terisi, kehidupan Neal tidak mungkin akan lengkap kerana Neal tidak pernah dapat  melupakan sepenuhnya insan yang menjadi addiction Neal. Walaupun Neal tidak lagi pernah menyebut tentang insan itu, tetapi Alisa sentiasa tahu namun dia sengaja berpura-pura tidak mengetahuinya.

Tetapi sekembalinya Neal dari kampung, Alisa mula menyedari perubahan pada Neal. Neal kini sudah tidak lagi melemparkan pandangan yang kosong dan sunyi, sebaliknya.. pandangan matanya kini... suram dan sedih. Seolah-olah ada sesuatu yang dirahsiakan.. yang ditanggungnya sendirian. Yang kehilangan.... 

Neal terjaga, membuka matanya,  tergamam memandang Alisa yang sedang merenungnya. Alisa perasan mata Neal yang merah dan sembap.

“ Hai, sori terkejutkan you.. I datang bawa breakfast untuk you.. Surprise!”  

Alisa menunjukkan beg kertas coklat Mcdonald yang berisi dua burger sausage Mcmuffin with egg, hashbrown, hotcakes dan dua cawan kopi yang masih panas.

Neal bangun perlahan-lahan sambil memicit dahinya, menukar kedudukannya dari berbaring ke duduk . Buat seketika, dia diam , mengerut dahi, memicit kepalanya yang berat dan masih berpinar-pinar. Alisa cam kelakuan itu, side effect yang biasa dilihatnya pada mereka yang tidak cukup tidur kerana berhibur sampai ke pagi atau bersedih sepanjang malam.  Dan buat pertama kalinya  dia berharap Neal adalah jenis lelaki yang gemar berhibur ke pagi, seperti lelaki KL yang lain. Dia lebih suka Neal bergembira dari bersedih tetapi... itu semua tidak mungkin. 

“  I’m sorry, I’m such a mess.. ” ucap Neal sebaik sahaja rasa pening di kepalanya hilang. Dia bangun mendekati Alisa.   

“ Morning, sayang "ucap Neal sambil tersenyum. Dia mencium dahi  Alisa yang setinggi bahunya.  

“ Thanks for the breakfast. Awak letak semua di atas meja dulu ye.. Saya nak clean myself first, kemudian kita breakfast bersama.. “  

Alisa mengangguk dan Neal meninggalkan Alisa, melangkah masuk ke bilik mandi. Beberapa saat kemudian, Alisa mendengar bunyi pili air dibuka dan bunyi Neal memberus gigi.

Masih sama, nada suaranya, kemesraannya, keprihatinannya, pandangannya. Semuanya masih sesempurna dahulu. Tiada perubahan. Tetapi Alisa tahu segalanya tidak sama. Samada Neal perasan atau tidak..........

“  I’m sorry, I’m such a mess.. ”

Neal tidak pernah sekusut seperti ini.







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'