" Jika saya beritahu yang nama awak mengingatkan saya pada seseorang, adakah awak akan sukakan saya lagi?"
Alisa tersentak bila
air yang mengisi cerek melimpah keluar. Cepat-cepat dia
menutup pili air. Lengan bajunya yang basah, di lipat ke siku. Dia berhenti, meninggalkan cerek air di sinki dan duduk di meja makan-mendiamkan diri, bersendirian,
berfikir, mengingati kembali hal yang baru berlaku tadi.
Dia mengeluarkan sebuah bungkusan hadiah berbalut pembalut merah jambu yang semakin pudar warnanya dari kocek seluarnya. Direnungnya bungkusan hadiah kecil itu. Ia kelihatan lama. Sebelum ini dia pernah ternampak kotak ini disimpan dan dikunci elok-elok di dalam laci Neal.Menyangkakan hadiah untuk dirinya, dia diam-diam tidak menanyakan tentang kotak hadiah pada Neal tetapi masa berlalu, dia mula sedar ia bukan miliknya. Dan bila sesekali dia terlihat Neal mengeluarkannya dan merenungnya dengan pandangan yang sayu, hatinya berbisik yang ia juga bukan milik Neal.
Kotak hadiah itu dibeleknya. Balutannya tidak kemas seolah-olah dibalut oleh kanak-kanak. Dia perasan Neal membuangnya ke dalam tong sampah
sebelum keluar sebentar tadi dan senyap-senyap mengutipnya. Walaupun Neal tidak bercakap tentang itu, dia tahu Neal berat hati untuk membuangnya.
Alisa membuka bungkusan kotak itu. Di dalamnya terdapat rantai diperbuat dari silver yang buahnya adalah nota muzik dari kristal. Alisa mengeluarkan rantai itu, talinya pendek, bermaksud ianya rantai untuk kanak-kanak. Serta merta Alisa teringatkan bunga tulip yang terdapat di wad Neal
tempoh hari.
Alisa mendail nombor telefon Kenny.
“ Hello..” jawab Kenny.
“ Kenny, it’s me Alisa..”
“ Ye tau..ada nombor you.. Kenapa? “
“ Apa yang berlaku semasa korang berdua di kampung Neal hari tu? What had happened
to Neal?”
“I tak faham, what? ” jawab Kenny setelah diam yang panjang.
Alisa
tahu, kesunyian pada awal tadi membuktikan yang Kenny juga mengetahui seperti
apa yang dia tahu.
“ Kenny, don’t act dumb..”
“ What dumb.. “
Kenny masih bermain-main, cuba lari dari topik. Bayang bunga tulip kembali berlegar di minda Alisa. Bunga tulip
yang sentiasa berganti, air dari pasu yang sentiasa bersih, Tanpa pengetahuan Neal, Neal mempunyai pelawat
tetap di sana. Hanya jururawat di sana yang tahu dan mereka menjadikan ia satu rahsia atas permintaan pelawat itu sendiri.
“ Kenny, I met her..”
Alisa tidak tahu apa
reaksi Kenny. Mungkin Kenny tergamam, terkejut atau marah, tetapi kali ini diam Kenny lebih lama. Kesunyian ini membuatkan jantungnya rasa berdebar-debar,dipegang erat-erat gagang telefon dalam gengamannya yang sejuk dan menahan gementar. Ya, akhirnya dia mengeluarkan apa
yang sudah lama dia pendamkan benda ini. Hari itu, di sana, dia jumpa perempuan itu.
Mendekatinya... Bercakap dengannya..
“ Jadi kau patut jelas yang bukan pada aku kau patut tanyakan soalan itu..” jawab Kenny akhirnya.
Alisa diam. Dia tahu. Pintu utama terbuka
dan Neal melangkah masuk ke rumah. Alisa tahu .
~~~~~
“ Do you remember the
first thing you said to me when we first met?”
Alisa bertanya dalam getar suara yang perlahan. Dia
membelakangi Neal, berdiri di sinki, membasuh beras . Di kuis-kuis air dan kocak air beritma perlahan. Neal yang sedang membaca buku novel The Shining Stephen King, tidak memberi jawapan pada pertanyaan Alisa.
" I remember..." sambung Alisa.
Neal diam, dia menyelak muka surat lain, tidak mahu
mendengar. Membacanya, atau berpura-pura membacanya.
" Siapa seseorang itu?"" My addiction"
"Sebenarnya, tanpa pengetahuan awak, sejak
dari itu, I keep wondering, who is that person? Kenapa awak ingin
melupakannya?.. I always think about that..”
“ I also keep thinking jika saya
mengingatkan awak tentang dia, dia yang awak ingin lupakan.. kenapa saya berada
di sisi awak selama ini? Kenapa mendekati saya yang mengingatkan awak akan dia
yang awak ingin lupakan? Orang itu mungkin bukan orang yang awak benci tapi
sebaliknya...”
“ Alisa, stop.”
Alisa memandang Neal yang bangun mendekatinya. Membiarkan Neal perlahan-lahan
mengambil periuk nasi darinya. Memerhatikan Neal menutup pili air kemudian mengenggam erat
tangannya yang hampir kecut dek terendam lama di dalam air. Tangannya yang
sejuk terasa panas dalam genggaman Neal yang lembut. Beberapa ketika kemudian,
Neal melepaskan genggamannya.
“ Kita makan di luar sahaja .. “ cadang Neal.
Alisa mengenggam kedua belah tangannya yang kembali dingin.. Ya, dia
tahu semua ini tak mungkin kekal selamanya. Ketenangan dan kebahagian ini tidak akan kekal, sama seperti ini..Kasih sayang Neal, cinta Neal.. dari awal lagi Alisa dapat rasakan ia bukan miliknya..
“Saya mengingatkan awak pada Alisya kan? Itu yang awak maksudkan waktu itu kan? “
Neal yang sedang melangkah untuk mengambil kunci kereta di ruang tamu, berhenti. Riak wajahnya berubah, tetapi dia tidak berpaling pada Alisa.
“ I just asked you to stop.... “
“ Alisya is your addiction...“
“Alisa, please stop!..” nada suara Neal jadi dalam dan
serius.
Namun, Alisa tidak mahu berhenti.
Kerana dia sudah lama sedar tentang perkara ini tetapi sengaja berpura-pura tidak mengetahuinya. Dia sudah lama merasainya,dari sejak perkenalan mereka, sejak mereka bersama, bertahun-tahun, dia sudah merasai kebenarannya, . Sudah
terlalu lama hatinya mengetahui yang hubungan antara mereka ini hanya pendustaaan. Tetapi bukan Neal yang sengaja
memberikannya, tetapi dirinya yang memilih untuk hidup dalam
pendustaan ini.
Dari awal lagi, hubungan mereka berlandaskan kepentingan diri sendiri. Selama ini, dia cuma ingin berada di sisi, dia ingin menjadi
milik Neal, dan menjadikan Neal miliknya. Walaupun dia tahu hati Neal tiada tempat
untuknya.. walau sebanyak mana dia ingin cuba dan sekuat mana Neal cuba.
Keinginan untuk dicintai oleh Neal mengaburi matanya, membutakan
perasaannya yang selama ini sedar wujudnya kekosongan di hati Neal yang semakin
membesar hari demi hari. Dia cuma ingin dicintai Neal dan Neal hanya ingin mencintai
orang lain. Hakikatnya mereka berdua hanya melarikan diri dari realiti. Dia tidak mungkin dicintai Neal.. hati Neal tidak pernah terbuka untuknya.. dan
Neal.. Neal tak mungkin dapat mencintai orang lain kerana Neal tidak
pernah berhenti menyintai..
“ Saya rasa saya tahu siapa Alisya pada awak... “
“ Alisa, just stop!.. "
Neal merenung Alisa. Wajahnya berkerut
nyata-nyata tidak ingin meneruskan perbualan ini, yang paling penting dia tidak
mahu melukakan perasaan Alisa.
" This conversation will hurts you..I can't.. I just.. I.... I'm sorry..” Neal keluar dari rumah.
Alisa merenung pintu yang perlahan-lahan tertutup.
“ I want you to hurt
me .. so I can hate you..”
~~~
Neal memandu laju-laju keretanya membelah malam yang semakin pekat. Bunyi enjinnya bingit memecah kesepian jalan. Dan sebaik sahaja dia sampai ke destinasinya, kereta di parking secara
kasar di depan banglo berbumbung biru itu.
Alisya yang sedang duduk di buaian di anjung rumah
terkejut dengan kehadiran Neal. Bila Neal berjalan ke arahnya dengan wajah yang
merenungnya dengan marah, dia tergamam, kakinya
terpaku ke lantai.
Neal menarik Alisya rapat padanya.
“ Aku ingin membenci
kau...... “
Neal mengucup Alisya.