" Saya mencintai awak.."
Air mata yang mengalir, renungan itu, kata-kata Alisa itu jelas di fikiran Neal. Alisa... dia tahu Alisa mencintainya.. bertahun bersama Alisa, tidak pernah kurang cinta Alisa padanya. Dan dia? Tidak pernah sekali pun dia mengabaikan cinta Alisa itu, dijaganya dengan sempurna.. Setiap nafasnya, dia berusaha mencintai Alisa.
Jadi, kenapa Kenny dan kini Alisa masih memerlukan jawapan darinya? Kenapa mereka mendesaknya, menganalisis perasaannya, melihat apa yang disembunyikan di hatinya.. Kenapa mereka mengingatkan, bercakap tentangnya? sedangkan dia sudah sedaya upaya dia cuba membuangnya, tidak membenarkan sesiapapun melihatnya .. Perasaan yang benci, sayang dan gilakan Alisya itu.
" Aku ingin membenci kau.."
Wajah Alisya yang terkejut dengan ciumannya, menyulam memorinya. Pandangan mata Alisya yang jernih itu masih jelas di matanya. Waktu itu, dia sendiri tidak mengerti kenapa dia melakukannya. Tindakannya itu langsung tidak mencerminkan imej dirinya yang selama ini dipupuknya. .Malam itu, dia bukan dirinya. Malam itu dia hanya ada satu perasaan.
Dia..
Dia mengingini Alisya. Setelah sekian lama, dia kembali ingin memiliki dan.... mencintai seseorang.
Dia..
Dia mengingini Alisya. Setelah sekian lama, dia kembali ingin memiliki dan.... mencintai seseorang.
Dia keliru.
Bagaimana pula dengan Alisa?Dari saat dia menerima cinta Alisa dalam hidupnya, dia berjanji pada dirinya yang hanya ALISA akan menjadi memorinya, pegangannya, masa depannya. Dia sudah buang jauh-jauh masa silamnya. Alisya cuma sebuah cerita masa lampau, kisah silamnya yang dia hadapi dengan pelbagai dugaan untuk melupakannya. Memori itu sudah lama dilupakannya,
" Bolehkah hati awak mencintai saya, hanya saya seorang?"
Dia tidak mampu menjawab soalan itu. Malah ketika Alisa memegang tangannya, memberitahu yang dirinya mencintainya, dia hanya diam... Jika selama ini dia boleh memberitahu dirinya mencintai Alisa untuk beribu kali, jika selama ini dia boleh tersenyum sambil membalas dan mengucapkan ' I love you..'. Buat pertama kalinya, bibirnya kelu..
" Perasaan itu.. awak tak mungkin kehilangannya.."
Mungkin hatinya masih mengingati Alisya.. seperti kata-kata Alisa, dia.. dia sebenarnya sentiasa mengingatinya. Perasan itu... dan kini dia...
".. bila kamu ingat kembali semua ini, makcik pasti kamu akan akan membuat pilihan yang betul"
dia kini berhak membuat keputusannya..
Jadi hari ini, dia akan kembali pada Alisya dan membuat keputusan. Hari ini.
“ Bro, kau terlepas simpang.”
Teguran lelaki di sebelahnya mengejutkannya. Pantas Neal memusingkan kereta dan masuk ke simpang yang dimaksudkan. Selamat tiada kereta di belakang dan kanan jalan, jika tidak mereka berdua mungkin terpaksa bermalam di hospital. Tindakan itu menakutkan lelaki itu. Dia mengosok-gosok dadanya yang berdebar kencang.
" Bro, kau tak apa-apa ke??''
Neal geleng kepala. Matanya tertumpu pada jalan yang hanya berpandukan cahaya kereta, jam menunjukkan pukul 5 pagi, lagi sejam lebih, mereka akan sampai ke destinasi.
" Aku boleh drive kalau kau ngantuk." pelawa lelaki yang baru dikenalinya dalam perjalanan tadi. Melihat lelaki itu berdiri di sisi kereta yang berasap, berpeluh-peluh menahan kereta yang lalu lalang untuk bantuan, mungkin nasibnya yang baik, Neal terasa ingin membantu. Dan mungkin takdir, hala tuju lelaki itu sama dengannya.
“ Cinta... kerana cinta, satu perasaan yang kita tak mungkin lihat dah hanya hati yang mengenalnya, seseorang itu mampu melakukan perkara-perkara yang tak masuk akal."
" heh, kenapa dengan kau ni?"
" Bro ada masalah cinta kan.. tengok air muka je dah tau. Sebab tu bro, terlepas simpang kan?kan? Siapa? Siapa yang kau cintakan? Ah, dua perempuan kan? tiga? ... cececeeeeeeeeeh.....kental... So, tempat kita nak pergi ni, kau nak jumpa perempuan tu ke?ha? ha? "
Makin ligat pula lelaki itu bercakap membuat andaian. Neal senyum sahaja, tidak ambil hati. Dia tahu lelaki ini cuma ingin berborak sahaja, mungkin sudah kebosanan. Tumpuan Neal kini jelas pada jalan raya. Stereng di pegangnya kemas-kemas. Disebabkan kebisingan penumpangnya ini, dia rasa lebih fokus, tidak mahu berfikir yang lain-lain lagi.
" Satu tips untuk whatever yang bro tengah fikirkan tadi Hati, Kau harus ikut kata hati.." kata lelaki itu sambil mengetuk dadanya kirinya yang terletak hati yang dimaksudkannya.
"Whatever your mind says, just follow your heart."
Neal diam. Suasana jadi sunyi.
" Thanks."
Lelaki itu tersengih gembira saat mendengar jawapan dari Neal itu yang tiba-tiba memecah kesunyian antara mereka. Dia baru ingatkan yang kata-katanya mengundang kemarahan Neal.
" Ris, nama aku Ris."
" Aku pula Neal.. "
Ris mengeluarkan secebis kertas yang tertera alamat rumah yang hendak dia pergi-sebelum keretanya rosak tiba-tiba tadi.
" Neal, sebelum kau drop aku di pekan nanti, kau tau tak alamat ini?"
Cebisan kertas bertukar tangan. Sambil memandu perlahan, Neal cuba membacanya.
" Kenapa kau nak ke sini?"
Ris senyum.
--------
Kereta Neal masuk ke perkarangan rumah banglo dan sebaik sahaja ia berhenti, seperti yang sudah diagak, Alisya sedang menantinya di anjung rumah. Menanti jawapan untuk tindakannya sebelum ini. Tindakan yang tidak sempat dia jelaskan kerana menerima panggilan kecemasan tentang Alisa.
Neal keluar dari kereta dan melihat Alisya sedang turun dari anjung, berjalan ke arahnya. Wajah Alisya masih sama seperti memorinya. Tidak sedikitpun berubah. Dari dulu lagi, dia sentiasa terpaut pada wajah mulus itu.
" Alisya!"
Ris tiba-tiba meluru keluar dari kereta, berlari ke arah Alisya dan memeluknya.
" Saya ingatkan saya sudah kehilangan awak.." kata Ris.
Alisya tergamam dan kaku. Masih berada dalam dakapan Ris yang erat, dia memandang Neal yang sedang berjalan menghampiri mereka. Mata mereka berdua bertemu dan Neal dengan dingin mengalihkan pandangannya, hanya lalu di sebelah Alisya, terus masuk ke rumah. Neal tidak mempedulikannya.