Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 23 Julai 2013

Berikan Kujawapan 61



“ Ni buah apa makcik, sedap ni!..” puji Ris sambil menyuap masuk isi buah yang seakan duku. Berkerut-kerut dahi Ris menahan rasa masam-masam manis buah tampoi di dalam mulutnya.

“ Kau kenal Alisya?” soal Mek Jah. Mereka berempat semua sedang duduk di ruang tamu-bertentangan. Alisya di sebelah Mek Jah dan Ris pula di sisi Neal.

“Kenapa makcik tanya begitu? “ Ris tidak faham. Dia memandang Neal yang sejak sampai di sini, hanya membisu, kemudian pandangannya beralih pada Alisya yang merenung tidak kenal. Aneh?

“ Kenapa? Kenapa dengan awak Alisya?” kata Ris sambil bangun mendekati Alisya. Alisya memegang tangan Mek Jah serta-merta menjauhi Ris.

“ Alisya tidak ingat.” kata Neal tiba-tiba. Wajah Neal direnungnya. Ris bingung, tidak mengerti maksud Neal. 

“ Tidak ingat?”
“Lima bulan lepas, dia muncul di sini, dengan tiada apa-apa memori.. Dia tidak ingat bagaimana dia hilang memori atau bagaimana dia berada di sini . Dia tidak ingat apa-apa langsung!“ jelas Mek Jah.

“ Bukannya semua!”

Terkejut mereka bertiga bila tiba-tiba Alisya mencelah dengan suara yang kuat. Serta-merta tumpuan semua jatuh pada Alisya, menanti Alisya menghabiskan kata-katanya.

“ Saya mengingati kisah silam saya!. Saya ingat.. ” kata Alisya seraya memandang Neal ; jelas-jelas kata-katanya bertujuan untuk Neal seorang. Seolah ingin memberitahu yang dia ingat.. antara mereka.. Dia ingat!.
Namun, Neal tidak memberi apa-apa reaksi, duduk hanya membisukan diri dan pantas mengalihkan pandangannya saat mata mereka bertemu. 

“ Tapi, hanya memori di sini sahaja, ketika kecil. Selebihnya saya masih tidak ingat. “ kata Alisya kesal.
“Maaf,  Saya tidak ingat tentang awak..” 

“ Jadi, awak cuma ada masa silam awak je?Awak betul-betul tak ingat saya ke? Sikitpun tak ingat? Terutama memori tentang kita?“ bertalu-talu soalan Ris nyata sukar untuk mempercayai  perkara yang menimpa Alisya. 

“ Saya betul-betul minta maaf.” kata Alisya risau, kiranya dia menguris hati Ris dengan tidak mengingatinya. Siapa lelaki ini dalam hidupnya? Dan bila lelaki ini menyebut ‘kita’, Alisya dapat rasakan yang hubungannya dengan lelaki ini mesti agak rapat.

“ Apa maksud awak tentang kita? Siapa awak pada saya?” giliran Alisya pula menyoal. 

Ris mendekati Alisya dan kali ini Alisya tidak cuba mengelaknya, sebaliknya merenung dan memerhatikan lelaki ini yang tiba-tiba melutut dengan satu kaki di depannya. Ris mengeluarkan cincin dari kocek seluarnya, menarik  lembut akan tangan kiri Alisya dan terus menyarung cincin bertahtakan berlian pada jari manis Alisya.

“ Saya adalah masa depan awak dan sekarang awak akan ingat tentang kita... “






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'