“ Jadi inilah jawapan awak?”
Mereka
berdua bersemuka di anjung.
“ Awak minta saya carikan memori awak.. Saya sedang lakukannya. Saya berikan awak kisah silam dan bawakan kisah masa
depan awak. ”
“ Begitukah? ”kata Alisya kecewa. Dia tidak
ingin mendengar penjelasan atau alasan, dia cuma ingin Neal merenungnya,
mengatakan yang Ya, inilah yang Neal inginkan.. Inilah jawapannya, dan kemudian
dia sendiri akan ..
tapi sebelum itu, dia mahu Neal tahu sesuatu.
tapi sebelum itu, dia mahu Neal tahu sesuatu.
Neal mendiamkan diri, tidak memandangnya. Dinginnya Neal seolah-olah tidak mahu melihatnya lagi dan langsung tidak mengetahui yang hatinya perit diperlakukan begini.
“ Semalam.. kerana tindakan awak, saya keliru . kemudian awak tiba-tiba pergi dan berjanji akan menjelaskan sebaik sahaja awak kembali..Sepanjang menanti itu, saya berfikir, berharap, bercampur gembira..tapi yang paling penting, sekembali awak, saya ingin memberitahu awak sesuatu.."
“ Saya ingin
beritahu awak yang saya juga ingat.. Bukan awak sahaja yang tahu tentang kisah
budak perempuan dan budak lelaki di kampung ini. Kisah mereka dan memori
mereka. Saya juga... ingat.,”
“ Bukan itu
sahaja, saya juga...”Alisya menyentuh dadanya.
“ Saya juga
memiliki perasaan itu..bukan sejak dulu, tapi selama ini... “
Berkerut wajah Neal mendengar kenyataan dari Alisya itu. Dia tidak tahu, sumpah dia tidak tahu! Perlahan-lahan dia merenung wajah Alisya yang bergenangan air mata, sama seperti dirinya. Dia kini dapat lihat keperitan yang tersembunyi di hati Alisya.. Ianya sama seperti dirinya..
“ Maaf kan saya... Saya tak pernah dapat
memberitahu awak yang saya juga menanti dan menunggu budak lelaki di pagar
rumah saya itu..setiap hari.. Maafkan saya, saya tidak pernah dapat beritahu
awak yang saya rasa apa yang dia rasa...Maafkan saya, saya juga kehilangan awak... “
Neal memegang pergelangan tangan Alisya bila dilihatnya Alisya mahu pergi meninggalkan dia sebaik sahaja kata-katanya berakhir.
"Ris, dia juga kehilangan awak...dan saya tahu bagaimana rasanya kehilangan insan yang dicintai. Jadi, apa yang saya perlu lakukan? Beritahu saya apa patut saya lakukan!?.?!!."
" Apa gunanya jawapan dari saya; bila awak sudahpun melakukan apa yang awak inginkan.., kan?"
Neal tergamam. Tangan Alisya perlahan-lahan dilepaskannya. Kemudian dia hanya mampu melihat Alisya berpaling dan meninggalkannya. dan dia tidak mungkin dapat lupakan wajah Alisya yang sedang menangis dalam kekecewaan disebabkan dirinya..
Di muka pintu, tiba-tiba Ris muncul dari balik pintu.Wajahnya mengambarkan yang dia sudah terdengar semuanya.
“