“ Ah,?”
Alisya
terkejut bila Ris menegurnya yang sedang berjalan sendirian. Dia langsung tidak
menyedari yang Ris sedang bersandar di bawah tiang lampu jalan,
memerhatikannya. Manakan hendak
disedarinya bila dia dari tadi berjalan dengan wajah menunduk ke tanah.
Jadi
dia juga tidak tahu yang Ris sudah berada di sini sejak dua jam lepas. Menantinya.. Menanti Alisya yang belum balik
sejak petang tadi. Mengetahui hanya jalan ini satu-satunya menuju ke banglo biru,Ris tahu di laluan ini mereka dapat bertemu.
Dengan mesra Ris mendekati Alisya. Wajah Alisya direnung dan pandangannya menjalar
jatuh ke jari manis Alisya. Tiada cincin yang disarungnya hari itu. Matanya
bersinar sayu.
“ Mari, kita jalan bersama."
“ Emm.. baiklah”
"Tadi awak ada kata sesuatu ke? tiada balasan dari Ris. Fikir Alisya mungkin dia tersilap dengar. Mereka berdua berjalan beriringan saling membisu.
Berdiri di sisi Ris, Alisya perasan yang Ris lebih
kurang tinggi Neal. Jalannya teratur dan setiap langkahnya sentiasa
mengikut rentak langkah Alisya, sentiasa memastikan Alisya tidak ketinggalan jauh darinya. Berbanding
dengan Neal yang sentiasa berjalan di depannya, tidak mempedulikannya. Namun walaupun dirinya jauh di belakang Neal, dia rasa begitu selesa berbanding Ris yang membuatkan dia rasa kekok.
“
Dah seminggu kan? Tapi, awak masih tidak mengingati saya..”
Lidah Alisya terasa kelat. Adakah Ris diam-diam membencinya disebabkan itu?
“
Tapi awak tahu saya tidak membenci awak tapi sebaliknya..."
“ Alisya, saya tak kisah berapa lamapun masa yang awak perlukan untuk mengingati
tentang saya dan tentang kita. Bagi saya sudah cukup yang awak tahu yang saya amat mencintai awak. Dan sekiranya awak selamanya pun tidak akan ingat tentang kitapun, ianya tidak apa! Saya..
saya sudah rasa cukup bahagia dengan mengetahui yang awak tahu yang saya cintakan
awak..”
Alisya berhenti melangkah. Dia memandang wajah
Ris.
“
Jadi, awak tak perlu rasa bersalah atau kekok bila bersama saya. Awak boleh
ambil seberapa banyak masa untuk diri awak. ” bicara Ris lembut.
Ya, walaupun dia terasa kekok bersama dengan Ris, tapi Ris tidak putus-putus cuba menceriakannya, cuba mewujudkan keselesaan antara mereka dan mendekatkan jurang antara mereka. Dan disebabkan sikapnya yang mesra dan memahami itu, hanya baru beberapa hari Ris di sini, Ris sudah disukai ramai.
“
Jadi, jika awak tidak ingin kembali ke US bersama saya..”
“
Tidak, saya bukan buatnya secara terpaksa.” potong Alisya.
“Saya rasa dengan mengikut awak dan melihat
sendiri , lebih baik dari hanya mendengar ceritanya sahaja. Saya juga akan
dapat ingat dengan lebih cepat.” Jelas Alisya.
“Emm..Begitukah..
Ah, Baguslah!”sahut Ris. Dia menarik nafas lega dan mereka berdua meneruskan
perjalanan meredah malam.
Kali ini perjalanan mereka di hiasi dengan perbualan yang tidak henti-henti, kebanyakkannya dari Ris, Alisya? dia masih tidak tahu apa yang dia ingin cakapkan pada Ris. Dia takut
kata-katanya akan melukakan hati Ris, sedangkan dia ingin bersendirian buat
masa ini.. Dia tidak mahu untuk
memberitahu Ris yang hatinya sangat perit saat ini. Sejak tempoh hari, sejak
Neal melepaskannya, hati ini rasa tidak senang.
Alisya
memerhatikan Ris yang sedang bercakap sekarang ini. Wajah Ris sentiasa tersenyum dan ceria,
memandangnya sama seperti melihat matahari yang bersinar. Cahayanya tenang dan
selamat. Namun setiap kali dia memandang Ris, Ris sentiasa mengingatkan dia akan Neal. Neal yang jauh berbeza dari Ris. Neal yang seperti bulan yang mengambang
di dalam malam yang pekat. Cahayanya sangat dingin dan begitu jauh. –Neal.
“
Ah, bulan malam ni cantik! Tengok!” teriak Ris tiba-tiba.
Mereka berdua mendongak merenung langit dan bulan yang mengambang. Mereka Sama-sama diam mememerhatikan cahaya bulan yang memukau.
“Kenapa mesti cahaya
bulan itu juga yang mencuri pandangan?”
“ Awak fikirkan
Neal kan?”tanya Ris bila mendengar kata-kata Alisya yang terungkap dari bibir
tanpa disedari. Alisya menyapu air mata yang rupanya senyap-senyap berkaca-kaca di hujung mata.
“Hulurkan
tangan..”
Ris mengeluarkan batu kecil dari poket
seluarnya dan meletakkannya di telapak tangan Alisya.
“ Untuk semua
yang ingin dilupakan, ada ini... ”
“Apa ni?”
“ I’m sorry... Saya mengetahui sesuatu yang
saya tidak patut tahu ..”
“ Tapi demi orang yang saya cintai, saya ingin
mementingkan diri. Demi tidak kehilangannya lagi, saya mahu pegang erat tangannya."
Ris menutup
telapak tangan Alisya yang terbuka dan bersama-sama mengenggam batu di
genggaman Alisya.
“Jangan fikirkan
tentang dia lagi. Kira dan biarkan batu kecil ini perlahan-lahan menjadi tembok di hati awak... "
“ biarkan saya, perlahan-lahan membawa awak
pergi dari dia... “bisik Ris.
Sebaik sahaja
Ris menghabiskan kata-katanya, angin malam tiba-tiba bertiup kencang, dan
kunang-kunang yang bersembunyi di dedaun pokok terbang menyinari mereka
berdua-dua. Seolah-olah merestui mereka dan keputusan Alisya.