Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 3 Februari 2014

Berikan kujawapan 68



Kenny masuk ke apartment yang sunyi dan berjalan ke dapur,  meletakkan sebungkus nasi goreng cina di atas meja, kemudian mendekati Neal yang sedang khusyuk menyelak surat khabar di tangan. Di meja terdapat banyak suratkhabar lain yang bertarikh hari ini. Rutin normal  Neal setiap hari.

Setiap hari, Neal pasti akan membeli semua jenis suratkhabar kemudian menyelak di bahagian berita kemalangan. Dan jika tiada berita kemalangan yang dikhuatirnya melibatkan Alisya, Neal akan rasa lega dan tenang, kemudian barulah melakukan aktiviti lain. Walaupun aktiviti lain itu  adalah mencari Alisya. 

Sejak Alisya pergi dengan Ris, mereka langsung tidak mendengar berita tentangnya. Ris juga hilang secara misteri. No telefon yang diberi tidak dapat dihubungi. Menganggap yang Alisya mungkin sudah kembali ke US, tetapi dengan bantuan kenalan Kenny di imigresen, mereka dapat tahu yang Alisya masih lagi di Malaysia. 

Jadi apa sebabnya Alisya menghilangkan diri tanpa berita?Tak mungkin Alisya tidak menghubungi Mek Jah yang menjaganya sebelum ini atau Pak Mail yang banyak membantunya dulu.  Lebih meragukan bila Ris lesap juga. Malah setelah membuat siasatan sendiri, mereka dapat tahu yang Ris tidak pernah wujud. Apa sahaja yang Ris pernah ceritakan keluarganya, tempat tinggal, dirinya, ceritanya semuanya adalah palsu.  

Akhirnya laporan polis dibuat tetapi hingga kini, sunyi-sepi masih tiada berita.  Dan Neal masih mencari Alisya, walaupun sudah hampir 5 bulan. Neal menyalahkan dirinya mem'bawa' Ris pada Alisya. Juga menyalahkan diri kerana melepaskan Alisya. Walaupun dia tidak pernah memberitahu Kenny tentang itu. 

“ Any news?” tanya Kenny.

 Neal geleng kepala. Dia meletakkan surat khabar yang sudah dibacanya itu.

“ Tiada. tapi aku rasa lega, ini bermaksud tiada apa-apa berlaku pada dirinya. .." 

Neal bangun menuju ke dapur. Bungkusan nasi goreng dibuka. Dia menuang air suam ke dalam gelas kosong kemudian duduk menikmati makan tengah harinya.

“ Aku dah check di balai tadi, masih tiada berita.” Neal mengangguk sudah mengagak.
“ Neal, mungkin ke Alisya dah tiada lagi.."
“ Dia masih ada! Dan dia ada di sini, KL ni.. aku dapat rasakan!..kalau kau nak cakap benda-benda yang bukan-bukan , maafkan aku, aku tidak mahu mendengarnya ..” balas Neal sedikit marah. 
“ Maaf, aku tak bermaksud menyinggungkan perasaan kau..cuma kekadang kita kena fikir realistik tentang situasi ini.. “
" Realistik? Haha! Kerana realistik aku lepaskan Alisya, dan..."  Neal tidak menghabiskan kata-katanya. Wajahnya muram walaupun cuba disembunyikan dari Kenny.

" Neal, semua ini bukan salah kau.. remember that."

“Kenny,ada benda yang aku nak beritahu dia, ada banyak perkara ingin aku lakukan dengannya. Aku ingin jadi sumber kegembiraanya  , aku ingin berada di sisinya, mencintainya,, melindunginya, memilikinya..  Jadi, samada aku akan bertemu dia lagi atau tidak, aku takkan sekali-kali berhenti mengharap dan meninggalkannya lagi... Aku..bukan lagi Neal yang dulu. Aku lebih baik dari dulu."


Kenny diam. Melihat mata Neal yang serius memandang dirinya,  dia tahu Neal takkan sekali-kali mengalah. Neal sudah tahu apa yang hati dan dirinya mahukan.  Jadi kalau Neal mahu mengikut membabi buta akan rasa hatinya, dia juga akan melakukan benda yang sama. Hatinya ingin memastikan Neal mencapai apa yang dia mahukan dan  yang paling penting dia tidak mahu lagi  hanya melihat seperti dulu, kali ini dia akan libatkan diri walaupun dia tidak akan tahu apa pengakhirannya nanti.  

" We will find her." kata Kenny yakin. Neal senyum. 

Bunyi loceng rumah menganggu kesunyian mereka. Kenny bangkit membuka pintu seolah-olah sememangnya menunggukan tetamu itu,  mempelawa tetamu itu masuk ke rumah. Seorang perempuan berambut pendek paras leher yang dipotong serong, melangkah masuk. Wajahnya matang dengan solekan yang dipakai secara nipis namun masih memperlihatkan kejelitaannya. Tampil dengan memakai baju kemeja kelabu potongan kembang beserta seluar slack hitam jelas menunjukkan yang dia singgah ke sini dari pejabatnya. Perempuan itu menghampiri Neal. 

“ Assalamualaikum Neal.. ”

Neal terkejut.

“ Lama tak jumpa awak Alisa.. “ balas Neal. 


~~~~

Langit hari ini sangat indah. Awannya berkepul-kepul seperti kepulan gula-gula kapas yang berarak perlahan bila hembusan angin bertiup. Air di tasik juga berkocak lembut mengikut arah angin. Cuaca yang dikatakan indah untuk pasangan bercinta keluar berjalan-jalan di taman. Hari istimewa untuk si dia yang istimewa.  Dan dikalangan pasangan itu, mereka berdua berjalan beriringan sekilas seperti dua sahabat yang sudah lama tidak berjumpa kemudian berbicara tentang kisah dulu. Bezanya mereka dahulu merupakan pasangan itu.  Alisa berhenti di depan bangku yang berhadapan tasik. Duduk. 

“ Dulu kita sering ke sini kan?  “
" Ya." 
" Dan setiap kali kita datang , kita akan naik boat kayuh di sini... "

"  Saya tak faham apa yang membuatkan awak suka naik boat di sini. Awak selalunya cuma duduk di tepi sambil makan aiskrim. Saya yang letih mengayuhnya tau.. .tapi saya rasa salah satu sebab muscle saya naik dan badan maintain sebab inilah.. thanks awak.." usik Neal. 

 Mereka berdua ketawa.

“ Awak betul-betul sudah berubah..Awak bergurau dan ketawa,  “ 

Neal senyum sahaja menerima. Dia tahu,memang dia dah berubah, kepada yang lebih baik. Dan menyedari yang sebelum ini, selama dia bersama Alisa, dia tidak pernah bergurau dan ketawa seperti ini dengannya.  Dia cuma ingin menjadi teman lelaki perfect untuk Alisa, tanpa memikirkan perasaanya dan akhirnya melukakan perasaan Alisa. 

“ Alangkah baiknya kalau saya yang mengembalikan senyuman dan gelak tawa awak itu..   Memerhatikan awak yang selalu tenggelam di pandangan yang jauh, itu sahaja yang saya mampu laku kan dulu..  ” 

Neal perasan wajah Alisa berubah sayu. Dirinya dulu, yang menyembunyikan perasaan sebenarnya  banyak melukakan hati mereka yang meyayanginya - Alisa, Kenny,  Sebab itu dia tidak akan lagi membelakangi perasaannya lagi. Dia ingin menjadi dirinya yang sebenar. 

“ Maafkan saya..”
“Haishh..  Saya baru taknak tunjuk muka sedih saya pada awak hari ni. Saya nak tunjukkan yang saya  happy sekarang  tanpa awak.. Saya dah move on, melupakan awak..”
 “ Tapi awak tidak...” potong Neal, tahu Alisa masih mengharap. 
“ Walaupunbegitu, saya gembira sebab awak sudah mula memandang saya, memerhatikan saya,  sebab itu saya tak dapat sembunyikan reaksi wajah saya saat ini kan?” 
“ Alisa.. “

“ Saya tahu tentang Alisya.. masih tiada berita tentangnya lagi? “ sengaja Alisa tukar topik.
“ Ya  tapi saya dan Kenny masih mencarinya..kami belum putus asa lagi.”
“ Mungkin saya boleh membantu?.. “
“ Alisa, saya tahu apa yang awak cuba lakukan.. terima kasih.. tapi..”
“ Kenapa? Awak nak menjauhi saya? “
“ sebab ia lebih baik dari awak mendekati saya dan terluka.. ”
“ Saya takkan terluka...”
“ Selagi awak belum bermula, awak takkan terluka. "

Jauh di hatinya, Alisa tahu kata-kata Neal itu benar. Tapi, dia begitu rindukan Neal selama ini, walaupun dia tahu Neal mencintai orang lain. Walaupun dia tahu dia tak mungkin memiliki Neal, tapi.. 

"Ingat kata-kata awak sebelum ini?”
 Alisya tersentak. 
“ Tak!”


Alisa bangun untuk beredar, tidak mahu mendengarnya, kerana sekiranya dia mendengarnya, dia akan mendapat sebuah kepastian. Dan bila itu berlaku, dia tidak mampu untuk mengharap lagi..
Neal menghalangnya. 

(bila hati awak sudah tidak keliru lagi)
“ Alisya, hati saya tidak lagi keliru.."

 Bila awak mempunyai jawapan untuk saya

“ Saya mencintai Alisya selama ini,  dan dari dulu lagi , saya miliknya..”


Saya ..saya akan tunggu awak hingga tiba hari itu..

“ awak berhentilah menunggu saya..”


Alisa diam tiada balasan. Mereka hanya kaku berdiri di tempat masing-masing.  

“ Sebenarnya , saya sudah mengagak penamatan ini..” balas Alisa begitu tenang. Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Neal. 

“Saya sudah bersiap sedia.." Bibirnya mengukir senyum.

Neal merenung wajah Alisa yang bergelinangan dengan air mata. Dalam senyum yang cuba mengumpul ketabahannya itu, air mata itu tetap  deras mengalir.  Neal ingin memujuk Alisa, ingin menghentikan tangisan itu.. namun melihat betapa Alisa berusaha mengawal tangisnya disebalik senyumannya, Neal tahu, perbuatannya itu hanya akan menyukarkan Alisa untuk melupakannya..

““ I’ll be Ok...” janji Alisa

Neal menyambut huluran tangan Alisa.

“ Terima kasih.” kata Neal. 

Berbanding perpisahan yang dahulu,   bila mendengar perkataan 'terima kasih menjadi penamatnya berbanding dari perkataan 'maaf' , ia tidak lagi melukakan hatinya.  Alisa senyum . Kali ini dia betul-betul rasa dapat melepaskan Neal. Melepaskan cinta ini dan memorinya bersama Neal.











' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'