Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 21 Januari 2014

LRT 2




“Mak! Pergi dulu.”Hazira bergegas keluar. Hari ini dia terlewat bangun dan kelam kabut dia menyiapkan dirinya. Dia tidak mahu ketinggalan LRT.

Jam 7.00, lrt sampai di stesennya.

“ 1,2,3,4,5...” bilangnya dan terus melangkah masuk ke gerabak 5.  Seperti biasa, gerabak ini penuh dengan manusia yang berpusu dengan tujuan masing-masing.  Tapi Hazira tidak peduli,matanya meninjau-ninjau ke arah satu sudut tempat duduk. Tekaannya betul, budak lelaki itu sedang duduk di situ sambil mendengar lagu dari headphone di telinga. Setiap hari, budak lelaki itu sentiasa dapat spot tempat duduk itu, tidak pernah miss, mungkin  sebab dia naik dari stesen paling awal kerana itu tidak perlu bersusah payah berebut dengan orang ramai.

“ Agaknya apa yang dia dengar hari-hari yer hmmm.... “ fikir Hazira sendirian. Hazira memperhatikan jemari budak lelaki itu yang sentiasa bergerak-gerak seolah-olah ada piano di depannya. Kemudian Hazira menggerakkan jarinya pula.

“ Macam main piano pula,? Emm.. lagu apa?” Hazira terus memerhati. Seperti hari-hari yang lain.

Entah kenapa,  sejak kali pertama dia melihat lelaki itu, dia betul betul tertarik dengannya.Mula-mula dia hanya melihat, kemudian dia mula ingin tahu apa yang buatkan lelaki itu begitu asyik , kemudian lama kelamaan ia menjadi kebiasaan dan rutin setiap kali ke sekolah. Ia menceriakan perjalanannya ke sekolah. Seolah-olah budak lelaki ini menemaninya ke sekolah.

Hazira memperhatikan pakaian sekolah budak lelaki itu. Budak lelaki itu sentiasa memakai baju sejuk berwarna biru tua dan disebabkan itu, dia tidak dapat melihat lencana di bajunya. Tidak tahu di mana di belajar? tahun ke berapa? nama siapa? tinggal di mana? Dan bila budak lelaki itu Selalu diam memejam mata, mendengar lagunya sepanjang perjalanan, dia kelihatan seperti sombong dan tidak mahu di ganggu. Tapi, bila ada wanita mengandung atau orang tua yang lebih memerlukan tempat duduk, dialah yang terawal mengofferkan tempat duduknya. Entah bila dia menyedari kehadiran mereka. Uniknya..

Pernah Hazira melihat dia tersenyum dan ketawa. Senyumannya begitu manis. Kanak-kanak yang dipujuknya dari tangisan bergelak tawak seolah-olah dialah putera berkuda mereka. Bila dia tersenyum, mereka yang disisinya turut tersenyum. Dan Hazira juga tersenyum sendirian.

Misterinya budak lelaki itu. Dia diam egois, namun sebenarnya seorang yang baik hati. Dia nampak ingin bersendirian sebaliknya begitu mesra. Merasakan itu, Hazira semakin tertarik padanya. Tidak jemu memerhatikannya dia. Sentiasa ingin memerhatikannya lagi dan lagi.. Jadi, Hazira tidak kisah siapa dia, cukuplah hanya dengan memerhatikannya di sini, Hazira rasa cukup gembira.Hazira senyum sendirian.

“ Ah!” cepat-cepat Hazira menyembunyikan dirinya di belakang seorang lelaki di depannya. Dia betul-betul terkejut bila tiba-tiba budak lelaki itu memandangnya. Hazira yakin mata mereka bertembung terang-terangan.

“ Dia nampak ke aku perhatikannya? Takkan lah.. orang ramai kan, takkan dia perasan.”  Pujuk hati Hazira. 7 saat, 10 saat, satu minit, dengan keberanian yang ada Hazira perlahan-lahan meninjau ke arah budak lelaki itu. Tempatnya sudah kosong. Ehh?

“ Stesen Angkasa ” ulang-ulang pembesar suara berkumandang. LRT berhenti, seperti biasa berpusu-pusu mereka yang sudah sampai ke destinasi beredar. Ruang gerabak semakin kurang padat. Kesempatan ini Hazira gunakan untuk mendekati tempat duduk lelaki itu yang kini sudah kosong. Hazira memandang sekeliling kot-kot budak lelaki itu bertukar tempat di tempat berdekatan.

“ Takde.. dah turun ke?” Hazira memandang ke luar tingkap. Hazira tergamam. Betul-betul menghadapnya, budak lelaki itu sedang memandang dari luar tingkap. Mata mereka bertembung. Dengan wajah yang tenang, perlahan-lahan budak lelaki itu menanggalkan headphonenya, matanya redup menatap Hazira..

LRT bergerak meninggalkan stesen.

previous

next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'