“ Mak! Pergi dulu.” Kata Hazira salam dan mencium tangan
kanan ibunya. Kemudian, dengan tergesa-gesa dia menyarung kasut sekolah ke
kaki.
“ Hati-hati yer.” Pesan ibunya sebelum dia keluar dari rumah
teres yang berada di lot paling akhir. Hazira hanya mengangguk kemudian terus
berjalan dengan pantas ke stesen lrt yang terletak lebih kurang 1 km dari
rumahnya. Hari ini adalah hari pertama dan kali pertama dia menaiki lrt ke
sekolah. Sebelum ini ayahnya selalu menghantar dan menjemput balik dari
sekolah, tetapi baru-baru ini ayahnya terlibat dalam kemalangan, mengalami
patah kaki dan sejak awal tahun tidak mampu bergerak. Doktor kata balutan kakinya akan dibuka 7-8
bulan lagi, ini bermaksud pada awal tahun pembukaan sekolah dia terpaksa pergi
ke sekolah sendiri.
Mulanya dia agak kekok dan takut untuk pergi sendiri, tiada
rakan sekolah yang tinggal berdekatan jadi dia tiada teman untuk menemani. Namun Hazira tekadkan hati yang dia boleh!Dia kini berada di tingkatan 5 dan merupakan tahun
akhir di sek. Menengah Seri Kemboja. Dia
sudah cukup dewasa untuk melakukan segalanya sendiri. Bukan lagi anak manja
ayah dan ibu.
Sambil memandang landasan yang kosong dan dari jauh melihat
lrt yang semakin menghampiri, Hazira menelan rasa takut dan debar di dada.
Sekejap lagi dia akan bersesak-sesak dengan ramai orang. Hazira memeluk tangannya berharap dia dapat melalui
hari ini dengan selamat dan tenang.
Lrt sampai dan sebaik sahaja pintunya terbuka, berpusu-pusu
mereka yang bekerja masuk ke dalam. Sekelip mata sahaja lrt menjadi penuh dan
Hazira bernasib baik karena dapat tempat duduk.
“ Lucky..” bisiknya sambil tersenyum. Dia duduk dengan
tenang. Beg sekolah di letak di atas peha. Dia memandang ke gerombolan manusia
yang berdiri di depannya. Sesaknya. Macam
macam bau, perfume yang bercampur aduk dengan bau peluh..haishh...
camne lah dia nak menghadapi hari-hari camni, pasti bila sampai sekolah nanti
baju kedut-kedut.. rambut kusut masai haha..’ fikirnya sendirian. Lrt bergerak dengan pantas dan dia yang sedang duduk
sesekali terhuyung hayang mengikut gerakan lrt.
“ Takpelah tahun akhir sebagai pelajar.. memang awal tahun
susah sikit, tapi no need to feel down. Every thing will be ok. Aku akan
pastikan tahun ni dipenuhi dengan memori-memori ceria form five yang the best.
Think positif. Tahun last ni.. hari lain takkan teruk camnie, ia hanya
sementara jer. Just face it..”
Hazira memejamkan matanya, berdoa diam-diam di hatinya.
Sememangnya perbuatan ini dilakukannya tiap-tiap tahun sebagai pembuka semester
pertama untuknya. Untuk tahun ini juga,
dia berdoa dan mengharap yang tahun ini akan menjadi tahun bertuah dan bermakna
baginya. Walaupun sebelum doanya tidak pernah termakbul , ah dia taknak ingat
tahun-tahun sebelum ini banyak benda malang berlaku, tapi kali ini dia adalah
senior di sekolahnya, walaupun dia tidak punya banyak teman tetapi ada dua
tiga teman yang boleh diharap. Jadi tahun ini dia berharap dan yakin segalanya
akan berjalan seperti yang diharapnya. Dia akan mengingati tahun akhir ini
sebagai pelajar, pasti!
“ Please... make my wish come true.. amin..”
Lrt berhenti sekejap dan mereka yang mahu ke destinasi ini
bergerak keluar. Hazira membuka mata nya dan depannya mereka yang berkumpul
berdiri sedang bergerak perlahan-perlahan, dan semakin jelas, mata nya kini terpaku
melihat seorang budak lelaki sebayanya yang sedang duduk berhadapan nya.
Masa seakan terhenti. Sekelilingnya seakan bergerak begitu
perlahan .Budak lelaki itu sedang asyik mendengar lagu dari headphone di
telinganya. Matanya terpejam rapat dan wajahnya tenang menghayati lagunya. Jari-jemari nya rancak bergerak-gerak seolah-olah mengikut rentak
lagu yang di dengar. Sesekali dia
mengetepikan rambutnya yang jatuh di dahi, namun kekusyukkannya yang ditelan
melodi dari muziknya langsung tidak terganggu. Seolah-olah hanya dia seorang di
gerabak ini.
.
Hazira terpukau.. dengan degupan jantung yang kuat dan pipi
yang terasa merah, matanya terus menatap lelaki itu..