Hazira mengemas buku-bukunya masuk ke dalam beg sekolah. Jam menunjukkan pukul 4 petang.
“ Hazira! kali ni kalau kau jumpe dia, kau mesti cakap dengan dia tau..!?” tegur Atira, rakan sekelasnya. Hanya Atira seorang mengetahui pasal kisah budak lelaki lrt itu.
“ Shh..”
“ Kau ni, dah berapa bulan kau asyik perhatikan dia.. sampai
bile nak jadi stalker..” cepat-cepat mulut Atira ditutupnya.Ditariknya keluar
kelas.
“ Shh.. bukan stalker lah! Nasib aku je selalu sekali dengan
dia. Aku tak berminat nak tahu mana dia tinggal, or mana dia sekolah or follow die ke apa, so aku bukan stalker cam kau cakap tu.. ishh.. Cuma jumpa di lrt je
satu gerabak, tak lebih pun.” bebel Hazira.
“ Okey..okey, aku gurau jer lah! hehehe.. tapi kau suka kat dia kan?bila kau nak
beritahu dia? ”Hazira diam.
“ .. ah, untungnya kalau rumah aku pun ada stesen lrt di
situ, boleh aku tengok sape dia,
betul-betul hensem ke dia, kalau hensem aku pun lepas ni nak naik lrt pergi
sekolah selalu...” usik Atira. Hazira gelak. Dia tahu Atira bergurau sebab Atira cuma suka satu budak lelaki popular di sek.men lelaki St.Thomas yang berdekatan dengan sekolah mereka.
“ Dah lah malas nak layan kau. Aku dengan budak laki tu takde
pape. Dia cume teman dalam lrt balik rumah je tak lebih.. aku pun tak harap
apa-apa..” balas Hazira. Habis waktu sekolah, mereka berdua berpisah. Dan seperti biasa
Hazira tidak pernah lepaskan lrt pukul 4.15 minit ni..
“ Takde?” Hazira perhatikan tempat duduk budak lelaki itu yang kosong. Dia
memandang sekeliling. Selalunya budak lelaki itu sudah ada dalam gerabak ini. Kali
ini takde pula? 3 stesen sudah berlalu namun tiada bayang budak lelaki itu
akan naik. Hazira duduk di situ.
“ Pagi tadi ada, hmm.. balik lambat kot ada hal.. “ fikir
Hazira semasa duduk di situ. Ah, takpelah.. takde nasib jumpa die kali ini. Hazira
mengeluarkan buku dari beg sekolahnya. Buku novel yang dipinjamnya dari Atira.
Ada lagi 4 stesen sebelum perhentian nya, jadi ini dapat mengisi keboringan nya.
Memang betul-betul boring bila budak lelaki itu tiada, kalau selalu dia boleh
membaca dengan khusyuk kali ini ngantuk aje dia tengok tulisan itu.
“ STesen Mawarti” beberapa penumpang naik dari stesen ini dan
salah seorang mereka duduk di sebelah Hazira. Kasut putih yang sporty itu
menarik perhatian Hazira . Pantas Hazira menoleh pada orang di sebelahnya. Dia
tergamam. Cepat-cepat dia memandang ke depan, serta-merta badannya kejung, Seluruh anggota badan dia rasa keras. Dia ibarat patung sekarang ini. Mana
tidaknya, budak lelaki itu sedang duduk di sebelahnya.
“ ... dia.. dia ada kat sebelah aku..” Hazira gelabah.
Apa patut dia buat, dia nak berdiri, tapi nanti nampak sangat dia cam sengaja
melarikan diri. Lagipun budak lelaki ini diam je tak perasan dia, jadi dia pun
patut act diam je.. jangan buat apa-apa tindakan yang dapat menarik perhatian
budak lelaki itu.2, 3 minit.. huhuu.
Hazira pura-pura membaca, walhal sebenarnya satu benda pun dia tak nampak sekarang ini.
“ Stesen lepas ni aku akan keluar walaupun bukan
stesen aku.” fikir Hazira. Tetapi hasrat
Hazira terbantut bila tiba-tiba budak lelaki itu memasukkan satu earphone ke
telinganya dan satu lagi, ke telinga kanan Hazira.
Melodi piano yang sangat lembut dan indah berkumandang di deria
pendengaran Hazira. Hazira memandang budak lelaki itu yang bersandar- tenang memejam mata, relaks mendengar lagu itu, seolah-olah tindakannya yang mengejutkan itu bukan apa-apa baginya. Dia langsung tidak pedulikan reaksi Hazira atau pun bercakap dengannya. Pandang pun tidak, terus jer pejam mata relaks and cool seperti biasa.
Pelik, tapi Hazira cuma tersenyum seorang diri, rasa gembira menyelubungi segenap hatinya. Perlahan-lahan Hazira memejam matanya, menghayati muzik itu bersamanya.
Pelik, tapi Hazira cuma tersenyum seorang diri, rasa gembira menyelubungi segenap hatinya. Perlahan-lahan Hazira memejam matanya, menghayati muzik itu bersamanya.