July
“ Untunglah ada boyfriend teman balik rumah.” Usik Atira sambil memerhatikan Hazira mengemas barangnya masuk ke beg sekolah.
“ Dia bukan boyfriend aku lah..” tegas Hazira menzip beg sekolahnya.
“ Habis tu dah hari-hari korang naik satu lrt dan kongsi
earphone sebelah-belah, dengar lagu sama-sama.. Haishh.. romantiknya! aku teringin nak jumpa die.. hari ni aku ikut
kau balik rumah yer? Yer? Boleh yer?.”
“ Suka hatilah.. tapi rumah kau kan tak sama jalan, jauh
skit ler kau nak kene balik nanti.”Atira tarik muncung.Hazira bangun berjalan kepintu keluar namun terhenti bila
namanya dipanggil.
“ Kau lupa list ni!” Hazira berpatah balik.
“ Kali ni, kau mesti cakap dengan dia atleast tanya nama dia
tau. Mesti!” pesan Atira menyerahkan kertas A4 yang dilipat pada Hazira. Hazira
megangguk lemah.
“ Haishhh....” keluh Hazira mengaru kepala yang tidak gatal.
Resah menunggu lrt pukul 4.15petang yang akan datang. Kertas di tangan dibacanya. Di situ
list semua lagu yang didengarnya sepanjang 2 bulan dengan budak lelaki itu.
Semuanya adalah lagu-lagu hitz yang boleh didengar di radio , mudah Hazira cari
dan muat turun ke dalam komputernya lalu ulang-ulang di dengar di rumah. Bezanya kesemua
lagu itu adalah dalam bentuk instrumental piano, budak lelaki itu suka musik begini, semua lagu yang dikongsikan semua dalam bentuk instrumental. Tenang sahaja. Patutlah budak lelaki itu selalu mendengar nya di
dalam lrt yang padat ni. Hazira juga kini dah terminat muzik begini.
LRT sampai dan tanpa buang masa, Hazira masuk dan duduk
di tempat yang sama selama dua bulan ini. Dia membuka buku sejarah spm dan
membacanya, atau lebih berpura-pura membacanya. Sebenarnya hatinya gelisah sebab
untuk kali pertama dia akan memberanikan diri untuk bercakap dengan budak
lelaki itu. Ya, pelik kan.. sepanjang 2 bulan ini, budak lelaki itu tidak
pernah bercakap apa-apa dengannya, malah budak lelaki itu hanya duduk di
sisinya sambil sama-sama berkongsi earphone, mendengar lagu yang sama. Dan dia, tiada keberanian untuk memulakan
bicara dengan budak lelaki itu selain menikmati saat-saat ini.
Mungkin waktu itu, dia rasa semua itu sudah cukup. Dia sudah
cukup gembira diberi peluang untuk menikmati saat ini dengan budak lelaki
misteri itu. Inikah dikatakan admiring? Bezanya, kali ini dia semakin tamak
untuk mengenali nya, sebelum tahun ini berakhir, dia ingin sekali walaupun ia
akan jadi sekali seumur hidup, dia ingin sekali untuk bercakap dengan budak lelaki ini. Cukuplah
kiranya kalau dia hanya mengetahui namanya!
Tren berhenti di stesen itu dan seperti dijangkanya budak
lelaki itu muncul dan duduk di sisinya. Earphone di telinga kirinya dicabut dan
disumbat lembut ke telinga kanan Hazira . Dia bersandar di bangku dan seperti
biasa memejam matanya, dan mendengar lagu itu, khusyuk.
Hazira keras membatu. Dia tak tahu nak mula dari mana.
Melodi muzik yang didengarnya ini walaupun sepatutnya menenangkan, dia rasa
bertambah-tambah tak keruan. Tangannya terasa berpeluh di dalam aircond.
Jantungnya berdebar-debar kencang.Muzik bertukar dan bertukar lagi. Sudah 3 lagu, bermaksud
sudah 12 minit, dia masih belum bertindak untuk memulakan apa-apa, dan dia sudah terlepas stesennya. Ini bermaksud tak lama lagi, stesen budak lelaki ini akan tiba.. cuma Hazira tidak tahu yang mana satu. Ada lagi 3 lagi stesen sebelum stesen terakhir jadi untuk elak dari tak sempat buat apa-apa, dia kena cakap kali
ini! Sekarang ini! Hazira, boleh! Kau boleh! Motivasi dirinya..setelah mengumpul segala
keberaniannya..Hazira memandang budak lelaki di sebelahnya.
“ Err..err...”
"Station Angsari"
LRT berhenti. Budak lelaki itu membuka matanya dan mencabut
earphone di telinga kanannya. Dia bangun, meletakkan mp3 di tempat duduknya
yang sudah kosong. Terkebil-kebil Hazira dan belum sempat dia memanggil budak
lelaki itu, untuk memberitahu yang budak lelaki itu tertinggal mp3 nya, budak
lelaki itu sudah jauh hilang ditenggelami orang ramai yang berpusu-pusu keluar.