Sept
Hazira merenung mp3 sony warna merah yang sudah sebulan disimpannya
di dalam beg sekolah.. Selama itulah juga Hazira tidak lagi melihat kelibat
budak lelaki itu. Dia pernah naik lrt satu hari satu malam tanpa turun dengan harapan dapat berjumpa budak lelaki
itu, tetapi gagal. Seolah-olah budak lelaki itu lesap tanpa sebarang berita.
Dia sudah mengagak, yang semua ni akan berakhir tak lama lagi.. Tak mungkinlah sampai hujung tahun dia akan bertemu budak lelaki itu di situ selalu. Tambahan lagi, mereka bukan ada apa-apa hubungan. Bercakap pun tak pernah. Namun, walaupun dia redha menerimanya. Kemudian,
dia mula rasa...
“Zira, jom teman aku masuk rumah hantu kelas tingkatan 5c”
“ Er,,”Tangan Hazira ditarik dan secara paksa rela.
“ Kau kena enjoy dua hari minggu Kebudayaan sekolah kita ni..
jangan monyok jerk at kelas” pujuk Atira mengetahui apa yang merunsingkan Hazira. Hazira diam mengikut.
“Lagipun bukan kau
sorang jer yang sedang berduka cita ..”
“ Huh?”
“ HH dapat tawaran ke U..” kata Atira perlahan.
" HH??”
“ Hyzal Hakimi.. pelajar famous sek.men lelaki St.Thomas sebelah kita
ni.. “ marah Atira.. . Wajarlah dia sedikit marah, tiap-tiap hari dia cakap
pasal HH itu pada Hazira. Wajahnya tiba-tiba muram.
Baru Hazira teringat, sepanjang minggu ni, budak perempuan dalam kelas dia semua tidak bersemangat, muka sedih jer.. ada tu yang sembam-sembam sebab nangis. Hazira baru teringat yang Atira pernah cakap pasal budak lelaki tu..
HH @ Hyzal Hakimi dia tidak pernah nampak HH, Tapi dari apa yang didengarnya, HH ni bijak, top student di sekolah St. Thomas. Bukan itu sahaja, dia juga aktif dalam sukan, sering menang di peringkat kebangsaan. Tambah lagi dia anak pakar bedah yang terkenal beserta dengan wajah yang kacak. Serba serbi lengkap pakej dan sebabkan itu hampir semua budak perempuan di sekolah di bandar ni mengidolai budak lelaki itu, siap ada fan club lagi. Atira join club tu juga, tapi tidak Hazira. Sebab dia tidak berminat dengan aktiviti fan fan girling ni,..

Tambahan pula ...dia cuma tertarik dengan seorang budak lelaki ini. Pertemuan di LRT itu. Budak lelaki yang menarik perhatiannya sejak kali pertama dia melihatnya. Budak lelaki itu yang misteri, yang kehadirannya sahaja cukup menggembirakan. Walaupun tanpa berbuat apa-apa, Hazira rasa lengkap memerhatikannya..Dan kini bila kehilangannya...
Hazira berhenti berjalan. Dia rasa betul-betul tidak bersemangat. Awalnya, dia anggap dirinya cuma kesunyian dan rasa janggal sebab sekarang naik lrt seorang diri, tanpa
ditemani budak lelaki itu lagi.. Tapi, hatinya dan harinya terasa suram dan semakin kosong.. Memikirkan yang
ini cuma sebab dia dah ter'biasa' bersama dengan budak lelaki itu dan yakin semuanya akan kembali normal nanti, tapi tidak.. dia semakin rindu..
setiap hari memegang mp3 itu.. memikirkannya..