Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 21 Januari 2014

LRT 3




May 

Dengan hati-hati, Hazira mendongak memandang budak lelaki yang duduk menghadapnya. Seperti biasa dia sedang leka mendengar muzik sambil memejam mata dan memeluk tubuhnya. Hazira melihat bayangan dirinya dan tersenyum membayangkan dirinya sedang duduk di sebelah budak lelaki itu.

 Hari ini seperti selalu, waktu ini, masa ini.. mereka berdua akan berada di gerabak ini, saling duduk mengadap antara satu sama lain.

Hazira perhatikan budak lelaki itu yang tidak pasti sedang tidur atau hanya memejamkan mata. Tiada gerakan di jemarinya, mungkin muzik kali ini tidak rancak atau menarik perhatiannaya. Ah, mungkin dia dengar bicara radio dan sekarang ini radio sedang penuh dengan bual bicara.

Sudah 5 bulan mereka sentiasa bertemu di gerabak ini. Mulanya Hazira ingatkan dia tidak akan berjumpa lagi budak lelaki ini memandangkan dia ada kelas tambahan setiap petang, tapi nasib menyebelahinya kerana budak lelaki ini juga balik waktu yang sama dengannya. Sebelum ini dia cuma  pergi sekolah pagi dengannya tak sangka kini, balik petang pun dapat berjumpa dengannya. Malah bila waktu petang begini, gerabak ini tidak ramai orang dan memberi peluang untuk Hazira mendapat tempat duduk yang menghadapnya. Lucky..

Budak lelaki itu tiba-tiba bergerak dan cepat-cepat Hazira berpura-pura membaca buku yang diletak di riba. Selepas beberapa ketika, dia mendongak dan lihat budak lelaki itu sedang diam memejam mata.  Earphone hijau di telinga masih lekat. Hazira perasan seminggu lepas, budak lelaki ini tidak lagi memakai headphone besarnya sebaliknya bertukar pada earphone bertali halus ini.

"Stesen Jaya"  Hazira turun dari gerabak, waktu petang selalunya dia yang akan sampai di stesennya dahulu manakala budak lelaki itu pada waktu pagi, akan sampai di stesennya sebelum Hazira.

“bye.. bye..” lambai Hazira pada gerabak yang berlalu pergi.


previous
next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'