Alisya pelik bila kereta yang Ris pandu begitu laju dan jauh menyimpang dari laluan mereka yang sebenar. Dan lebih mengejutkan bila Ris ketawa terkekeh-kekeh gembira sebaik sahaja kereta mereka keluar dari kampung. Dia memandang Ris yang ketawa seperti dirasuk.
Wajah Ris jauh berbeza dari awal perkenalan mereka. Ia serius dan garang. Senyuman yang sebelum ini begitu menenangkan berubah menjadi sengihan yang penuh muslihat. Sekelip mata Ris seolah-olah menjadi orang lain.
“ Kita Berjaya! Hahahaha!! Kita Berjaya! “
Alisya pelik. Tidak tahu memberi response apa, tidak
mengerti apa sebenarnya yang Ris cakapkan ini.
“ Semua ni betul-betul bijak! Kemalangan, hilang ingatan, ..
you are genius Arsya!! ”
“ Apa awak cakap ini Ris? “
“ Come on! Dah takde sesiapa dah kat sini.. you boleh
berhenti berlakon Arsya.. And that Neal, He is so ...stupid! That face OMG,
sengsara nya hahaha, dia gile-gile akan heart broken lepas ni, or should we make
him goes crazy? Hihihi.. Who knows.. we
will see that right?.. "
“ Ris? Apa ni... apa maksud awak ? Apa kena mengena Neal
ngan awak?” tanya Alisya cemas bila mendengar Ris bercakap begitu tentang Neal.
Apa yang Ris nak buat pada Neal?
“ Arsya!! Stop being Alisya.. plan kita dah success dah. “
“Saya bukan Arsya,apa awak cakap ni Ris?!”
Kereta diberhentikan tiba-tiba di tepi jalan.
Hampir-hampir terbabas. Ris memandang Alisya, marah.
“ Apa kau cakap ni.. KAU LAH ARSYA! Bukankah ni semua plan
kau dari awal? Mendekati Neal, mengembalikan perasaan Neal, mempermainkan dia,
mendekatinya sebagai ALISYA. THIS is all part of your GAME ARSYA...”
“ Saya bukan Arsya, kenapa dengan awak ni RIS??”
Rasa takut semakin
melonjak di dalam perasaannya, melihat Ris yang pelik dan kata-kata Ris yang
kasar itu. Alisya memegang pintu kereta, cuba hendak keluar.
“ Stop it Arsya! Alisya dah mati!!, YOU killed her,
remember? “ Ris memegang lengan Alisya, menahan Alisya dari keluar. Wajah Ris
serius,seolah-olah memberitahu nya akan sebuah kebenaran.
“ A..a..apa awak cakap ni. Saya masih hidup..” kata Alisya
merentap tangannya dari pegangan Ris.
Serta merta imej sepasang tangan penuh
darah muncul di matanya. Tangan itu mengigil namun berlumuran darah. Dan tangan
itu, tangannya..Alisya keliru.. kemudian imej-imej lain muncul,
sekejap-kejap.. dia melihat dirinya , kemudian melihat dirinya yang sedang
berdiri di sisi tubuh kaku. Sebuah pisau yang berlumuran darah turut berada di
sisi mayat itu. Dia menyelak tubuh itu dan melihat dirinya. Kaku.. Mati
Dia tidak faham, apa maksud semua ini? Kenapa imej ini muncul dalam fikirannya? Kesempatan ini Ris gunakan dan menghentak kuat
kepala Alisya hingga pengsan. Darah merah perlahan-lahan mengalir dari luka di
kepala Alisya akibat tindakannya. Ris tidak rasa bersalah. Dia sengih.
“ Fuck you Arsya”
Ris menghidupkan enjin kereta, menyambung perjalanan yang
terhenti.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alisya terjaga dalam bilik yang gelap dan kusam.Bilik ini kosong dan usang, dindingnya berkulat , lantainya berdebu. Tiada tingkap hanya dinding.. Tangannya pula diikat pada kaki katil besi dengan dirinya duduk di lantai simen yang sejuk. Terdapat luka kering di pergelangan tangannya dek kesan tali yang diikat ketat. Dia tidak ingat sudah berapa lama dia dikurung di sini. Masa tidak dapat dihintungnya kerana dirinya hanya ditemani kegelapan sejak hadir di sini.
Dengan pandangan yang berpinar-pinar, Alisya memandang satu-satunya pintu keluar
dan masuk bilik ini. Terdapat sedikit cahaya dari celahan pintu. Dia menelan
air liur yang begitu kesat. Sudah beberapa hari dia tidak diberikan minuman dan
makanan. Tubuhnya begitu lemah dan ditambah dengan kesejukan cuma duduk di
simen, dia begitu pucat tidak berdaya.
Alisya senyum kelat. Ironinya, dia tidak sedikitpun rasa
takut. Kerana ini semua sudah diperlakukan sejak kecil oleh Arsya. Malah lebih
teruk lagi. Ini semua tidak apa-apa nak dibandingkan dengan apa yang Arsya
pernah lakukan padanya.
Ris masuk ke bilik membawa segelas air kosong. Dia mendekati
Alisya, kemudian menuangkan air pada bibir kering Alisya. Alisya meneguk dengan
penuh dahaga. Setelah habis, Alisya memandang Ris yang memerhatikannya dengan
pandangan yang serius.
“ Arsya, ini game ke? Aku taknak main lagi.. Cukuplah, aku
taknak cederakan kau..” entah kenapa Ris tiba-tiba bercakap begitu lembut padanya. Jernih mata Ris berkocak seolah-olah dia memang bermaksud sebegitu.
“ Saya bukan Arsya.. Ris ..awak dah keliru. “
Penolakan itu buatkan Ris naik marah. Dia mencampak gelas kosong yang
dipegangnya ke sisi Alisya. Cebisan kaca berderai kena pada Alisya yang tidak dapat mengelak. Akibatnya pipi
kanannya tergores luka.
“Mana boleh aku keliru! Semua ini a part of the game, YOUR
game, hihihiihih..”kata-kata Ris seperti orang gila, tindakannya juga sekejap
tenang sekejap keliru.
“ Ris, saya adalah Alisya.. “
“ Kau cuba uji aku kan Arsya? Cuba lihat samada aku akan
tertipu dengan helah kau sama seperti si Neal tu? ”
Ris mendekati alisya, dia membelai pipi Alisya yang
berdarah. Di kesatnya darah merah itu dengan sinar mata yang galak seolah-olah
seronok melihat warna itu.
“Tapi aku BUKAN NEAL. AKU lagi BAGUS dari dia! BERGANDA-GANDA
LAGI baik, lagi bijak dan sempurna untuk kau, Arsya..... “
“ Ris, Tolong lepaskan saya! Saya merayu pada awak... saya
bukan Arsya, percayalah! Saya tak kenal awak pun.. saya tak faham apa yang awak
cakap kan.. tolong, ris..saya tahu awak bukan orang begini.. awak berbeza, ris
awak seorang yang baik.. “
Alisya mengharapkan Ris yang dikenalinya
kembali. Dia tidak faham kenapa Ris mengaitkan dirinya dengan Arsya..Ris diam seolah-olah berfikir. Dia merenung Alisya.
“ Kau Arsya!Aku takkan silap.. ” tegas Ris.
Ris menanggalkan ikatan Alisya dan memaksa Alisya duduk di
katil. Kemudian dia menanggalkan satu persatu butang kemejanya sehingga
mendedahkan dadanya. Alisya terkejut! Dada Ris penuh dengan parut-parut lama,
kesan bakar yang teruk pada putingnya, namun yang paling mengejutkan Alisya bila
melihat satu parut besar yang sepanjang 30cm di dadanya. Seolah-olah kesan dari
pembedahan satu ketika dulu.. dan bila melihatnya di sebalik rasa terkejut, Alisya seakan pernah melihatnya sebelum ini. Ris menarik tangan Alisya dan meletakkannya perlahan-lahan
di parut besar itu.
“ Patung ini merindui
tuannya....” kata Ris lembut
Serta merata tangan Alisya mengigil-gigil,seolah-olah
teringatkan sesuatu, pantas Alisya menarik
tangannya dari Ris. Kemudian kaku memeluk diri sendiri.