Kenny yang asyik membelek kamera
dlsr yang terbaru membisu.Dia masih berkira-kira hendak membelinya atau tidak.
“ Masih ambil berat tentang Neal? Kau tahu kan dia hanya
sukakan Alisya.”
“ Tahu, salah ke kalau aku mengambil berat sebagai seorang
sahabat? Lagipun aku tahu yang Neal dah berhenti kerja sejak 3 bulan lepaskan?”
“ Dia nak fokus cari Alisya.”
“ Dan kau biarkan saja?”
Kenny keluar dari kedai Nikon terus menuju ke beranda, duduk
bersantai memandang ke bawah. Melihat
manusia-manusia yang semakin padat bertandang ke pusat membeli belah ini.
Semakin petang, semakin ramai orang sampaikan nak keluar dari parking pun
beratur panjang. Kehidupan masyarakat Kuala lumpur.
“ Sebab inikah ke kau ajak aku keluar ?”
“ Tak, kau juga kawan aku. Apa khabar dengan kau? Wajah kau
tertulis seribu permasalahan.. ”
Kenny
ketawa kecil. Kelakar pula mendengarnya. Sedangkan dia cuba menyembunyikannya, sekejap sahaja Alisa dapat membongkarkan segalanya. Hanya dengan melihat
wajahnya. Bukti sebuah persahabatan yang sudah terjalin lama semenjak mereka di bangku sekolah lagi. Mungkin Neal juga menyedari juga.
“ Well, sebabkan kita sudah berkawan lama jadi aku tak
dapat sembunyikan dari kau. Agaknya Neal juga tahu..” balas Kenny.
“ Sebenarnya aku bimbang.. jika pencarian ini tidak
berakhir, apa seterusnya? Setahun? Dua tahun? Sampai bila Neal nak menghabiskan hidupnya
mencari Alisya? Jauh di fikiran aku menyatakan ini semua sia-sia, tetapi aku
tidak dapat menarik Neal keluar dari kegilaan ini, yang aku mampu hanya
membantunya, menyokongnya , memberikan dia harapan.. ”
Kenny membuka cerita yang dipendam selama ini.
“ Alisa,adakah keputusan aku membiarkan dia mengikut
perasaannya itu adalah satu kesilapan? Sebabkan aku mahukan dia gembira,
ketawa, menjadi dirinya sebenar, aku biarkan cinta yang terkubur berputik,
perasaan yang hilang kembali dan membawa
bersama keperitan? Adakah aku terlalu mementingkan diri sendiri?”
Alisa memandang ke arah lampu hiasan yang digantung di lobi
sempena tahun baru. Cahayanya betul-betul meriah dengan warna yang pelbagai. Di
bawah terdapat beberapa remaja gembira bergambar bersama pokok krismas dan
hiasan lain di ruang lobi.
“ Aku tiada jawapan untuk itu kerana aku juga ingin melihat
seperti apa yang kau ingin lihat. Aku ingin melihat Neal menjadi dirinya
sendiri, tidak lagi hidup dalam kepura-puraan walaupun itu bermaksud aku
terpaksa melihat penderitaan juga. Jadi aku juga mementingkan diri sendiri
bukan?"
Mereka berdua senyap.
“ Tapi yang pastinya, mereka pernah
berpisah, bertemu kemudian berpisah, tak mustahil mereka akan bertemu lagi.
Kita kena percaya pada jodoh dan takdir cinta mereka. Sebab itu kita juga tidak patut putus asa . Jadi Kenny,
whatever you do right now just do it. It is not wrong and it’s not right too..
It just what you do as Neal’s friend. And that is enough. ”
kata-kata Alisa itu melegakan
rasa kebimbangan yang terkunci di hati dan fikiran Kenny selama ini.
“ Thanks..”
Mereka berdua berjalan mengambil elevator turun ke bawah.
Memandangkan hari semakin lewat petang, Kenny pun taknak bersesak-sesak bila
balik nanti, mereka berdua mengakhiri pertemuan mereka.Sebaik sampai di tingkat
bawah untuk ke pintu keluar utama, keadaan penuh dengan orang ramai.
Berhati-hati mereka menyelit sehingga akhirnya sampai ke pintu utama.
Di situ,
seorang wanita berambut kerinting panjang sehingga ke paras dadanya lalu
betul-betul di sebelah Kenny. Gaya rambut
itu membuatkan wajah bujur sireh itu begitu kecil seakan anak patung
ditambah dengan bibirnya yang dihias gincu merah sepekat darah. Cermin mata
gelap disisip di kepala. Kulitnya cerah kuning langsat, dan tubuhnya langsing
digayakan dengan baju lengan panjang turtle neck dari jenis cashmere dipadankan
dengan skirt kembang paras lutut yang sopan.
Langkahnya tidak kekok dengan tumit tinggi 6 inchi. Modern dan chick,
ciri-ciri gadis yang sentiasa menarik perhatian Kenny dahulu.. Kenny berhenti berjalan. Alisa yang di sebelahnya memandang
pelik.
“ Kenapa?”
Kenny berpaling dan terus mengejar perempuan itu. Tak silap,
wajah itu. Alisa turut mengekor.
“ Alisya!”
panggil Kenny namun perempuan itu terus
meneruskan perjalannya, mungkin tidak mendengar. Buatkan Kenny rasa ragu jika
dia tersilap pandang, gaya perempuan itu tidak sama langsung dengan Alisya yang
dikenalinya. Tapi persis wajahnya begitu sama. Tidak peduli, Kenny masih
mengejarnya dan bila tangannya dapat menyentuh bahu wanita itu, pantas
ditariknya agar wanita itu berhenti.
“ Alisya, awak ke
tu?”
Wanita itu berpaling.
“ Alisya...? Ya, itu
saya.“