Kenny duduk di sofa ruang tamu sambil memerhatikan Alisya yang duduk sendirian di meja makan. Alisa di sebelahnya membisu. Sejak dari tadi, Kenny kelihatan pelik. Sentiasa memerhatikan setiap perbuatan Alisya dan langsung tidak bercakap apa-apa. Apa yang Kenny fikirkan? Kenapa tetiba berubah sikap? Kenny teringatkan perbualan mereka berdua.
“ Mana awak pergi selama ini Alisya?”
“ Di sini, tak kemana. Kenapa?,saya buatkan awak risau ke?”
“Takde berita, tak dapat dihubungi! 5 bulan awak hilang, kami ingatkan sesuatu
terjadi pada awak tau tak?!” marah Kenny.
“ Kami? Neal juga risaukan saya? ” Alisya senyum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Kenny?” tegur
Alisa. Kenny terkejut dari khayalan.
“Kenapa dengan awak? “tanya Alisa pelik dengan Kenny.
“ Ya Kenny, kenapa dengan awak ?” sahut Alisya rupanya
mendengar.
Perlahan-lahan Alisya memandang mereka berdua. Wajahnya tenang
seolah-olah mengetahui Kenny memerhatikannya dari tadi. Yang paling jelas,
matanya seolah-olah tersenyum memandang
rendah padanya. Alisya yang dikenalinya dulu sentiasa kelihatan suci dan tulus,
dan di depannya ini entah kenapa dia rasa bukan Alisya.
Kenny meminta Alisa meninggalkan mereka berdua yang mana
Alisa akur dengan rasa lega. Dia tidak tahu samada hatinya dia sudah bersedia untuk melihat
Alisya dan Neal bertemu dan bersama. Hakikatnya dia masih menyukai Neal dan
melihat Neal bersama gadis yang dicintainya, mungkin akan melukakan hatinya
yang sedang dalam proses melepaskan Neal.
“ Alisya?”
Kenny menghampiri Alisya.
“ Ya.”
Kenny hendak beritahu yang Alisya
nampak lain. Bukan dari segi penampilan yang memang ternyata sangat berbeza,
tapi segi percakapannya, personalitinya, auranya.. Mungkinkah hanya perasaan
Kenny sahaja?
“ Ris macam mana sihat? “ tanya Kenny berpura-pura yang dia
tidak pernah cuba mengcontact Ris atau pun mengetahui yang Ris seorang palsu.
“ Sihat agaknya. Sebenarnya saya berpisah dengannya selepas
sampai di sini, jadi saya tak tahu apa khabar terbaru tentangnya. “
“ Awak tidak tinggal dengannya selama ini?”
“ Ya. Lepas berpisah saya sengaja tak nak balik sebab nak
mulakan kehidupan baru. A fresh start.
Saya cari kerja di sini, tinggal di sini.. Lagipun saya fikirkan ini
peluang saya untuk lupakan Neal. ” jelas Alisya. Mendengar itu, Kenny dapat
rasakan Alisya sudah Berjaya melupakan Neal sebab itu personalitinya lebih
tenang dan matang. Sebab itu dia lihat Alisya seolah berbeza.
“ Awak nak air, saya buatkan air?“ Kenny mencapai jug air.
“ Tak perlu buat air. Saya Cuma perlukan Neal.”
Kenny terkejut bila Alisya begitu berani
bercakap seperti itu. Bukankah tadi dia
cakap dia ingin lupakan Neal?
“ Kidding! Hehe...” usik Alisya mencucuk pinggang Kenny.
Kenny ketawa. Okey, Alisya masih suka ketawa dan berperangai kanak-kanak cam
dikenalinya. Haishh.. hanya perasaannya sahaja. Inikan Alisya.
“ Tell me the truth k.. Awak tak dapat lupakan Neal lagi
kan?”
Kenny menghulur secawan gelas berisi air laici pada Alisya.
“ Emm.. rahsia.” Usik
Alisya sengaja membuatkan Kenny tertanya-tanya.
Alisya meneguk air kemudian
berjalan ke ruang tamu. Dia memerhatikan sekeliling dan tertarik pada satu
sudut yang terkumpul bertingkat-tingkat suratkhabar dari 5 bulan lepas.
‘ Ah, sorry. Sepah sikit. Suratkhabar itu dah tak guna lagi
lepas ini. Awak dah kembali. “
“ Does he suffered?”tanya Alisya tiba-tiba. Dia menyentuh
suratkhabar yang tersusun tinggi itu.
“ huh?”
“ Neal. He is suffering right? ” pandangan mata Alisya
sedikit bersinar gembira.
Kenny perasan soalan itu tiada nada belas/ bersalah kerana membuatkan Neal
menderita , seolah-olah Alisya gembira?
. Hati Kenny kurang senang bila perasan Alisya tersengih. Neal tiba-tiba masuk sebelum sempat kenny bertanya pada alisya sebab dia tersengih.
“ Huh, ko buat apa di sini? Bukan ke kau keluar dengan Alisa
tadi?” tegur Neal bila lihat Kenny ada di rumah, tidak menyedari kehadiran Alisya.
“ Neal.. err... “ panggil Kenny menunjuk pada Alisya yang berdiri
di ruang tamu.
Neal terkejut, lama memandang Alisya.
“ Aku terjumpa Alisya.. akhirnya kita jumpa Alisya!.” kata
Kenny gembira.
Neal masih diam, matanya memandang Alisya lama, seolah-olah
berfikir. Tidak bergerak, tidak ada tanda-tanda ingin bergerak mendekati
Alisya.
“ Kenapa awak diam? “
Neal pantas memeluk
Alisya, wajah Alisya tersembam di dadanya. Kepala Alisya dibelainya penuh rasa
rindu. Kenny memerhati lega.
“Maafkan saya, saya
takkan lepaskan awak lagi. ” kata Neal.