Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 17 Februari 2014

Berikan kujawapan 74



Neal terkejut bila rumahnya hingar bingar dengan lagu rancak. Radio terpasang kuat, bingit dan menganggu. Neal keluar dari bilik air dan menuju ke ruang tamu. Di situ dia melihat Alisya yang hanya memakai kemeja lengan panjang warna biru tua tanpa memakai seluar, sedang leka terkinja-kinja menari mengikut tempo muzik radio. Sebaik sahaja Alisya terlihat Neal, dia menarik Neal untuk menari bersamanya.  Neal turutkan walaupun gerakannya serba kekok.

 Alisya ketawa manja. “ Ah! I miss you Neal!” luah Alisya, merangkul pinggang Neal.
“ I miss everything about you! Everything..! Saya sediakan breakfast ok? “  

Alisya melepaskan Neal dan berjalan ke dapur. Dia mengeluarkan telur dari peti ais, memanaskan minyak di kuali, memotong roti sandwich. Sambil melakukan semua itu, dia menyanyi dan menari mengikut lagu.

Neal memperlahankan volume music sebelum mendekati Alisya,  duduk di meja makan, memerhatikan Alisya dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya.

“ Awak cantik...” puji Neal. Alisya tersipu malu.
“ Saya puji awak ni.. takde terima kasih pun..?’ 

Alisya ketawa mendengar soalan Neal yang kebudak-budakan itu. Sama seperti dulu-dulu, suka mengusiknya, suka merajuk tak kena tempat. Tapi yang pastinya sentiasa menyayanginya.. Dia mendekati Neal dan mencium dahi Neal. Merah padam muka Neal.

“ Terima kasih..” kata Alisya.

Alisya kembali menyediakan sarapan pagi sementara Neal duduk di meja makan, menanti, memerhati dengan wajah yang cukup riang. Lama benar Neal tidak rasa seperti ini. Seolah-olah masa ini kembali ke zaman mereka berdua masih kanak-kanak. Kali ini, dia tidak akan pergi jauh dari Alisya, begitu juga Alisya. Mereka pasti bersama - janjinya.

“ Maafkan saya...saya tiada di sisi awak selama ini.Bila memikirkan perkara-perkara yang mungkin Arsya lakukan pada awak, saya.."
“ Arsya dah mati! Jadi kita jangan cakap pasal dia lagi boleh? Dan.. kalau boleh kita jangan bincang hal lama lagi. Macam awak kata sebelum ini kenangan tak akan bawa kita ke mana-mana, ia tidak bermakna untuk diingati. Ia cuma satu perkara yang sudah berlalu. Jadi, saya cuma ingin fikir pasal, hal kita masa ini di masa depan.” potong Alisya, sedikit marah. 

Alisya meletakkan pinggan berisi sandwich telur yang dihiasnya cantik-cantik dengan daun salad, tomato dan cili merah. Sebuah breakfast yang comel untuk hari baru bagi mereka. Neal tidak tahupun yang Alisya pandai memasak, malah sebenarnya dia tidak tahu banyak pasal Alisya yang dewasa ini, yang ada hanya memorinya dahulu.. ketika kanak-kanak dahulu. Cukup kah?

“ Saya juga tidak ingin mengingati kisah lalu. Yang saya ingin ingati dan simpan selama-lamanya di fikiran saya dan hati saya adalah awak ...Alisya.”
“ Jadi kahwini saya..miliki Alisya..” 
Neal terkejut. Dipandangnya Alisya yang memerhati dengan  senyum yang sinis, kata-katanya seolah-olah mencabar Neal.
.
“  Baik..jika awak sudi ..”  kata Neal menggenggam tangan Alisya dengan lembut, tiada keraguan.  Pantas Alisya merentap tangannya dari Neal. Kasar dan keras, penuh kebencian.

“ Awak sanggup buat apa sahaja untuk Alisya, dari dulu kan?”

Neal diam, hanya merenung Alisya, mendengar kata-katanya dan bila melihat Alisya ketawa, dia tidak rasa terkejut. 

“ Saya rasa terharu.. sangat.. ”  Alisya mengesat mata yang berair dek ketawanya yang kuat tadi.
“ Terima kasih Neal kerana mencintai saya. Setelah apa yang saya buat pada awak..” mata Alisya bersinar bila memandang parut di tapak tangan Neal.

“ Ini bukan salah awak... ia keputusan saya sendiri..”
“ demi melindungi Alisya, so sweet...”

Alisya menunduk wajahnya dekat pada Neal. 
 “ Will you protect her again?” bisiknya. 
Alisya beredar.

“ Enjoy your breakfast, Neal..”katanya sebelum masuk ke kamar tidur.

Neal merenung roti sandwich yang disediakan Alisya, selepas beberapa ketika dia mencapai roti sandwich itu dan terus menyuap masuk ke dalam mulut. Rasa tajam menyucuk lelangit mulutnya dan bila dia mengeluarkan benda yang menyucuknya, ia adalah kulit telur. Tidak melenting,dengan tenang Neal membuka rotinya dan membelek telur sandwich itu. Ianya penuh dengan kulit telur, nampak disengajakan.

Neal senyum. 




' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'